Thursday, December 26, 2013

Omega guard membakar lemak - Set Kurus

Aritu kan dah janji nak buat entry pasal omega yang boleh untuk kuruskan badan nie kan. Ok baiklah mari kita teruskan penceritaan kita. Sebelum tu nak habaq mai. Promosi omega masih berjalan seperti biasa sehingga 31 Disember ini. Kalau tak nak rugi kene bulan pada bulan ini sebab bulan depan harga dah berubah. Rugi tu jimat berganda dengan harga bulan ini. Beli 6 percuma 1!






Biasanya untuk set kurus Shaklee ada pelbagai jenis seperti lecithin, alfalfa, herbalax, cinch, esp gitu. Tapi tahukah korang kalau kita mengamalkan omega guard ianya dapat membantu membakar lemak dengan lebih cepat.

Ye ke omega guard boleh membakar lemak???

''Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.''

Sebelum ini aku pun ingat omega atau minyak ikan nie hanya untuk otak sahaja! tetapi salah... omega boleh juga untuk kurus. yer betui tak tipu haha. Apasal plak nak tipu kan... barang baik nie.. satu dunia pakai kot hehehe.

Mesti korang nak tanya. Macam mana omega nie boleh bertindak untuk bakar lemak??

"Omega-3 fats help you burn fat by helping your body respond better to a hormone called Leptin (Leptin is the Greek word for thin)"

Fungi Leptin pula adalah...

"Leptin tells your body (your brain) to suppress your appetite making you eat less so you can maintain or lose weight."

Ianya dapat mengurangkan rasa lapar dan tak makan banyak! Yeay itulah yang kita mahu... kalo asik nak makan aje pon parahhh jugak kan. 

 Omega juga turut mengawal paras gula dalam darah. Disarankan mengambil omega bersama senaman akan membakar lebih lemak dengan lebih berkesan berbanding dengan amik omega sahaja tanpa senaman. Ini untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat. Insyaallah kena cuba nie!

Omega dapat membuang lelemak yang tak diingini! apa tunggu lagi tak nak kurus ker? 

Monday, December 23, 2013

Pertama kali buat kek coklat lembap yang sedap


Salam isnin semuaaaa....

Wah semangat nampaknya kerja hari ni?? haha maklumlah esok kerja lusa cuti sempena krismas pastu minggu depan rabu cuti new year pulok perghhhhh siyok!

Ate sebenarnya teman nak bercerita pasal kek. Pertama kali buat kek sepanjang usia 32 tahun nie HAHA gelak besar. Tak pernah terpk nak buat kek tup2 semalam jadi kek coklat lembap ko. Percaya tak?? hurmmm percayalah....


Gambar tepung kek lupa nak amek sebab tak plan pon nak blogkan acehhh. Eh kejap aku gugelkan yer.. mana tau kalau korang berminat nak buat jugak nanti :p

Haa nie dia sumber en gugel

Tepung nie aku dah beli lama dah rasanya dalam 2 bulan ke 3 bulan lepas kat mydin. Tarikh expired bulan depan sebab tu kelam kabut nak atau tidak kene buat jugak! kalo tak membazior gitu. Oleh kerana oven dah ada tu yang semangat sket nak membaking kan. Ala oven kecik je uols.. asben beli sebab nak tengok bini dia nie rajin ke idok buat kek.

Semenjak ada oven nie aku tak pernah pakai pon. Biasanya en bob yang pakai hehe. Aku siapkan bahan dia yang masakkan. Nampak sangat aku tak tau guna kan.


Senang bangat buat kek nie... main masuk2 dan kacau pastu bako. Alah tak payah citer banyak la korang lagi tera kan hehehe.

Nie hasilnya... aku dah canang kat intag dan fb semalam. Hari nie bawak ke opis sket.. hurmmm kembang2 hidung nie bila kengkawan puji hihik

Lepas nie nak buat lagi lah.. bak bubuh hiasan sket atas tu kasi tabur serbuk kaler2 tu apa tah nama dia aku tak tau. Maklum laa tak pernah beli pon bahan2 buat kek nie haha. 


 Tiba2 dapat idea.. lepas nie besday asben dan anak2 aku buat kek sendiri jelah save bajet.. haha bajet macam sedap jer...

Ok korang mana yang first time macam aku tak pernah buat kek boleh pi cari kat kedai tepung kek D' Rosni nih dijamin menjadi punya!!

Ada perasa lain lagi antaranya...


