Monday, February 24, 2014

Anak buah baru kitew :)

Kenalkan anak buah baru kitew nie omei angat tau! Baru keluar daripada oven mamanya pada 20 Feb 2014 Jam 10.30 malam. Di beri nama Muhammad Adam Khalish. Khalish tu nama yang aku dok mengidam nak bagi dekat bakal anak lelaki aku nanti huhuhu melepas.

Tak apalah kita cari nama lain lah nanti kan... ntah bila nak beranak lagi ntah.. tunggu esya sara besor skit lah... kang kelam kabut aku dibuatnya.

Adam nie anak kepada adik lelaki aku kat kampung. Lepas nie Adam jadi peneman toknah yer sayang. Cucu yang ke 5 dalam keluarga kami. Aku dua, adik yat dua. Wah cepat sungguh mak aku dapat 5 orang cucu. Sekelip mata plak rasa dalam tempoh 3 tahun nie. Kalaulah arwah ayah ada mesti dia pon tumpang gembira kan.



Semoga Adam membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh. Berbakti kepada ibu dan ayah. Jaga toknah baik2... sayang semua orang seadanya... tunggu nanti maklong balik yer nak cium Adam puas2.


Wednesday, February 19, 2014

Testimoni Set Kecantikan Shaklee

Assalammualaikum wbt semuaaaa

Arinie nak kongsi testimoni set kecantikan shaklee bersama salah seorang pelanggan saya. Beliau menggunakan set kecantikan shaklee selama lebih kurang 2 bulan. Alhamdulillah masalah beliau semakin hari semakin berkurang.

Ok apa masalahnye pon? Masalahnye kulit muka dibanjiri jerawat dan kelihatan kusam. Terutama dibahagian mata tu. So saya syorkan beliau mencuba set kecantikan shaklee yang terdiri daripada Vitamin C, Vitamin B-Complex dan Vitamin E.

Selepas dua bulan nampak perubahan yang sangat ketara. Jerawat pun dah mula kecut dan perlahan-lahan berkurang. Mestilah pelanggan saya tu hepi banget! Dan saya pon hepi jugak sebab dapat tolong beliau settlekan masalahnye tu. Haa sekarang nie dia memang consume amek vitamin tersebut tanpa GAGAL!!! Ok tanpa gagal tu maknanya tak pernah ponteng makan vitamin tu yer. Gud girl!!



Moh tengok apa peranan vitamin-vitamin tersebut:-


Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Kredit to: superbvitamin

Nak tambah cun melecun boleh amek GLA dan ESP. Insyaallah tiada masalah kulit lagi.. kebabommm lah hehehe

Berminat boleh hubungi saya 012-5417451 untuk harga istimewa :)

Wednesday, February 12, 2014

Testimoni diri sendiri - herbal blend shaklee

Anda punyai masalah seperti saya? Tumit mudah merekah?? haa ini dia cream ajaib yang nak saya kongsikan bersama pengunjung blog saya.

Pada mulanya saya ke watson mencari minyak bio oil tak pun minyak french oil. Sebab dulu memang saya pakai dua tu sebelum bertemu brand shaklee. Ok jugak tapi kesannya agak lambat. Ntah macam mana dekat watson tu tak de pulak dua jenis minyak tu. So saya pun balik rumah. Risau memikirkan tumit di kaki yang semakin merekah tahap kritikal tu. Malu weh dengan asben huhuhu. Kaki tak cantik kan.

Tetiba saya teringat herbal blend multi-purpose cream yang dah lama giler saya beli nie. Cream nie boleh sangat2 digunakan untuk merawat tumit merekah. Hah apa kata saya cuba. Boleh buat testimoni nih.

"It's a cream that cares for you. Dry, chapped, rough skin is no match for this soothing cream, which softens even the hardest, callused skin on knees, elbows, and feet. Its cooling, mentholated, non-greasy formula vanishes as you massage it in, leaving skin feeling smooth and refreshed."


Ok ini dia rupa herbal blend multi-pupose cream yang sangat ajaib itu :)

Gambar diatas adalah testimoni diri sendiri menggunakan herbal blend selama 7 hari. Kesannya alhamdulillah memang menabjubkan. Terima kasih Allah kerana mempertemukan saya dengan Shaklee.. :)

Jika anda mempunyai masalah seperti saya jangan berlengah lagi boleh pi order cepat. Jangan biar kaki anda merekah selamanya. Malu weh kaki merekah nih!

Nak tahu antara kebaikan lain herbal blend multi-pupose cream ialah:-

Merawat tumit pecah / merekah
Ruam pada baby
Gatal-gatal akibat gigitan nyamuk
Lemak berlebihan
Kulit kering
Eczema
Ubat luka / lecur
Merawat puting yang luka bagi yang menyusu
Menghilangkan parut
Losyen harian melembutkan kulit gitu


Ok dah tahu kebaikan mari semua dapatkan satu simpan di rumah sebagai kegunaan harian anda sekeluarga. Rugi kalau tak cuba!!!


