Assalammualaikum semua dan salam ceria!
Apa khabar hari nie? dah puas makan rendang ketupat? Amboi seronoknya hampa noh... Kami sekeluarga tak kemana hanya berhari raya di rumah saja. Suami request buatkan rendang daging pada malam raya. Malam tu baru sebok pi beli bahan. Bahan apa pon takda sebab pegi kedai dah lewat semua barang pon dah licin uwaaaaa... cuma beli daging import tuh ja. Pakai perencah rendang adabi ja uols... Nasib sedap uolsss... suami makan bertambah-tambah hehehe suka mak nak!
Ok sebenarnya nak cerita pasal anak kedua saya nie SARA. Khamis lepas masa amik dia daripada rumah pengasuh terpandang di perut dia ada bintik-bintik macam jerawat yang ada air dalam tu. Mak ai terus dalam hati terdetik..."Eh anak aku nie macam kena chicken pox jer" aduh rasa takut pon ada... bukan takut apa pon... takut berjangkit dengan kakak dia...
Esoknya jumaat...saya bekerja macam biasa. Pagi tu saya terlupa nak bagitau pengasuh so saya pon wasap la dengan pengasuh. Agaknya pengasuh pon tak perasan sebab ramai sangat budak yang dia jaga kat situ maka dia pun suruh saya cepat2 amek sara dan bawa ke klinik. Saya pon bergegas la balik dan bawak ke Klinik Ajwa, Seksyen 15 tu.
Doktor sahkan memang Sara kena chicken pox atau cacar air dalam bahasa melayu dan beri saya pilihan sama ada untuk dapatkan ubat antivirus yang harganya RM76 atau makan ubat selsema/tahan sakit dan juga sapukan krim celamine seta virless cream tube. Ikutkan pendapat orang tua-tua hanya beri air kelapa muda supaya chicken pox akan keluar habis... oh tak sampai hati pulak tuh... tapi saya tetap amek ubat yang doktor beri cuma ubat antivirus tu je saya tak amek. Kata doktor kalau di hospital kerajaan depa tak bagi pon ubat tu. Cuma kalau saya nak cepat stopkan virus tu doktor boleh beri. Saya putuskan tak nak amek dulu.
Bermulalah pencarian ilmu berkenaan chicken pox bersama pak cik gugel. Kata orang tak kena batang hidung sendiri tak tahu. Nah... sedikit info yang dapat saya cari... terima kasih pakcik gugel!
Bagaimanakah penyakit cacar air merebak?
Ianya merebak:
* Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
* Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
* Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.
Apakah tanda-tanda dan gejala?
Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeropeng dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.
Gejala-gejala penyakit cacar air yang lain :
* Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
* Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
* Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
* Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.
Apakah komplikasi penyakit cacar air?
Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
* Jangkitan kuman pada kulit
* Jangkitan pada darah
* Radang paru-paru
* Keradangan otak
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?
Amnya:
* Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
* Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
* Minum banyak air masak.
* Ambil makanan yang seimbang.
* Sentiasa membasuh tangan.
Untuk rasa gatal:
* Sapu losen kalamine di tempat ruam.
* Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran ‘baking soda’ dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
* Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
* Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur. Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
* Berumur 12 tahun ke atas.
* Mengidap penyakit paru-paru yang kronik. * Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah. * Bayi yang baru lahir.
Itu dia serba sedikit info berkaitan cacar air atau chicken pox nie. Apa yang saya buat untuk sara ialah Mandikan dia dengan Basic H2 Shaklee setiap hari. Alhamdulillah hari nie hari ke 6 bintik2 chicken pox semakin kering. Ntah bila pecah pon tak perasan. Beri minum air kelapa muda pada hari kedua..tapi dia tak minum banyak pon 2 sudu adalah huhu. Cara nie tak berkesan untuk budak kecik umur 2 tahun.
Kemudian masa sara tido sapukan dengan celamine losyen tuh. Masa doktor bagi tu saya dah terus sapu memang cepat kering. Garu2 sket tu biasalah. Nak cepat baik kena cepat bertindak! Selepas nie saya akan sapukan dengan Herbal blend multipurpose cream pulak bagi hilang bekas2 chicken pox tuh. Mudahan ianya berkesan lah pada Sara. Insha Allah kita cuba sehabis baik. Mujur dia tak demam. Oh ye baru saya perasaan minggu lepas sara demam 2 hari pastu stop dan demam balik sehari rupanya nak keluar chicken pox yer... ahai tak pe sayang mama ada jangan risau...mama jadi doktor yang terbaik untuk awak yer.
Mandikan Sara dengan Basic H2 setiap hari...ianya tiada bau..natural dan selamat digunakan...very the organik! Saya yakin! |
Sapukan herbal blend cream nie supaya kurang gatal-gatal dibadan Sara.. ianya berangin dan selamat untuk anak jangan risau yer! |
Harapnya beransur sembuh lah sara kesayangan mama nie...Oh lupa pulak saya... makan pon kena jaga tau! no telur, ayam, seafood dan makanan yang gatal. Kata doktor kalau dia nak makan jugak bagilah cuma kena kurangkan. Jangan sampai tak makan pulak kesian anak. Semoga entry ini bermanfaat untuk anda diluar sana.
Yeay mama cuti arinie!
ila kamilah 012-5417451
Nak tanya berkenaan produk boleh hubungi saya yer
No comments:
Post a Comment