Dijamin sedap!!! jom try :)

Saturday, December 21, 2013

Simple party untuk Irna

 Ari kamis lepas kitorang buat simple party untuk sahabat kami iaitu Irna Saliza yang akan bertukar ke Pahang. Sedih gembira bercampur. Sedih sebab dah lama kenal dengan dia. Gembira sebab dia akan bersama dengan keluarga. Sebab sekarang nie dia dok pjj. suami dan anak2 kat Pahang duduk la keseorangan disini. Kesian. Kalo aku lah kan tak tau nak habaq macam mana sedihnya. Berpisah sehari dua pon dah merindu2 hahaha.



Hampir 4 tahun jugak lah kenal dengan dia.. suka bergurau dan gelak kuat2 dan juga sangat aktif di pejabat. Kalau berborak ngan si irna nie ada ja benda yang nak dibuat lawak tu. Best dan tak boring! Hai irna aku tak bodek ko yer ini betui2 ikhlas dari hatiku hehe.

Kitorang belikan kek, dominos pizza dan jajan dan bentang tikar lepak kat tepi tasik shah alam. Ramai jugak orang melepak situ pukul 1 time rehat tu. Almaklumlah cuti sekolah kan. Mujur cuaca elok dan tak hujan kalo tak memang buat kat opis atau kedai makan aje. Sesekali lepak tasik pon best jugak. Dah lama tak rasa suasana alam sekitar gitu. Asik dok lam opis dan lam umah aje.


 Sesi bergambar. Biasanya kitorang celebrate orang yang nak keluar/berpisah kat sini aje. Sebelum nie tikah. Opismate yang dapat jadi cikgu.



Banyak lagi gambar sebenarnya tapi tunjuk itu jelah yer. Semoga Irna akan lebih maju dan berjaya ditempat baru dan semoga kita akan bertemu lagi dimasa akan datang. Mungkin masa tu ko dah jadi pegawai besor lah kan.

Friendship forever beb!
Salam sayang daripada aku dan sahabat kita yang lain...muahhhhh

Wednesday, December 11, 2013

Omega Guard - Keperluan DHA kepada kanak-kanak

Baru ja hari tu saya buat entry pasal omega guard kan KLIK SINI tup2 bulan ini adalah promosi omega guard phewww jangan lepaskan peluang uols bukan senang shaklee tetiba nak buat promosi macam gini.. nak tunggu tahun depan lambat bebenor.




Baiklah umum sedia maklum Omega guard shaklee adalah minyak ikan terbaik didunia! Omega guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

Berbanding dengan produk omega dipasaran, omega guard merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian omega guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Ok itu sedikit sebanyak berkenaan omega guard. Sekarang saya nak ceritakan siapa sebenarnya yang memerlukan omega guard ini?

Tak lain tak bukan ibu hamil dan kanak-kanak. Yer ibu hamil memerlukan omega untuk perkembangan otak janin didalam kandungan manakala kanak-kanak memerlukan omega untuk perkembangan otak mereka. Ini kerana di dalam omega mengandungi 120mg DHA.


Apa itu DHA?
DHA atau Asid docosahexaenoic adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3. Ia merangkumi kira-kira 97% dan 93% daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata.




Keperluan Harian DHA?
Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA), keperluan DHA kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah 100 miligram. 
 

Kepentingan DHA

  • DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.
  • DHA merupakan ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.
  • Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar.
  • DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
  • kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar. 

Sumber DHA
DHA boleh diperolehi secara semula dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam serta minyak kanola.

* Jumlah pengambilan DHA oleh ibu hamil akan mempengaruhi perkembangan otak anak.
* Anak-anak juga memerlukan DHA secara terus kerana tubuh kanak-kanak tidak mampu untuk memproses DHA dengan sempurna sekali gus akan timbul masalah kekurangan DHA bagi perkembangan otak. 

 Adalah disyorkan omega guard sangat sesuai untuk ibu hamil dan kanak-kanak yang sangat mementingkan perkembangan otak yang sihat dan pintar serta yang mengalami masalah seperti asthma. 
 
Selain daripada itu tahukah anda omega guard juga sesuai untuk membakar lemak??? haa itu next entry saya stori ok :) dah panjang lebar rasanya entry kali ini hahaha. Syoknye cuti....



Memandangkan bulan nie ada promosi beli 6 percuma 7 apa salahnya anda beli untuk anak dan juga diri sendiri. Kalau nak lagi jimat sila share dengan adik beradik, rakan sepejabat, jiran-jiran dan orang kampung. Eh seisi keluarga boleh makan tau! memang berbaloi dan jimat berbanding harga sebenar. Nah apa tunggu lagi dah tau kebaikan tapi tak nak cuba...tak dapek den nak nolong hehehe

Sekian wassalam

Tuesday, December 10, 2013

Sahabat kami Isham sedang sakit

 Jumaat lepas kami di opis dikejutkan dengan berita yang isham tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke wad icu KPJ, Shah Alam. Ya itu berita yang sangat mengejutkan buat kami. Mana mungkin sahabat kami yang selama ini ceria dan suka bergurau tiba-tiba jatuh sakit dan seterusya terdampar di wad icu. Isham nie adalah photografer saya semasa saya bertunang dan kawen dulu.

