Friday, August 28, 2009

Album tunang ku udah siap

Yang ditunggu telah tiba.. akhirnya siap jugak album tunang ku.. maka wajibla aku jaja kat sini sebagai kenang kenangan di hari tua..haha

Ini adalah kotak album nye yer..

so black..hihi tak pe i like jer!

jeng jeng jeng

baru muka depan...

dan muka seterusnya adalah gambar2 ku bersama yang tersayang...

wit my luvly dear:)

haaaa tu saje loh.. tak boleh tunjuk banyak2 kang org cakap nak menunjuk2.. hihi tunjuk cket2 suda.. ngeh ngeh ngeh

hepi loh.. dah lama tak ada album gambar sendiri.. dulu2 tu mmg rajin + giler cuci gambar.. sejak ada digital nih langsung pemalas nak cuci gambar.. dalam hard disk tu dah penuh dengan gambar bila nak cuci tu tak tau lah.. ok ok tak mau membebel hari jumaat nie.. meh aku tayang lagi sekali kat korang..... lalalalalala

saya dah ada album tunang! dan saya dah ada tunang...kikiki :p

Sebelum terlupa aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada en echam kerana telah melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.. tengkiewwww banyak2 yer cham..

lastly aku dan en photog.. eh en echam dan en echam orang yg sama ok! :p

Bertemu sedara di opis

Salam ramadhan sume... esok hari sabtu.. cotiiiii yeahhhh suka sangat kalo tiba hari sabtu.. nak nak pulak sabtu sampai isnin cuti.. perghhhh best kan uols.. akceli aku kan nak balik kampung.. hihi mention sekali lagikkk :p 3 hari 2 malam!

Ok la nie aku nak cite kisah minggu nie.. hari rabu tadi ada vendor datang opis aku.. dorang datang bertiga.. sumenya pompuan.. muda2 belaka.. lebih kurang sebaya aku jer :p

Dorang datang nak installkan satu sistem nie.. dipendekkan cite aku borak2 la ngan dorang.. tanya asal mana dok mana.. sekali ada sorang minah tu kan cakap kat aku.. "ai sedara sendiri pun tak kenal" uitttt terkezuttt acik... aku pon tanye la sedara mana nie.. tak perasan lak aku kan.. dia pon bukak cite la.. rupa-rupanya minah nie dah pernah jumpa ngan aku masa majlis tunang aku aritu.. hahaha aku bleh tak perasan ko! series aku memang tak perasan langsung minah nie..


Soal punya soal rupanya minah nie anak kepada sepupu aku.. namanya kak aishah.. bapa sedara dia pulak kawen ngan anak sedara aku yang kat ampang nun.. baru la aku perasan bila dia bitau sume.. rupanya masa aku tunang aritu aku dah salam2 bagai ngan dia.. iks iks cemana aku leh tak perasan nie..hihi


inilah dia anak kak aishah yang duk kat ipoh nun.. namanya huda.. nasib baik dia yang tegur aku dulu.. kalo idak mau sampai sekarang aku tak tau yang huda nie adalah anak sepupu aku.. kira 2 pupu la yer? ntah la aku tak tau sangat cemana kira pangkat nie..hihi

kebetulan plak muka minah nie ada iras sorang dak opis aku nie.. sekali pandang mmg sejibik ar.. apalagi amek gambar dulu.. sebagai kenangan.. tak sangka sepanjang aku keja kat sini boleh plak terjumpa sedara sendiri.. kuikuikui

Moralnya lepas nie kena kenal2 sume adik badik yer.. jangan menyombong.. huhu

Thursday, August 27, 2009

Aku nak balik kampung..yeahhhhhhh



Yuhuuuuuu perlukah aku mention di sini yang aku nak balik kampung sabtu nie..
Tak sabar nak balikkkkk ok.. nak buke pose ramai2 bersama keluarga.. nak terjah umah abg cik.. nak jumpa anak buah kat sana.. nak g pasar ramadan kat sana... nak soping kat sana... uihhhh macam2 la nak buat kalo balik kg tu kan...

sabar sabar lagi 2 ari :p

Al-fatihah kepada arwah

Pagi tadi masa aku tengah bersahur sorang2 tetiba dapat sms daripada abg cik mengatakan Pak Lang Mat telah kembali ke rahmatullah... Aku baru jer jumpa dengan arwah masa bercuti kat kampung bulan lepas...

