esok keja la.. hukhuk
macam tak puas jer kan cuti 2 ari nie..
gudnite uolssss... sweet dream
mimpikan aku murah rezeki yer :P
Tag menarik aku cilok daripada blog nie.. :) Walaupun si pemunya blog tak de suh aku buat pon tapi aku still nak wat jugak2.. haha gile kose
For the instructions, add your name on the list and simply spell out your name using the given Japanese letter- translations below. Tag six of your friends and inform them of the tag. Have fun.
TRANSLATION:
A - ka----F - lu---- K - me---- P - no---- U - do---- Z - zi
B - tu----G - ji----- L - ta----- Q - ke ----V - ru
C - mi----H - ri ----M - rin ----R - shi ---W - mei
D - te----I - ki -----N - to----- S - ari---- X - na
E - ku--- J - zu ----O - mo ----T - chi---- Y - fu
nama penuh aku Norkamilah..meh baca nama aku dalam Bahasa Jepun yer....KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kes pertama jangkitan Influenza A (H1N1) membabitkan pelajar berusia 24 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat, kelmarin.
Ujian makmal terhadap pelajar lelaki itu mengesahkan ia positif dan mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Pelajar berkenaan mula mengalami simptom deman, sakit tekak dan sakit badan semalam dan terus dirawat di hospital berkenaan.
Selalu dengar tapi tak tahu ertinya.. Mari kita tahu ringkasan apa yang wabak yang manusia satu dunia takut.
“H” bermaksud Hemagglutinin protein
“N” bermaksud Neuraminidase protein
H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.
Bulan April 2009 ini dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 seluruh dunia telah dijangkiti. Macam bahaya sungguh virus ini. Masa wabak Selsema Burung dulu pun ramai yang terkorban, tapi penyakit selsema burung tersebar melalui burung.
Penyakit berbahaya ini mula menjadi popular apabila dilaporkan lebih 80 orang telah mati di Veracruz, Mexico akhir April 2009. Kemudian ia terus menyerang dengan pantas dan beberapa kematian lagi dilaporkan di New York, Kanada, New Orleans dan Israel.
Swine Flu atau selsema babi bukanlah penyakit baru, ianya telah pun dijumpai pada lewat 1918 di Sepanyol dahulu. Tetapi pada ketika itu, jangkitan hanya merebak dikalangan individu-individu yang terlibat dengan perusahaan khinzir sahaja hanya sedikit terkena kepada orang awam.
Sejak kes di Mexico, laporan berita TV khususnya di Malaysia masih melaporkan kegilaan penyakit ini. Malaysia antara negara yang bernasib baik kerana pantas mengambil langkah kawalan di lapangan-lapangan terbang, stesen keretapi dan pelabuhan.
Buat masa sekarang sudah 150 jiwa telah menjadi korban akibat selsema babi. Negara-negara yang terjejas ialah Mexico, AS, Kanada, EU, New Zealand dan yang terkini di Thailand. Kebanyakan kes selesema babi yang disebabkan virus H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia, berlaku di kalangan golongan yang berumur 45 tahun ke bawah.
Gejala dan tanda jangkitan virus itu adalah demam, batuk, sakit badan serta susah bernafas, selain dikesan berlaku di kalangan mereka yang mempunyai kaitan dengan ternakan babi. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus babi itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya. Saintis mengatakan ia penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia. Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. Ajaran Islam sendiri mengharamkan umat Islam memakan daging babi. Ini adalah berdasarkan kepada ayat Quran yang dibawah ini. (Apa pun secara personal saya menggalakkan supaya mengambil madu dan Habbatus Sauda sebagai alternatif pencegahan daripada jangkitan wabak Selsema ini, disamping banyakkan berdoa mohon diberikan kesihatan dan kesejahteraan. )
Firman Allah SWT: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.” (al-Mai’dah:3)
Dari Jabir bin Abdullah RA, bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada tahun penaklukan, ketika beliau masih berada di Makkah: “Sesungguhnya ALLAH dan Rasul-NYA telah mengharamkan penjualan khamar, bangkai, babi dan berhala (patung)”.
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Baqarah: 173)