Assalammualaikum wbt...
Selamat Hari Jumaat semua. Selesai solat dhuha pagi nie saya terpanggil untuk membuat entry nie. Sebelum nie macam2 dalam kepala dok rancang. Antaranya entry2 produk lah kan...hehehe
Baiklah mari kita bercerita sementara anak2 dan suami sedang lena diulit intan. Kalu depa mangkit satg habis laa tak dapat mama nak pegang lappy lagi :(
Begini ceritanya... saya berkenalan dengan produk shaklee ketika saya menyusukan Esya lagi. Time tu saya beli online dengan seorang akak nie daripada Miri. Saya kenal dia melalui kawan sepejabat. Selalu tengok dia memang rajin order ngan akak tu. Paling best order hari nie esok dah sampai atas meja sekali dengan free gift plak tu. Oh my... baiknya akak tu... masa tu saya tak tau apa-apa pun berkenaan shaklee. Paling sadis saya tak tahu pun yang shaklee nie MLM bisnes hahaha. Kesian.
Bermula Mac 2013 saya ada kursus di PJ. Ada kawan pejabat ajak temankan dia. Saya pun ikutlah dia ke HQ Shaklee di Empire Subang. Dan disitulah bermula cinta pertama saya terhadap Shaklee. Sebelum tu makan aje tak cinta lagi baru sayang hehe. Bulan depannya saya decide nak jadi ahli dan saya menjadi ahli dibawah kawan sepejabat saya itu. Gembira lah dia dapat sorang anak baru yang memang guna produk shaklee nie iaitu saya.
Walau bagaimanapun saya akak terlewat start enjin. Saya ingat nak jadi ahli beli untuk diri sendiri aje tak pernah terdetik nak meniaga langsung sebab pk tak reti nak niaga pffftttttttttttttttt
Tolonglah uols jangan PK macam saya PK tu ok!! not good!!!
Bermula Julai saya pun start enjin.... enjin motor je uols idokle panas sangat. Saya mula mempromote di pejabat dan juga di fesbuk. Masa tu agak malu juga nak mulakan. Maklumlah nak suruh orang beli bukannya senang. Tapi saya masih ingat kata2 upline saya. Bukan suruh jual tapi suruh share kebaikkan produk. Bila kita share secara tak langsung orang berminat nak cuba. Ok saya teruskan sharing di fesbuk dengan gembiranya.
Dan mulai bulan julai saya sudah merasa bonus. Bonus yang buat saya tambah semangat nak share produk. Alhamdulillah walau tak banyak mana tapi saya gembira dengan hasil titik peluh di mana suami turut sama membantu mencari order dikalangan rakan pejabatnya. Seronok kot tetiba macam ramai ja nak beli dengan saya. Rezeki alhamdulillah.
Dan saya mula mendapat anak dibawah saya seorang demi seorang. Semuanya bukan saya yang ajak tetapi mereka yang NAK. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan saya. Dipendekkan cerita, tanggal Oktober 2013 saya berjaya naik RANK yang pertama iaitu Supervisor dan dalam masa yang sama upline saya dapat naik rank Senior Supervisor. Hebatnya dia terus lompat rank. Sebab itu saya selalu jadikan dia idola untuk terus mara ke hadapan hehehe. Dia tak tau nih!
Apa yang menarik tentang bisnes shaklee yang boleh saya sharekan disini ialah....
1. Tak perlu beratur panjang semata-mata nak beli stok. Bermula Oktober 2013 tak silap saya dah boleh buat pembelian secara online di website shaklee. Penghantaran kurang daripada seminggu. So kena sabar sikit la tunggu barang sampai janji kita tak keluar tenaga drive pi beli barang.
2. Boleh bersama dengan anak-anak. Contohya nak ke pejabat pos, cod barang, pegi kelas (jarang ada kelas bergantung kepada permintaan ahli group) boleh angkut anak sekali. Suami pon boleh join tak da masalah. Anak berlari2 semasa ibunya belajar itu perkara biasa. Tu yang membuatkan saya sangat suka bisnes ini.
Esya ikut mama ke kelas leader |
3. Ada MASTER yang guide kita. Sekiranya kita tak reti tak paham apa2 yang berkaitan boleh refer dengan master tak pun kita gugel cari sendiri. Senang bukan semuanya dihujung jari. Henpon canggih2 semuanya pon hehehe. Paling best ada group FB bersama geng shaklee. Banyak ilmu boleh korek kat sana.
4. Dapat bonus dalam bentuk $$$ setiap bulan. Bergantung kepada usaha kita kalau banyak usaha maka banyaklah ganjarannya. Selain itu ada car bonus dan juga insentif yang lain seperti pergi melancong, umrah haa best kan. Kalaulah aku dapat...........haa mula simpan angan2 daripada sekarang.
Sesi menuntut ilmu |
Gembira bersama mama di dalam kelas tapi puting still tak lupa adoiii |
5. Dapat ramaaaai kawan yang positif dan bersemangat untuk cari duit lebih dan ramai antaranya bercita-cita nak jadi WAHM iaitu women at home moms. Aku? Tunggu betul2 berjaya mau jugak jadi gitu. Jaga anak sendiri hantar ke sekolah.. Ok ada masa lagi 4 tahun daripada sekarang. Insyaallah sebelum Esya darjah satu. Amin.
6. Tiada had masa. Suka hati saya boleh buat bila2 masa dan dimana-mana sahaja tak da sapa nak marah.
Bersama kak Zaliza yang sangat bersemangat waja |
Bersama MASTER COORDINATOR saya iaitu Pn Wan Fatihanum |
Bersama sebahagian daripada group leader Lady Comel in Biz saya |
Itu saja yang dapat saya sharekan yang saya ingat kalau ada lagi nanti saya update kendian. Seronok rupanya bisnes shaklee nie disamping tambah pendapatan dapat juga saya tambah ilmu berkenaan produk dan dapat berkenalan dengan rakan2 lain dari seluruh malaysia melalui group facebook. Diorang semua pastinya mempunyai impian yang sama seperti saya nak cari duit lebih nak bayar hutang nak sara keluarga. Yer walau pun kita sudah bekerjaya tetap tapi tak salah kalau kita nak membuat side income. Tepuk dada tanyalah selera, kalau selera anda besar gaji tak cukup untuk sara keluarga meh join shaklee insyaallah anda tak kan menyesal dengan rm75 yang anda laburkan untuk menjadi ahli itu. Pastinya berganda dan berbaloi hanya untuk orang2 yang NAK sahaja!!!
Dimana ada KEMAHUAN disitu ada JALAN.
Sila pilih nak jalan lama atau highway??? hehehe
itu sahaja bebelan untuk pagi nie nak buat kerja rumah...nak buat kerja rumah...nak buat kerja rumah.....
No comments:
Post a Comment