Arwah merupakan jiran aku di kampung.. sudah lama arwah menanggung derita akibat sakit jantung.. boleh dikatakan setiap bulan keluar masuk hospital..

Dah sampai ajalnya.. kembali ke pangkuan illahi dalam bulan yang mulia pada jam 12 tengah malam tadi.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..


al-fatihah untuk arwah...

Wednesday, August 26, 2009

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Pepatah melayu ada mengatakan.. "melentur buluh biarlah dari rebungnya" sama juga dengan maksudnya kalo nak didik anak2 biarlah daripada kecik.. nanti dah beso panjang susah nak bentuk.. buluh kalo dah jadik rebung pun payah nak lenturkan.. tak gitu kawan2 sume? hihihi apa aku merepek nie daa..

Meh layan gambar anak buah aku g terawih malam semalam.. lepas bebuka kt umah kak ju kitorg g terawih ramai2.. aku, kak ju dan anak2nya..

tetiba amek gambar kat surau.. hehe kebetulan aku ada bawak henfon time g umah akak aku tu.. sebelum jemaah lain datang aku cepat2 la snap gambar depa nie.. kalo tak tak de maknanya aku nak angkut henfon sampai ke surau..

tengok la bukan main lagi anak buah aku tu.. duduk saf yang belakang sekali.. terawih 4 rakaat saja kata dorang..

yang tutup muka tu farrah.. saje jer tutup muka time aku nak amek gambar dia.. malu-malu konon :p

hah tengok tu dah macam tu gayanya plak.. aksi kuak lentang.. tak pelah asalkan dia mau ke surau.. belajar daripada kecik yer tak? jangan dah beso pemalas nak g surau udah..hihihi

tak lupa muka tuan tanah.. tetiba nak jugakkkkk tempek kat sini..lariksss

itu saja untuk malam ini

sekian :)

Buka puasa hari ke 4

Hai uols... gile bizi aku arinie..huh nie baru ade peluang nak bukak blog tau! sian aku kan.. patutnye bulan pose nie kena banyak2 berehat.. tapi aku sebaliknya..muahahaha

Ok meh cite2 pasal buka pose kemarin yer.. Kemarin akak aku kol ajak berbuka kat umah dia.. umah akak aku nie dekat aje pon ngan umah sewa aku tu.. blok yang berlainan jer.. aku blok 2 akak aku blok 6.. dokat ajola yer..

Balik keja petang tu aku singgah bazaar ramadan dekat area umah aku nak beli sedikit buah tangan kata org :p ikutkan hati nak masak.. tapi apakan daya tak sompat... :p

So aku beli jela apa yg ada kat bazaar tu..

kuih tepung pelita.. sedap wooo kuih nie.. akak aku yg kirim kuih nie.. sedap katanya.. tp memang sedap pon! ramai giler org beli kat situ beb..

ayam percik terbaek... nie faveret anak buah aku..

kari udang.. faverat family aku nie.. hihi korang jangan heran plak yer mmg org utara suka makan kari ok! :d kari udang nie akak aku yang masakkan.. tengah rajin nak masak tu! akceli akak aku nie ngah peknen kan.. so org peknen nie feel macam2.. layankan aje..hihi

ikan goreng..

anak2 kak ju.. fatin & farah

farrah... si kecik nie sebenarnya tak mandi daripada pagi sampai buka pose..iks iks maklum la bulan pose dah jadi pemalas sungguh..

Gambar aku n kak ju agak sensor so tak payah tempek kat sini yer.. pas buke pose dan solat kami sekuarga g solat terawih kat surau..

alhamdulillah dapat buke bersama dan dapat tunaikan solat terawih..

n3 aku berterabur arinie.. sori yer korang..hihihi

Tuesday, August 25, 2009

Pemenangnye Adalah...!!!!





