Saturday, November 22, 2014

Resepi mudah nak buat nasi ayam untuk yang pertama kali mencuba

Assalammualaikum wbt dan salam hujung minggu semua!

Pagi tadi saya dan mak keluar bersarapan berdua dekat luar sementara suami dan anak-anak masih tidur :) Seronok pula bila berdua-duan dengan mak.. ala-ala dating gitu... saya memang tak plan nak buat sarapan pon pagi tadi... malas pula rasanya hari minggu macam nie.. rasa macam nak makan dekat luar aje hehehe. Maka ke kedai lah kita.. saya plan nak bawa mak makan dekat restoran ceria dekat seksyen 3. Dekat situ ada nasi lemak dan roti canai yang sangat sedap tau! tapi parking pula penuh so tukar ke kedai mamak. Jauh skit laa kat seksyen 7 iaitu Khulafa Bistro. Kami berdua order roti sardin dan teh tarik untuk saya, teh o panas untuk mak. Makan sambil sembang dua beranak. 

Gambar makanan tak ada nak tayang sebab lapar nau tadi hehe. Eh hari nie ada Karnival Upin Ipin dan  Ultraman dekat PICC. Tunggu anak-anak bangun kejap lagi ingat nak pergi jugak la..Jalan-jalan katanya...

Pastu teringat lunch nanti nak makan apa yer.. buat nasi ayam pon best juga.. tapi malas :P hahaha tak pe saya nak gugel dulu resepi nasi ayam yang sedap nanti bila rajin saya buat. Nah saya share dekat sini mana tahu ada pembaca saya yang sedang mencari resepi hehe.

Kredit kepada blog iResepi.com


sedapnya nasi ayam
Gambar encik gugel

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu. 
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips: Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.



Nampak macam mudah jer... haha ok nanti saya cuba saya tayang kat sini yer.. nak korang amek resepi nie pi cuba dulu tau! dah siap mai hantaq kat saya sikit hehehe


Selamat berhujung minggu semua!
 

2 comments:

cerita ceriti kak sarah said...

Ingat tadi dah buat nasi ayam hehe

Unknown said...

wan fatihanum,
hehe coming soon I buat yer neni

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site