Friday, February 7, 2014

Cuti CNY balik parit buntaq

 Cuti CNY aritu kami balik kampung. Yer kami orang parit buntaq, perak baq hang! seronok sangat balik kampung terasa macam balik raya plak. Masuk2 highway utara-selatan jalan pon mula jem sampai lah ke simpang pulai sana nun. Tapi still boleh bergerak lagi la tak de la sampai kena benti tepi.

Nie tayang gambaq kampung kami... sebagai kenangan buleh dak? hahaha



 Time amek gambaq nie pagi. Nampak tak suasana pagi yang ceria kat situ? best kan? nikmatnya tinggal kat kampung. Suasana yang segar tanpa pencemaran. Saya berharap dah pencen esok boleh duduk kampung ngeeee



 Emak saya... yer mak masih menggunakan cara tradisional untuk memarut kelapa. Dulu paling old skol pakai kukur kelapa sekarang up sket pakai sagat kelapa. Kalau mesin tu kitorang xdak.. lagipun mak tak berani... takuitt kena tangan dia.


Esya si anak kampung. Melaram sakan dengan topi tok nah dia tu. Gembira dia dapat main2 dekat luar tu. Yelah duduk shah alam tak de halaman rumah gitu lah jadinya... mama layankan aje. Seronok tengok esya happy.
 

Sara pon sama. Suka sangat dapat jalan2 kat atas rumput tu. Tapi penakut. Kejap jalan kejap dukung huhuhu. 

 
 Esya terlebih rajin. Apalah yang nak di cakarnye pon. Daun kering pun tak dak.


 Tengok tu esya... hahahaha lawak. 

 Tu dia kangkung bersepah kat kampung. Kalau turun harga ke naik harga pon orang kampung tak kisah. Sebab boleh petik gitu jer. Tak payah nak beli. Kita kat bandar nie ja kene beli kangkung. Seikat RM1 tak banyak mana pon dapat bila goreng seciput aje. Bertuah kan orang kampung. Dapat makan kangkung fresh2 pulak tu. Eh apasal pasal kangkung plak nih??? hahahaha




Gadis kangkung eh eh
 
 tu bunga kangkung tau! bagi sesiapa yang tak tau lah kan

 balik kali nie kitorang memang banyak lepak kat umah mak aje. Makan tido makan tido. Sehari sebelum balik ke shah alam sempat lah pi jalan ke penang sat. Haa nanti aku buat satu enty lain eh.

 view daripada jalan masuk ke rumah... dulu nie kawasan bendang sekarang dah buat jalan... boleh la muat satu keta masuk.

 betui2 kat tengah sawah padi umah saya... oh man lupa nak amek gambaq umah... so amek gambar bendang / sawah pagi jelah yer

Nie plak view waktu nak maghrib. Tengok matahari terbenam daripada depan umah ke uols. Depan umah saya nie kalo siang memang panas membahang sebab tak banyak pokok. Pokok semua kat area tepi ngan belakang umah.


Hari minggu pegi pasar kemboja dekat permatang tok mahat. Best uols banyak kain yang murah2 tau.  Kalau banyak duit mesti beli banyak2 jual kat opis kan hehehe

Bila nak dapat balik lagi... seronok la hai... 5 hari 4 malam rasa sat sangat... kampungku semoga kita ketemu lagi ya... babai

Thursday, February 6, 2014

Mari menjemput rezeki dengan Solat Dhuha

Alhamdulillah sejak saya mengenali #shaklee saya dah mula menunaikan solat dhuha. Satu perkara yang agak pelik jugak bagi saya untuk buat pada mulanya. Betul kata orang nak mula sesuatu perkara yag baik memang sangat payah tapi bila lama-lama buat insyaallah kita akan terbiasa. Alah bisa tegal biasa gitu hehehe

Sekarang kalau tak buat atau tak sempat buat solat dhuha rasa rugi sangat2. Sebab solat dhuha tu kan menjemput rezeki. Insyaallah kalau kita mohon pada Allah rezeki itu akan datang kepada kita. Yang penting kita kene berusaha menjemput rezeki.

Solat dhuha 2 rakaat je uols. Solat dhuha ibarat booster kepada kita yang nak meniaga nie. Tapi kalau nak buat sehingga 12 rakaat pon bagus juga. Ada hadis mengatakan, barang siapa yang solat 12 rakaat solat dhuha, Allah akan sediakan istana disyurga buat mereka.

Apa tunggu lagi pahala pon dapat istana kat syurga Allah siapkan. Bestnyaaaaa. Jom solat sekarang!!!


Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site