I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Blogger JIVEBUMZ........!!!!!!!




Chilabaey's said:-

Pemilihan ini telah dibuat dengan teliti... kononnye.... Pemilihan nombor Follower Ke-191 adalah disebabkan kalau diperhatikan bahawa salah seorang follower aku itu adalah aku sendiri Chilabaey's.... Kedudukan sebenar yang aku cari adalah Follower Ke-190...

So, untuk Blogger KOJAH (Ke-190 ditolak 1 follower = Ke-189) manakala Blogger JIVEBUMZ (Ke-191 ditolak 1 follower = Ke-190) maka dengan itu Blogger JIVEBUMZ adalah dengan rasminye merupakan PEMENANG nye.... Tahniah diucapkan.....

Sila berikan alamat untuk penghantaran hadiah tersebut di email saya (muzshah_zainal@yahoo.com).... kalau lambat bagi saya bagi kat orang lain nanti... hehehe.... dan untuk Blogger KOJAH juga boleh berikan alamat juga, mungkin hadiah saguhati akan diberikan.... kalau naklah... hehehe.... Terima kasih kerana menjadi follower saya setakat ini....

Gambar Kredit to Chilabaey's


Syukur alhamdulillah.. ini adalah satu berita gumbira buat aku hari ini.. yeahhhhh sori la uols lambat hapdet ar arinie.. siang tadi aku ada urusan di luar kawasan.. sebenarnya aku dapat tau result nie semasa aku buat tinjauan di blog beliau petang tadi secara curik2.. masa tu tengah keja luar ok! tapi tak sempat nak wat n3 khas untuk beliau serta meninggalkan jejak.. hihi bizi la katakan.. tetiba jer aku bizi arinie kan.. iks iks musykil betul laa..

So dikesempatan yang ada nie aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Chilabaey's blog kerana sudi memilih aku sebagai pemenang.. sebab musabab aku terpilih sebagai pemenang adalah seperti di atas yer kawan2.. Sila baca.. buat kojah jangan sedey2 eh coz kojah still dapat adiah daripada pihak penaja.. mungkin lenkali kojah menang plak yer.. kali nie bagi "can" kat akak dulu yer :p

Ok la lepas nie aku nak join lagi mana2 blogger contest.. kepada blogger2 sekalian sile jemput aku bertarung g eh.. hihihihi ada hati berangan nak menang lagi la plak..

akhirkata "majulah sukan untuk negara".. tetiba kuar motto sukan daa

tak de kaitan langsung..hihih

Monday, August 24, 2009

Kelebihan Solat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Memang banyak kelebihannya kalo kita menunaikan solat tarawih nie.. oleh itu marilah kita sama-sama mengerjakan solat tarawih di bulan mulia ini semoga kita semua akan mendapat keberkatannya...

amin

NOMINATE YOUR FAVOURITE BLOGGER



Pagi tadi dapat email daripada nufnang... sure uols blogger2 sume dapat jugak kan..
so apa kata kita " NOMINATE YOUR FAVOURITE BLOGGER"
pada yang berminat nak join sile layari http://awards.nuffnang.com/nominations.php
dan buatlah pilih mengikut kategori blog yang anda minat ok..

jangan lupe nominate for me!!!
hikhikhik

Pertarungan 2 Blogger...!!!

Salam ramadan sume blogger2 tersayang..

Amacam kerja hari nie? ada tenaga tak? haaa korang sahur tak pagi tadi? aku bangun sahur ok.. kui 4 pagi lagi tu..ngeh ngeh semangat gitu! bangun makan nasik lagi tu.. pastu tido balik.. sedar2 dah masuk subuh.. terus bangun siap2 g keje..

Sampai opis bukak blog dulu.. jenguk2 kal blog nie ada muka aku.. terkejut jugak.. terfames kat situ.. lalalala rupa-rupanya ada n3 khas pasal follower blog chilabaey's spot yang ke 190 & 191.


gambar cilok daripada blog chilabaey's spot

Antara KOJAH vs JIVEBUMZ, siapa pemenangnye yer....????

