Friday, April 19, 2013

Esya turn to two

19 April 2013 genap Qalesya Irdina 2 tahun. Sekejap je masa berlalu. Sedar tak sedar kakak dah besar. Semoga kakak menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Jadi kakak yang baik kepada adik dan jadi anak yg solehah utk mama dan babah..Insyaallah

Mama dan babah love kakak very2 much!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 16, 2013

Cow's Milk Protein Allergy (CMPA) ???

Apa itu CMPA??? hehehehe

Ok ini adalah blogger event pertama yang aku join.. terima kasih janet sebab jemput i melalui emel.. Walaupun aku nie blogger yang tak dikenali tetapi aku rasa happy sangat sebab ada yang sudi jemput aku ke program sebegini :) luv u lah! haha


Ok pertama sekali meh aku ceritakan serba sedikit berkenaan CMPA iaitu short form kepada Cow's Milk Protein Allergy. CMPA nie adalah alahan makanan yang dialami oleh bayi. Susu adalah alahan makanan yang paling lazim bagi bayi di seluruh dunia. Sesetengah baby dia ada alahan dengan susu lembu. Ada setengah baby tak boleh langsung minum susu lembu so dia kena minum susu ibu tak pun susu soya haa begitu.

Menurut Dr Chai Pei Fan, Biasanya simpon CMPA nie berlaku beberapa minit selepas baby minum susu. Ia bermula dengan keradangan kulit (dry skin, rash, skin itch swelling of lips or eyes), masalah penghadaman di mana baby mendapat sembelit dan keradangan yang sangat teruk iaitu anafilaksis.

Salah satu cara untuk menangani CMPA ialah dengan menyusukan anak dengan susu ibu. Ianya dapat menghalang baby daripada alahan. Menyusu baby secara exsklusif sehingga 6 bulan. Sekiranya mampu teruskan lah sehingga 2 tahun. Begitu.. opss pesal ayat aku skema sangat nih!

Kalau tak mampu nak BF baby tersebut bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat. Dr Chai nie kelako jugak orangnya.. dia kata kalo baby anda mengalami CMPA teruslah berjumpa dengan dia..dia ada ubatnya hehe..

Sepanjang program berlansung babah pegang sara.. mama pegang esya.. masing2 ada henbeg ko.. oh ye event nie di adakan di The Gardens Hotel & Residences, Mid Valley City.. sebelah mid valley tu aje.. jalan punyalah jem sepanjang nak ke sana dan aku adalah orang ke dua terakhir yang sampai lewat sobsobsob... memalukan betul lah.. nie semua salah jalan jem tau! mencik..aku dah gerak awak kot jam 6 suku uhukuhuk

Mujurlah anak2 tak buat hal... hai risau jugak aku kot2 dorang menangis ke apa ke kan...fuhhh lega sangat3 sehingga selesai program depa dua diam aje.. berkepit ngan mama babah tak lepas.. budak2 lain kat situ dah ke sana ke mari turun naik pentas bagai.. haii nasib lah dapat anak pemalu gini huhuhu


Abis program haruslah bergambar kejap kennn.. aiyok perut mama buncit lagi..acaner nak buat nie? help..help...

gambar dari ipad..kurang jelas...di manakah daku???

ramai jugak blogger jemputan nie.. sayangnya sorang pon aku tak kenal.. tapi aku adalah tegur2 dorang nie.. mana yang bagi name cad tu boleh lah aku carik blog dia mana yang tak bagi tu sorry memang aku tak ingat dah nama blog memasing huhu sebab urat putus banyak sangat time meneran ritu...tak ingat daa!
bergambar ramai-ramai.. credit tu janet coz give me this  two picture.. tqvm dear..



panjang umur ada rezeki kita berjumpa lagi yer... harap2 lepas nie ada rezeki lagi untuk join program macam ni kan kan kan :)

Gambar terakhir sebelum masuk dalam kereta.. perut dah kenyang..ilmu dah dapat so marilah kita pulang... best dapat join dorang semoga ini bukanlah kali pertama dan terakhir untuk aku berblogger.. walaupon hangat2 taik ayam blog ku ini akan ku usahakan untuk mengupdate jugak hahahaha

Thursday, April 11, 2013

Berbengkel di Concorde Shah Alam

Minggu nie pack betul... isnin miting kt putrajaya gantikan bos. Selasa plak join blogger event kat The Garden hotel, Mid valley. Rabu sampai jumaat berbengkel di Concorde Hotel Shah Alam. Mujur buat bengkel kat sini dapatlah aku berulang alik ke rumah. Cer kalo buat luar daripada Selangor memang hazab la nk ulang alik hurmmmm. Yang pasal blogger event tu nanti ku story k. First time kot aku join event2 camtu... dapat ler pengalaman baru..best sangat3 :) Eh aku sekarang ada kat concorde nih atas katil tengah baring2... best..sejukkkk haha... update blog pakai ipad memangbtak feel weh!!! mana tah button space bar nih?? tak jumpa...huhu. Oh lantak ler... Tengah hari tadi aku balik umah kejap.. Bawa Esya ngan Sara g klinik. Dua2 demam... esya suhunya 38 darjah celsius adiknya 36 darjah celsius. Pastu anto diorang balik umah bsndan sambung bengkel sebelah petangnya.. kira jadi supermak lah arinie..lebih kurang.. malas nak susahkan suami yg keje di kl sana. Susah hati weh bila anak2 tak sihat nie maknya pulak ada tugas penting... harapnya anak2 cepat sembuh dan sihat seperti biasa lepas makan ubat nanti. Aku tak tido hotel malam kang balik umah ler lepas abes bengkel.. ingat nak cuti aje tapi bila nengok dorang dah sihat sikit tadi aku sambung la bengkel. Dalam hati hanya tuhan saja yang tau semoga Allah lindungi anak2 ku...

