Thursday, August 13, 2009

Mencegah lebih baik daripada mengubati!!

Mulai hari ini opis aku dibekalkan dengan "mask" sehari sorang satu.. untuk hari bekerja sahaja kalo nak pakai untuk hari yang tidak bekerja sile beli sendiri laa.. so pepagi tadi sebelum g kantin beli makanan weols dah gediks pakai "mask" untuk keselamatan diri sendiri.. :p

Aku tengok kat kantin tempat keje aku nih dah ramai yang pakai "mask" so idak ler malu sangat kalo weols jer yang pakai.. memandangkan kes H1N1 semakin hari semakin meningkat jadi aku rasa tak salah kalo kita mulakan dengan langkah pencegahan terlebih dahulu dalam mengekang penyebarannya.. Selebihnya kita berdoa dan berserah pada Allah.. Mudah-mudahan kita sume terhindar daripada virus yang teramat merbahaya ini..


bile dah pakai macam gini rasa sesak napas pun ada..huhu

pakailah "mask" demi keselamatan kita bersama..

Ok berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil semasa hendak memakai topeng penutup mulut (jenis yang digantung pada telinga):
  1. Gunakan sabun anti bakteria untuk membersihkan kedua-dua belah tangan.
  2. Bukakan topeng penutup mulut, pastikan bahagian dalam dan luar dikenal pasti terlebih dahulu. Elakkan daripada menyentuh bahagian dalam dan bersedia untuk dipakai. (Bahagian luar biasanya berwarna dan bahagian yang lembut biasanya di atas untuk menutup bahagian hidung).
  3. Pegang penutup mulut dengan kemas dan tekan perlahan di bahagian hidung untuk memastikan ia berada dalam kedudukan selesa.
  4. Pastikan topeng penutup mulut dipasang kemas dengan tangan.
  5. Bernafas seperti biasa.

Dalam keadaan di bawah, penukaran topeng penutup mulut adalah sangat disarankan:

  1. Selepas bersin atau batuk (tapi, kalau dah kena selsema dan batuk tu, macam mana yek?).
  2. Berada dalam kedudukan tiga kaki dengan orang yang bersin atau batuk serta tidak memakai topeng penutup mulut.
  3. Bila-bila masa yang dirasakan perlu terutama setelah yakin ia telah tercemar.

Untuk memudahkan gambaran bagaimana cara-cara yang betul untuk memakai topeng penutup mulut, boleh hayati gambar-gambar di bawah.

topeng_1

topeng_2

topeng_3

topeng_4

topeng_5

topeng_6

topeng_7

Sebenarnya pagi tadi weols salah pakai "mask" neh.. adeiii terbalik la pulak.. yang putih kat luar yang berwarna kat dalam.. tapi bila search kat google rupa2nya yang putih kat dalam manakala yang berwarna kat luar.. jangan konpius ok! kehkehkeh barula ku tahu rupanya ada cara2 gak nak pakai "mask" nie bukan main belasah aje..

Ok pada sume marilah kita pakai "mask" or topeng demi kesihatan kita bersama.. Hindari diri kita daripada Influenza A H1N1!!!!

5 comments:

aRe_uDear said...

kami org pun kat cni duk pkai bendalah nie.. tambah2 lagi ayu pun baru jer baik demam.. syukur bukan h1n1.. ;)

mAr@ZiEy said...

kat opis ni da di edar da mask..tp pkai kejap je..lemas lak klu pkai lelame..hehe

Unknown said...

are_uDear,
ila pon same baru baik dpd batuk.. syukurla mudah2an terhindar daripada h1n1 tu..huhuu tidakkkk

mar@ziey,
mmg pon kitorg kat cni pon same.. lemas owh! kalo kua opis mesti pakai tau!

Ana Lyana said...

kitorang kat opis nana ni tak dapat bekalan lagi la...

Unknown said...

honeysour,
hahah kene cepat2 mintak bekalan tu

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site