Tak sangka pulak aku terpilih.. heheh padahal malam tadi aku saje blogwalking.. terbaca pasal contest nie.. apa lagi time tu mmg follower yang ke 190.. cepat2 la aku jadik follower yang ke 191.. melawan kojah.. rakan blogger ku jugak.. hehe sori ye kojah.. kita sama-sama fight loh.. menang atau kalah tu kan adat bertanding.. hikhikhik

Tak sabar la tunggu result nye nih.. kepada en chilabaey's spot sile cepat2 umumkan pemenangnye yer... muahahaha

Sunday, August 23, 2009

Berbuka bersama housemate loh

Sabtu dan ahad duduk di rumah sajork..huhuhu nak nangeh rase :p berbuka bersama kawan-kawan serumah.. kalo sehari ok la.. kalo 2 hari....hukhukhuk tak besttttt uwaaaaaaa

Tetiba emo plak kat cni.. cehhhh tolongla jangan nak emo2 ok.. semalam aku g pasar ramadan kat area umah sewa aku nie jer.. setiap kali bulan puase memang ada orang meniaga kat situ.. so senanglah untuk weols orang bujang yang agak2 malas nak masak beli jer makanan kat situ.. lagipun bukan nak makan banyak sangat.. sekadar melapik perut kata org.. baik beli jer tak payah susah2 nak masak.. masak nasik udah :p

gambar semalam... pasar ramadan hari pertama kat umah aku

beli lauk ngan sedikit kuih muih sudah memadai :p

hari nie pun sama beli lauk dan sedikit kuih muih.. tengah makan tetiba teringat nak amek gambar.. huhu sedey ar nengok lauk dalam pinggan aku tu kan.. terbayang kenangan berbuka beramai2 kat kg.. alangkah indahnya kalau.... huhuhu

tak pe sabar ok.. sabtu depan aku nak balik kg.. nak berbuka kat sana..

mak tunggu kepulangan anakmu ini...

Saturday, August 22, 2009

Sahur hari pertama puasa

Salam sume.. amacam puase arinie?? bagus ker? adakah keadaan masih lagi terkawal??? kekekeke so far aku menten g nih.. walau pun pagi tadi tak terbangun sahur..huhuhu sedey oh tak dapat bangun pagi tadi.. langsung tak sedar bunyi jam... sedap sangat tido.. huh

Aku terasa rugi sangat2 nih tak bangun sahur pagi tadi!! dah la malam tadi siap2 masak daging kunyit ngan tom yam sayur.. last2 aku tak bangun sahur... uwaaaaa tengok jela makanan dalam periuk tu.. nak makan tak boleh... housemate aku yg sorang tu pun tak bangun jugak.. yang sorang lagi tu tak kejutkan aku...mybe kesian nak kejut kot.. sebab aku kan tido lewat malam tadi gara2 bunyi bising tu.. uwaaaaaaa menangis kejap eh :p

Tak pe tak pe aku kan kuat semangat.. tak de rase pape la tak sahur nie.. cam besa jer.. cewahhh ayat tak boleh blah.. ayat penguat semangat latu..hikhikhik

Erm hari nie tak tau lagi nak buka puasa ngan sape nak makan ape... tapi en bob ada ajak berbuka puase ngan family dia.. uihhhhh takuttttt... kalo korang nak tau aku tak pernah lagi jejak kaki ke umah family dia nie... so aku rase takut sket laa kan.. perangai nak kena behave nie!! kuikuikui

kang kalo aku jadi pegi aku stori kat korang eh.. kalo tak pegi tu aku diam2 ajo la yer..hihi

k la uols bulan puase nie kena banyakkan ibadat yer.. selamat beramal... :)