Monday, April 8, 2013

Hidup perlukan motivasi

Assalammualaikum semua kawan-kawan tersayang.. sudah lama rasanya aku tak mengupdate. Bukan kerana malas tapi kerana bz yang teramat.. mengalahkan PM gayanya...huh nak curi masa pon tak dapat tau mencikkk... berderet kursus dan juga mesorat.. isnin dan selasa lepas terlibat dengan kursus motivasi pembentukan pekerja cemerlang.. subhanallah best sangat kursus tu! dah lama gila tak pegi kursus motivasi ko. Sekali dapat peluang macam tu memang best dan enjoy sangat2. Kursus nie lebih kepada team work. Buat kerja bersama-sama dalam kumpulan pastu bentang sama-sama dan gelak sama-sama. Kursus nie memang keja gelak aje sebab instructor tu jenis yang kelako tak kering gusi bila dengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut mereka. Selain daripada gelak2 tu banyak jugaklah input yang aku dapat. Insyaallah ianya sangat3 berguna untuk jalani kehidupan seharian di rumah dan di pejabat. Harapnye aku akan lebih bersemangat bekerja lepas nie dan perbaiki kehidupan sekarang supaya lebih cemerlang dunia akhirat... Insyaallah semoga Allah permudahkan segalanya..



Friday, March 29, 2013

Ke IKEA lah kite


Yeahhh kursus dah abes yarivariva #lompat bintang hahaha suka sangat!

Nie kisah hari rabu tadi. Kursus abes awal jam 1 kitorang berdesup ke IKEA. Kan aku kursus kat PJ so nak ke IKEA tu dekat sangat lah.. Plan secara tiba2 bersama member2 kesayangan. Kak Ani, Dodah dan Sue. Drebar kitorang yelah sue sebab dia teror jalan pintas jalan belakang suma.

Sesampainya kitorang kat IKEA wajiblah pekena meatball yang sedapppp bangat itew... masih terasa lagi kesedapan meatball itew kat tekak nie tau.. Beli sepinggan 15 biji kongsi 3 orang.. yang si sue plak makan ayam.. kitorang dah kenyang sebenarnye nie cuma makan sekadar melepas ngidam ajer.
Tak de niat pon nak membeli sebenarnya tapi ko tau2 jelah kan kalo dah sampai sana tu macam2 benda pulak nak dibelinya pon haishhhh. Tengok itu geram tengok ini geram hai rasa macam nak angkut semuanya bawak balik..

Paling geram tengok menda alah nie.. kan sekarang nie aku dah start bagi sara makan bubur dan puree so bila nengok aje acuan nih terus tingggggg dapat idea nak buat puree pakai benda nih..

yang biru tu gambo ikan..yang ijo tu gambar bintang.. aku plan nak blend ayam atau ikan letak dalam bekas biru tu dan yang kaler ijo tu pulak nak letak carrot, brokoli ke apa2 jelah.. untuk sayur sara.. aritu adela search pasal frozen food untuk baby kan aku ade jumpa benda nih.. dorang masukkan makanan baby dan frozenkan... nampak cantik dan berselera plak tengok makanan tu.. padahal sayur ngan ikan/ayam je pun..

Bersemangat aku nak sediakan frozen solid food untuk si sara tau! dulu time esya tak macam nie plak... mungkin sebab dulu tak pandai lagi.. dan malas.. sekarang dah rajin..banyakk hahaha. Ok nanti aku buat 1 entry pasal solid food sara yer.

Jalan2 kat IKEA tak perasan terambil macam2... nie lah dia hasilnya terbang duit aku hampir rm100 huhu. Tak pe aku redho dan pasroh..

Best sangat dapat keluar macam nie sekali sekala.. nak beli barang apa semua senang.. kalo bawak anak2 ko jangan tanya lah semuanya nak kena cepat.. hurmm tak dan nak tengok dan telek sesuatu barang dengan kadar masa yang lama aceh ayat...tak bole belah..hehehe


dan inilah orangnya.. Sue.. yg bertanggungjawab membawa kami ke sana dan secara tak langsung menyebabkan aku tak masuk opis petang tu uwaaaa

Padahal suka aje tak masuk opis opsssssssss... ok geng lenkali kita merayaps macam nie lagi yer tak puas kot separuh hari nak sepanjang hari :p kena apply cuti lagu nie..
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site