Ya allah ya tuhanku begitu berat ujianmu buat sahabat kami ini. Tengah hari jumaat waktu rehat kami semua rakan seopis terus ke KPJ, Shah Alam. Melihat beliau terbaring kaku hanya menggunakan oksigen untuk bernafas hanya tuhan saja yang tahu apa perasaan kami pada waktu itu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya... Paling sedih melihat isterinya..wani.. oh tuhanku sungguh aku tak berdaya kiranya perkara ini terjadi kepadaku.. aku tak pasti adakah aku mampu menghadapinya....

Ya memang Allah beri dugaan kepada yang mampu... Allah uji hambanya bukan kerana Allah tak sayang tetapi Allah yakin tiap hambanya itu mampu melaluinya dengan sabar... kerana itulah Isham adalah antara kesayangan Allah yang terpilih...


 Isham.. disamping isteri tercinta wani dan permata hati Irsyad

Sehingga kini (jumaat masuk wad) isham masih menggunakan oksigen untuk bernafas. Doktor mengesahkan isham menghidap penyakit Encephalitis. Sekarang sedang dirawat di wad ICU KPJ, Damansara. Alhamdulillah isham telah menunjukkan tindak balas yang positif. Mudah-mudahan semakin bertambah baik hendaknya.


Isham semasa di KPJ, Shah Alam sebelum ditukarkan ke damansara. Sedih sangat time nie.. tak terasa mengalir air mata ini melihat dia.

Punca hanya demam... demam yang on off..batuk2 dan akhirnya isham disini. Benda nak jadi kan.. dah takdirnya begitu. Apapun kami rakan seopis sentiasa mendoakan agar isham cepat sihat dan sembuh seperti sediakala dan wani tabah serta sabar menjaga suami tercinta. Insyaallah...amin...

Berikut saya share kan sedikit info berkenaan Enchepalitis.

Sumber: Google

Definition

By Mayo Clinic staff Encephalitis (en-sef-uh-LI-tis) is inflammation of the brain. Viral infections are the most common cause of the condition.

Encephalitis can cause flu-like symptoms, such as a fever or severe headache, as well as confused thinking, seizures, or problems with senses or movement. Many cases of encephalitis may go unnoticed because they result in only mild flu-like symptoms or even no symptoms. Severe cases of encephalitis, while relatively rare, can be life-threatening.

Because the course of any single case of encephalitis is relatively unpredictable, it's important to get a timely diagnosis and treatment.

Pesanan daripada saya musim hujan sekarang nie please semua jaga kesihatan yer! kalau demam sikit2 pon jangan bertangguh pegi klinik atau hospital yang berdekatan.

Thursday, December 5, 2013

Kenapa kita perlu ambil SUPLEMEN?

Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa kita perlu ambil suplemen. Baiklah disini saya mahu share kan beberapa maklumat penting.

Antara sebabnya....


1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan.

2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.

4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.

5. Rutin pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak menghiraukan diet yang seimbang.

6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.

7. Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera dan sebagainya.

Oleh itu marilah menggunakan produk SHAKLEE kerana ianya terbukti sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. Yang penting produk SHAKLEE telah disahkan halal oleh JAKIM. So marilah menggunakannya tanpa was-was.

Berminat boleh hubungi saya : 012-5417451

emel: jivebumz@yahoo.com

k bai


Wednesday, December 4, 2013

Alahai pengasuh....

Tetiba nak menulis malam nie..

Siang tadi terbaca dekat wall fb sahabat karib aku nie.. seolah dia sedang hadapi masalah yang sangat serius. Aku cuba tanya kat situ dia suh aku wasap so aku pun wasap la.. tanya punya tanya rupanya dia tengah bersedih yang amat.

Tangan anak dia patah weh!!! Baby lagi tu baru berusia lebih kurang 7 bulan kalo xsilap aku. Macam mana boleh patah? Tanya pengasuh..pengasuh mati2 tak mengaku katanya. Akhirnya dia bawa ke hospital serdang. Doktor sahkan tangan anaknya patah dan suh buat report polis. Dia plak tak nak besarkan hal tu. Yelah paham la kan pengasuh pon jiran dia jugak kang apa2 hal tak bercakap plak. Tapi memang sedih laa.. terkejut pon sama bila dia bagitau tangan anak dia patah tu. Baby plak tu terus terbayang wajah anak2 kat rumah pengasuh. Ntah apalah nasib dorang kalau pengasuh buat sesuatu yang kita tak nampak kan huhu.