Friday, August 21, 2009

Terawih malam pertama ramadhan

Syukur alhamdulillah dapat juga aku menunaikan solat terawih malam nie.. permulaan bagi ramadhan esok harinya.. aku g surau sorang2 jer tadi.. sampai kat surau tengok2 kak ju dan anak-anaknya dah sampai.. dah elok duduk kat saf masing2.. awal betul sampainya.. padahal umah aku dekat jer ngan surau tu.. orang jauh sampai dulu..hihi

Sewaktu solat terawih tadi punya la bising.. huh menganggu tumpuan betul la! geram nyeeee sabar jela kan.. akceli daripada malam tadi lagi benda nie berlaku.. aku tak paham apa sebenarnya yang dorang buat! malam tadi pukul 11.30 malam dorang main mercun.. bukan main cket2 tapi main banyak2.. ntah bape banyak mercun dan bunga api yang dorang bakar malam tadi tak tau la.. memang menganggu orang ramai kat apartment nie yang nak tido.. sampaikan ada pak cik dan abang2 kuar umah dok tertinjau2.. setakat tinjau ajela sesama dorang tak de tindakan apa pun..huuuu

Sekarang nie pon bising jugak!!! tapi bukan main mercun tapi dok berkaraoke la pulakkkk kalo sore sedap tu tak pela jugak tah pape lagu la ai dorang nyanyi tu.. agaknya apa perayaan yang dorang sedang raikan tu yer?? aku tak boleh nak cite street sangat coz melibatkan kaum lain nih.. korang paham2 la yer.. kaum yg putih melepak tu..

Lepas azan maghrib tadi dorang start pasang lagu kuat2 sampai la sekarang weh.. sampai terawih pun dah abes! suara pak imam pun tenggelam timbul tadi.. uols bayangkan la suara dorang lagi power.. iks iks patutnya menjelang ramadhan nie pihak yg berkenaan kena halang la perkara nie daripada terjadi.. kalo nak buat konsert pun pi la buat kat tempat tertutup.. yang mana tak menganggu orang awam macam kitorg yang tinggal kat cni nie.. tak patut la dorang wat camtu.. tak hormatkan kita langsung.. sedey la wehhhhh

sampai bila dorang nak nyanyi n pasang lagu kuat2 nie aku pun tak tau.. nampaknya kitorg kena tido tutup telinga ngan bantal la jap lagi.. tak pon kalo aku dah geram sangat aku dan housemate nak g bom dorang sume tu... gerammmmmmmmnyeeeee

sabarrrrr la hai.. tadi dah buat pahala tak kan dah nak buat dosa plak.. huhuhuhu

k la uols selamat berpuase jangan lupe baca niat ok!

jumpe esok

Sanggup tu beratur panjang semata-mata...

Semata-mata mau makan itu KFC.. huhuu giler la orang shah alam tengah hari nie.. sume sanggup jer beratur.. . seolah-olah tiada esok lagi nak makan KFC.. almaklum saja lah yer esok kan dah bermula bulan puasa.. tak kan esok nak makan kat sini.. kalo nak makan pun kena tunggu waktu berbuka yer tak?

Sanggup kitorg beratur tau uols... masa nie ada 10 orang lagi berbaris kat depan kami nie haa.. sabar jela.. sampai naik kematu kaki berdiri..hukhukhuk

sabar sabar sabarrrrrr

Oleh kerana ada seseorang menaja makan tengah hari kami tadi maka dengan kudrat yang ada aku dan opismate sanggup berbaris panjang.. ala weols tolong beli jer.. dah orang nak belanja kan.. rembat aje.. hiks

tima kasih yer en blek!!!! murah rezeki ko


Beratur tak lama dalam 20 minit camtu aje.. tapi lenguh jugak la kaki nie..

