Tuesday, January 7, 2014

Kenali alfalfa complex shaklee

 Assalammualaikum wbt...

Yeahhh malam nie dapat update blog! #lompatbintang hahaha

Suami dan anak2 dah lena diulit intan...alhamdulillah malam nie anak2 tido awal plak. Malam tadi depa bantai tido jam 3 pagi fuhhh dapat la mama lelap 3 jam. Biasalah kan budak tengah membesar. Sabor jelah hukhuk.

Baiklah sempena dengan promosi shaklee bulan nie ialah alfalfa complex so mai kita sembang pasai alfalfa. Tahukah korang yang alfalfa nie berasal daripada mana? haa mai sini cek nak habaq mai.

Alfalfa complex diperbuat daripada tanaman alfalfa (medicago sativa) secara organik di california yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos / baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Ini kerana medicago sativa ini memiliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan alfalfa. 

tumbuhan alfalfa : sumber en gugel
Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari shaklee hanya dituai apabila telah mencapai satu tahap kematangan yang sesuai.  Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Seterusnya daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.


sumber : en gugel


Terdapat pelbagai khasiat alfalfa antaranya ialah:-

1. Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2. Melawan alahan -  Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan.

3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mempunyai saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

5. Melawan tumor - Memakan 30-50 tablet akan mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

6. Melegakan keletihan - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit.

7. Mencegah / merawat atritis - Melegakan sakit atritis dan kesakitan.

Nah sudah tahu khasiatnya bukan??? apa lagi ditunggu mehla cuba...beri pada diri sendiri, suami, isteri, mak, ayah dan mertua pastinya sangat berbaloi.. kalau beli pada bulan ini lah... lebih jimat wang anda gituuu hehehe

Ianya ada dalam 2 botol yang bersaiz besar dan kecil. Bagi botol kecil ada 330 tablet manakala untuk botol besar ada 700 tablet. Insyaallah tahan lama. Aku beli bulan 4 tahun lepas pon belum habis lagi tau.. tu namanya makan skip2... not good ok! sekarang dah tau khasiatnya sumpah tak nak skip2 makan vitamin nie lagi :)


Tak sah kalo tak da testimoni kan? cer baca testi dibawah. Nie untuk orang yang mengalami resdung sangat sesuai ok.





Ingin dapatkan khidmat nasihat saya sudilah menghubungi talian ini 012-5417451 

K bai semua...sweet dream

No comments:

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site