Mintak simpang malaikat 44 huuhuu. Pastu aku tanya la kan lepas nie nak anta lagi ke kat pengasuh tu. Terus dia cakap nak berenti keje. Jadi housewife. Nak jaga anak2 depan mata. Tapi dia cakap dia tak mampu nak senangkan anak2 lepas nie. Sedih plak aku dengar. Terus aku cakap kat dia maybe ada hikmah sebaliknya tu dan harap dia boleh bina kerjaya baru di rumah dengan buat bisnes online.  Sebabnya dia pon memang tengah buat bisnes on9. Harap berjayalah dia nanti.

Kepada pengasuh diluar sana harapnya jagalah anak2 orang dengan baik. Takkan la budak sekecik tu boleh tiba2 patah tangan dengan sendiri plak. Hai tak logik plak rasanya. Pk la sama mak bapak yang terpaksa bekerja demi sesuap nasik nie. Kalo nak kerja buat elok2 dengan ikhlas jangan nak sambil lewa n nak duit saja. Anak org tu amanah Allah tau x! Grrr

Ok tetiba aku emo...geram dan marah campo sedih..

To ecah, bersabarlah syg moga Allah bukakan pintu rezeki untuk ko nanti.. dan sembuhkan haikal spt sediakala... amin

Tuesday, November 19, 2013

Hai Omega Guard!



APAKAH KELEBIHAN OMEGA GUARD SHAKLEE?

- Minyak ikan terbaik di dunia.
- Diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara jepun.
- Ia bukan dari hati minyak ikan.
- Omega Guard 3x lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.
- Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia.
- Mengandungi asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA,   DHA, ALA dan banyak lagi.

APAKAH MANFAAT UTAMA OMEGA GUARD SHAKLEE?

- Merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita.
- Mencegah penyakit saluran darah dan strok.
- Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.
- Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
- Menentang kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
- Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis).
- Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan.

Sangat sesuai untuk ibu mengandung, ibu menyusu, kanak-kanak dan juga sesiapa yang ingin menguruskan badan. Ingin mencuba boleh pm/wasap 012-5417451
 

Thursday, November 14, 2013

Vitamin C Shaklee terbaik untuk ANDA

Hai uols... dah cuba try test makan Vitamin C SR Shaklee nih ker?? Kalau belum inilah masanya...

Ingin tahu Kelebihan Vitamin c nah ini dia....

Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar. 

Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema. 

Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan. 

Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 

Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. 

Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi. 



Apakah Simpton kekurangan Vit C ?

  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah 
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar Luka yang lambat sembuh 
  • Mudah selsema / bersin 
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen) 
  • Mudah dapat ulser 
  • Mudah demam / antibodi tak kuat 
  • Gusi berdarah 
  • Salur darah mengecil 
  • Sakit sendi 
  • Tanda lebam pada badan 
  • Weight loss (bukan kurus sihat tapi kurus yang tak sihat, lemah dan kusam) 
     Saya pengguna Vitamin C... mau cuba pm or wasap 0125417451

Wednesday, November 13, 2013

Konvokesyen Kak Yon

Siapa Kak Yon???? tu dia yang pakai jubah konvo tulah... kak yon nie anak buah saya. Anak buah no 2. Tahniah kak yon kerana telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang business IT. Selamat datang ke alam pekerjaan yeayyy

Lepas nie sebok mencari koje la pulak... Tamat pengajian di UITM, Shah alam.. syabas yon!

Abang dan kakak pastinya gembira menyaksikan anak depa berjaya kan... hurmm terpk jugak esok2 anak2 aku camna dapat tak merasa konvo begini.. mudah-mudahan...

Aku nie kan seronok sangat tengok anak buah berjaya tamat belajar.. memandangkan opis pon tak jauh dengan uitm tu ku gagahkan jua datang tengok.. walaupun jarak antara parking dan juga dewan sangat lah jauh.. tak pa yang penting kita datang meraikan bagi dia hepi gitu.. tapi sorilah bunga tak dan beli hehe.


kak ju pon ada.. sanggup amek cuti lagi tu...

dah tau pakwe kak yon datang wajibbb bawak bunga kennn... so kami tak beli lah hehe



abang dan kakak dengan bakal menantu...

banyak gambar jelah aku nak share kat sini sebagai kenangan

loving kapel ahak ahak

lastly....ehemmmm yon bagi peluang aku pakai jubah konvo dia.. merasalah aku berkonvo untuk kali ke 3 lalalala

tu je pon... tahniah yon daripada maklong sekeluarga semoga yon tabah menghadapi liku2 untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dan setimpal dengan kelulusan yon lepaih nie.. maklong dah lalui semua tu dulu tau eh eh hehehe
 

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site