Hurm aku bersama opismate (Nurul n Za) window soping tadi kat Kompleks PKNS.. tengok2 baju raya.. wahhhh dorang dah mula berniaga.. macam2 pattern.. macam2 kaler serba serbi ada ok.. cuma bawa duit jer.. memandangkan duit kitorg tak berapa nak ada so kitorg jalan2 sajork... kalo nak beli time skg nie mmg tak mampu laa... mahal woooo kena tunggu dekat2 nak raya baru bleh beli kot :p tapi aku rasa hege kain baju kat PKNS tu sama je.. mahal mahal mahal

Ok la uols masak ape malam kang?? hihi mesti spesel kan? boleh wat untuk sahur sekali ye dak? hihi aku pon tengah dok memikir nie ha nak masak ape la jap lagi.. esok nak bangun sahur.. em bestnyeee.. malam kang terawih yer!

ok laa nak balik awal arinie.. semangat nak masak.. hihi

selamat berterawih yer uols!!! :d

Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat

Salam hari jumaat uols...

Hari nie aku sampai opis awal ok.. kui 7.30 dah terpacak dekat punch kad..heheh nie suma gara-gara jem minggu nie.. tak sanggup dah aku nak tempuh jem pepagi nie.. so mulai hari nie aku akan bangun awal dan kluar awal cket supaya tak tersangkut di jalan raya.. :p

Hurm kawan2 sume tak sampai lagi nie.. ape lagi apdet blog dulu la..ngeh ngeh ngeh

Esok dah start puasa dah uols! amacam dah bersedia ker??? hihi kalo tak bersedia pun kena puasa jugak kan.. malam nie dah start sembahyang terawih... bestnyaaaa tak sabar aku nak pegi surau kat bawah umah aku tu.. insyaallah

So dikesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SUME.. Semoga ibadah yang kita laksanakan di bulan mulia ini mendapat ganjaran daripada Allah swt.. amin

Pada suma kawan2 hari nie kite makan siang puas2 eh! sapa yang mengidam pape tu sile2 penuhi hajat tu hari nie jugak.. esok dah tak bley makan waktu siang g k :p sape yag tak pose ada sebab tu tak pe.. jangan suka ati nak tinggal puasa eh.. lalala sempat plak aku berceramah kat cni :p

ok la uols pepon puase jangan tak puase!

makan kenyang2 tau uols arinie!!! kekekekeke

Thursday, August 20, 2009

2 ari 1 malam di inspen

Akceli ari selasa sampai rabu tadi aku g kursus kat INSPEN, Bangi.. ari selasa cek in rabu tu kursus.. korang tau ker tempat apa tu?? haha tu la tempat budak2 belajar.. kalo korang nak tau lebih lanjut sile google sendiri ok :p

Tetiba rasa nak wat n3 pasal inspen nie..

Aku adalah peserta pompuan yang paling awal sampai.. hamek ko padan muke aku lapor diri sorang2.. sementara menantikan sahabatku2 daripada negeri lain datang.. aku cek in dulu..

Bilik cam asrama tu yer kawan2... meh kita tengok apa kemudahan yang ada..hihi

tv 14 inchi.. sekali ngn meja tulih..

rak kasut.. rak telekung semayang..almari kecik untuk taruk buku ke hapa ke..

opsss tetiba tunjuk toilet plak.. bersih woooo toilet kat cni..

ada air panas g ko.. best best :p

dan katil yang comel.. aku mati2 ingat sebilik 2 orang.. rupa2nya 1 bilik utk seorang... hukhukhuk rasa semacam owh bile dapat tau kena dok sorang2.. tapi aku kene menten beb... tak takuttt.. percaya pada diri sendiri.. aku bleh tido sorang2 kat situ per...huhuhu ala g pon untuk "one night only ma!!" :p

nie plak pemandangan kat depan asrama yang aku menginap tu..

nampak bangunan jer yer kawan2.. nama pun institusi latihan.. hahah

landskap kat asrama... cantik jugak

dan aku pilih no bilik nie.. suka ati jer kan mentang2 aku sampai dulu pulak tu tak ramai kawan2 dpd negeri lain yang nak tido cni..huh

petang tu perut dah kebulur sangat.. aku wat air dan makan apa yg ada.. kebetulan dapat biskut free.. boleh la wat lapik perut... waktu nie kawan aku dpd penang dah sampai.. so kenduri biskut sampai abes sumanya..

