Seperti biasa kami memang akan menganjurkan acara makan2 nie.. seronok kan sekali sekala dapat kuar makan beramai2 ngn kengkawan suma..
Tapi paling tak bestnya kami akan berpisah dengan kak dah mulai khamis depan..huhu Oleh kerana ada diantara kami yg mungkin akan bercuti dan hadiri kursus minggu depan tu maka kami adakan sesi makan2 nie lebih awal la..
Yang bertudung biru adalah kak dah.. merangkap senior kitorg.. otai akak nie dah 24 thn berkhidmat dlm perkhidmatan awam tau! :d
kitorang memilih restoran "Amin Thai, Seksyen 7" sebagai tempat makan tengah hari tadi. Kami gerak dulu sementara menantikan dak laki balik semayang jumaat. Sampai awal leh order dulu.
dari riak wajah kak dah..saya tau walaupun baru 6 bulan kak sah bersama-sama kami tapi perasaan sedih nak tinggalkan kami pasti ada kan? ye tak kak dah? :p
Apapun kami berharap kak dah gumbira + bahagia di tempat baru nanti ya!!
Ok antara menu makan tengah hari ni yelah...
kerabu mangga masam gilesss (mangga muda loh)
ikan siakap 3 rasa
ikan siakap sweet sour
kailan ikan masin
kangkung goreng belacan
tom yam campur
Oleh kerana sume perut kelaparan so saya tak de nak snap pic lagi.. sume concentrate untuk makan..hihi
last2 tengok sume pinggan dah kosong..n clear tau
dan makan tengah hari kami ini ditaja oleh... duit kelab makan kitorang sendiri..uwaaaa
walau apepon ini yang termampu kami hadiahkan kepada kak dah sebagai tanda persahabatan kami sepanjang bersama beliau..
pepon kami saaayaaaannng kak dah!
6 comments:
hikss sedihkan bila berpisah dgn sahabat
tapi i lagi xle tahan siakap 3 rasa tula kak, bagi saya gong gong sorg pun habis tu!!! uuuu
ELLO NENEK, nie makan kuat ker kuat makan nih?? iks iks iks :d
aduhh..menyelerakan tul.
bikin sy laporr ajew nengok entry nie...huhu
menarik sungguh food kat restoran tu..
kak dah tu dia blah pegi mane. dpt gomen gak ke ape... just tanye je
adoiiii..penuh meja lauk.... dugaan untuk orang yang berdiet nih..hehehe
HAI HAYATI, hikhik kalo lapo g makan g (^^)
HAI SHAH, kak dah blah g JPA.. dia mmg dah keje gomen lama dah
HAI ADENIUM, hihi habis dietku musnah segalanya :p
Post a Comment