Thursday, November 20, 2014

Bengkak susu dan cara mengatasinya

Assalammualaikum wbt dan salam ceria!

Hai bertemu kembali kita... kali nie saya nak bercerita pasal bengkak susu. Pernah tak korang terutamanya ibu menyusu melaluinya? Ok bagi yang belum pernah merasai bagaimana sakitnya bengkak susu meh saya share serba sedikit.

lecithin bantu atasi bengkak susu


Bengkak susu sakit ker?


Teringat saya masa melahirkan anak pertama. Hari kedua selepas melahirkan saya telah mengalami bengkak susu. Masa tu dekat hospital. Saya pula bersalin secara ceaser maka agak terbatas pergerakkan saya. Maksud saya susah untuk bangun menyusu baby. Tambahan pula ketika itu saya demam pula dan baby di jaga oleh nurse. Saya pun tak pasti sama ada baby saya telah diberi susu tepung atau tidak. Badan saya benar-benar lemah ketika itu, agaknya terkejut lepas pembedahan kan. Aduhai bila dikenang-kenang sakitnya bengkak susu tuh! Memang sakit sakit. Bukan nak menakutkan korang tapi sekadar berkongsi pengalaman saya yer.

Mengapakah payudara bengkak dan sakit?


Pada minggu pertama selepas bersalin, korang mungkin dapati buah dada anda membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadan bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Itu adalah apa yang saya alami lah. Korang mungkin mengalami demam. Tetapi jangan risau walau seteruk mana bunyinya, keadaan ini hanya sementara.

Apakah sebabnya payudara bengkak dan sakit?


Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? payu dara penuh dan bengkak.

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati mendapati buah dada mereka hanya menjadi penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras.  walaupun begitu payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selepas bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak susu anda akan mulai reda.

Apakah yang boleh dilakukan untuk merawat payudara bengkak?


Pertama sekali ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyususi bayi anda, dan ianya tidak lama. Bengkak susu tidak lama, dengan bantuan bengkak susu anda menghasilkan jumlah susu yang sesuai untuk bayi anda.

Oleh  beberapa perkara perlu diambil perhatian antaranya,

Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda meyusu daripada kedua-dua payudara pada setiap penyususan. Cuma perlu pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yabg terakhir dihisap.

Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu adalah dengan meletakkan tuala panas didada, atau mandi dengan air suam sebelum memerah. 

Jika payudara anda terlalu penuh, menggunakan pam sekali sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

Semasa bayi sedang menyusu urutlah payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan ketegangan dan ketidak selesaan pada payudara.

Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara dapat membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti sahih yang menyokongnya. Daun kubis dikatakan ada kesan penyejukan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak.

Apa produk shaklee yang boleh bantu atasi bengkak susu?


Apa yang boleh saya cadangkan ialah anda mengambil lecithin bagi mengatasi masalah bengkak susu ini. Ini kerana lecithin membantu mencegah duktus susu tersumbat. Membantu memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu. Selain itu ia secara tak langsung menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya kita akan menjadi mudah lupa selepas bersalin. Lecithin juga secara tak langsung memberi khasiat kepada bayi melalui susu ibu. Bagus untuk perkembangan otak bayi. Oleh itu jika anda mengalami masalah bengkak susu cepat-cepatkan dapatkan lecihtin mudah-mudahan dapat mengatasi masalah anda. Susu lancar dan badan pon selim kan hehe.

atasi bengkak susu




Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site