itu sahaja.. kursus best tapi paling tak best network lembap!! geram jer..huhuhuh sampaikan kitorg tak dapat wat latihan secara praktikal.. sumanya gara2 network tu..huh

ok la udah2 la membebel tu yer :p

chow chin cauuuu

Hadiah hari lahirku

Salam sume...
Sori korang aku lewat apdet.. heheh korang ada kesah ker? :p haha aku punya suka la kan.. gile kose wehhhh.. hurm rindu ar blogging.. almaklum la aku kan baru balik kursus.. kang senang2 aku taruk pic tempat kursus yang menarik tu yer.. :)

Pagi tadi aku sampai lewat tau.. jalan jemmmm sangat! keta sangat banyak ari nie.. sampai kat opis parking lak tak de.. kena parking kat hujung2 bangunan..huh

ok berbalik kepada cerita asal.. sampai aje kat opis nih tetiba nampak atas meja aku ada bungkusan nih.. wow bestnye.. heheh

bungkusan pos laju daripada seseorang rakan blogger jugak.. yehaaaaa

cepat2 aku bukak sebab nak tau isi kandungannye.. kat luar bungkusan tu dah tulih apa yang dia nih kasi.. dah tak suspen lagi dah..heheh

oppss kasi amek gamba dulu sebagai kenangan :p

bukak skit2 sambil amek gamba.. uittt cunnye kotak dia

jeng jeng jeng

tarra inilah dia.. hadiah ikhlas daripada rakan blogger ku saudari marziey

thanxs a lot's marziey.. heheh ko la orang pertama yg kasi akak adiah besday utk tahun nie tau tak.. hukhuk sambil tu en bob sile paham2 yer... :p

Tuesday, August 18, 2009

Sumanya aku suka

Masih dalam mood pertunangan..cea ceaaaa selagi gambar tak abes upload rasa macam tak puas ati gitu.. nak masuk jugak gambar2 nie sume.. heheh

izinkan patik jaja gambar2 yang tak seberapa nih untuk koleksi peribadi..heheh masih peribadikah kalo dah masuk ke sini? sendiri mau ingat laaa :p

sementara menanti pihak laki datang.. tengah dup dap dup dap ok tapi masih bleh cover g.. muahaha aku boleh jer cover2 nih berlakon mau lebih cket maa..

korang perasan tak kotak tisu mydin tu.. heheh promote tisu mydin weh

tengah bagi arahan kat dorang sume supaya wat keje :p hihi yang bestnye hari tu aku perasan macam pengantin.. sume keje umah aku tak payah wat.. arahkan aje.. uiii bestnye ko

buat macam best ok.. hahah tetiba nampak jari tangan aku nie beso sebelah.. itu sume teknik2 yang digunapakai oleh mr photog

buat love love gitu.. gedik ok selama nie asyik nengok orang lain buat aku pon teringin jugak :p

nie gaya apa aku pun tak pasti.. mr photog yang suh wat cam gini.. tak boleh blah tang mata aku tu.. yela kan aku sedar aku nie mate sepet tak de bulu mata lebat cam gitu.. hukhuk pakai yang palsu pon ok what? heheh

kalo korang nak tau sireh junjung nie buat last minit waktu pagi sebelum majlis tu.. kelam kabut aku dan ina gebu siapkan.. kitorg taram je asalkan jadi rupa sireh junjung.. heheh

ketibaan rombongan lelaki.. umah akak aku tu kawasan bukit so dorang kene turun tangga.. umah akak aku kat bawah tu jer

aku ngah borak2 ngn dorang nie sambilsuh dorang intai2 kat luar.. dah sampai ke belum pihak lelaki nih... amboiii tak sabarnye :p

bergambar bersama adik, akak dan mak aku tercinta..

petang tu keje aku potong kek.. bagi saudara mara dan kawan2 makan.. hiks

kak ju antara orang kuat majlis aku aritu walaupon sedang peknen.. thanxs kak ju...

hoho itu saje laaa.. lastly aku bersama sireh junjung belah lelaki.. aku suka bunga kaler pink tu.. tantekkkk

terasa cam nak ulang balik saat indah ini.. best ok.. heheh
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site