Saturday, November 1, 2014

Ketahui 10 Sebab Kenapa Mealshakes patut diberi kepada anak anda

Assalammualaikum wbt semua dan selamat berhujung minggu!

Hai pagi nie saya nak share "sesuatu" yang perlu anda diluar sana tahu. Sebelum nie saya pun tak tahu tapi lepas kelas online dengan my neni daripada group WAHMilionnare baru-baru ini baru rasa macam... ahh ruginyaa kalau lah saya tahu lebih awal... haa gitu..

So saya tak mau korang pon nyesal macam saya jugak... jom ikuti kupasan menarik ini berkenaan Mealshakes.
  10 sebab mengapa si kecil perlukan mealshakes 

Kenapa nutrisi penting diawal usia kanak-kanak?

 
Seringkali kita terlupa bahawa si kecil sangat memerlukan nutrisi. Ini kerana semasa kecil lah perkembangan mereka terpalinggg pesat! Beberapa tahun pertama sangat penting bagi kita ibu bapa untuk mengambil tahu berkaitan pemakanan anak-anak. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Semua orang tak nak anak-anak mereka sakit kan? maksud saya mudah jatuh sakit. Kalau boleh biarlah antibodinya kuat gitu. Zaman sekarang tak sama dengan zaman dahulu. Zaman dulu mungkin belum banyak pencemaran. Makanan juga masih banyak yang asli. Sekarang nie macam-macam ada terutamanya makanan segera. Makanan segera yang sangat tidak bagus untuk anak-anak kita.

Disebabkan ibu bapa yang sibuk bekerja, kalau boleh goreng nugget jer pagi-pagi. Peti ais penuh dengan makanan segera sebab nak cepat punya pasal kan. Hakikatnya makanan nie semua langsung tak bermanfaat untuk anak-anak. Betul tak kesakitan anak-anak adalah derita ibu bapa? Kalau anak sakit tak kan kita nak biarkan? paling kurang kena gilir-gilir amek cuti. Oleh itu lebih baik kita mencegah daripada mengubati.

Kebanyakkan anak-anak memang cerewet bab makan termasuklah anak-anak saya sendiri. Jaranglah anak yang nak makan sayur dan buah-buahan semua tu. Ada tu sikit jer rasa sayur terus letak tepi tak nak dah. Ada juga yang suka makan sayur tapi ibu bapa bz nak pegi kerja mana nak sempat goreng sayur kot. Jadi banyaklah keperluan anak-anak tak dipenuhi sebaiknya.

Untuk kanak-kanak Shaklee ada 3 rangkaian yang sangat diperlukan oleh mereka iaitu Mealshakes, Omega dan Lecithin. Tapi saya nak sentuh berkenaan Mealshakes dulu yer lagi dua tu Inshaa Allah dalam entry yang akan datang.

Sebenarnya supplement nie bukan untuk anak yang sakit. Anak yang sihat pun kita boleh berikan suppliment kerana ia bukan ubat. Berlainan dengan ubat, kalau anak sihat buat apa kita nak bagi ubat yer dak? Haa jom kita baca seterusnya....

10 sebab kenapa Mealshakes patut diberi kepada anak anda?


1. Karbohidrat - Glisemik Indaks Rendah untuk mengekal tenaga sepanjang hari.

Pertamanya jangan risau yer Mealshakes takkan menggemukkan kerana ia mengandungi karbohidrat kategori glisemik rendah. Apa yang glisemik rendah nie? Karbo bekalkan tenaga iaitu energy untuk kanak-kanak tak delah anak tu jadi lemah dan tak de semangat je sebab tak bertenaga. Jadi tenaga ini akan dilepaskan sedikit demi sedikit. Tak delah tenaga tu sekaligus dapat kang terlebih energy plak budak-budak melompat tak tentu hala hehehe.

Dari segi pesakit diabetes memang dorang kena amek karbo yang glisemik rendah. Kalau amek yang glisemik tinggi nie badan kita akan mudah jadi lemah dan mengantuk. Sila perhatikan jika kita makan nasik lemak adakah mengantuk atau rasa nak melompat? Mesti rasa nak tido jer kan. Sebab apa? Sebab amek makanan glisemik tinggi huhuhu. Jadi memang bestla Mealshakes nie sebab ia didatangkan sengan Glisemik Rendah. Sebab itu anak obes juga digalakkan mengambil Mealshakes.

2. Protien - Lengkap dengan 9 asid amino.

Mealshakes juga ada 9 asid amino yang lengkap. Kalau kurang asid amino boleh sebabkan keguguran rambut tau! Juga kalau kurang boleh sebabkan sel baru tidak terbentuk. Oleh itu asid amino sangat penting diambil untuk pastikan badan kita boleh produce. Asid amino hanya boleh didapati dari makanan sahaja. Semasa anak-anak masih kecil nie la perkembangan yang paling pesat,  jadi penting sangat tisu-tisu badan nak dibaik pulih untuk pertumbuhan dorang.

3. Antioxidants - Mengekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan.

Dalam Mealshakes juga ada antioksidan. Vitamin ACE nie adalah antioksidan. Buat apa antioksidan nie? Tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan radikal bebas. Apakah pula radikal bebas? Radikal bebas boleh merosakkan kulit. Jadi selain sihat, kulit anak-anak juga kita nak cantik tak delah berparut ke sebab kulit sensitif  contoh kena gigit nyamuk dah lekat parut. Vitamin C juga boleh bagi perlindungan antibodi untuk kanak-kanak supaya tidak mudah dijankiti penyakit seperti demam dan selesema.

4. Dietary Fiber - Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.

Jika ada dikalangan anda yang anak-anak mempunyai masalah sembelit dalam Mealshakes nie ada fiber yang boleh bantu anak lawas. Jadi tak delah nak sembelit pasni. Kalau amek mealshakes anak masih sembelit boleh tambah dos. Itu menunjukkan belum cukup fiber. Untuk 4 tahun ke atas dicadangkan mengambil minima 3 sudu besar sehari. Jika anak sembelit bagi 3 sudu besar nie. Manakala untuk anak 1-3 tahun ke atas boleh amik 1-2 sudu sehari mengikut keadaan anak. Ianya tiada masalah untuk anak-anak kerana cadangan ini oleh nutritionist Shaklee sendiri. Mealshakes juga boleh diperlbagaikan mengikut citarasa masing-masing sama ada ingin blend dan campurkan dengan minuman kegemaran anak-anak atau sebagainya.

5. Vitamin B - Meningkatkan fokus dan perhatian dan memelihara kesihatan sistem saraf.

Haa yang ini penting dimana ada vitamin b yang boleh meningkatkan fokus dan perhatian anak-anak. Kalau anak yang susah nak fokus, kita cakap dah lari ke sana sini atau risau tak fokus masa belajar boleh try Mealshakes. Penting nie kalau tak fokus camna nak belajar kan?

6. Sodium dan magnesium - Keseimbangan cecair badan dan kurang rasa letih.

Dari kita dok bagi air yang bukan-bukan baik lagi kita beri Melashakes. Mealshakes mengandungi sodium dan magnesium. Anak-anak kalau dah bersekolah memang penat dan kadang tu bersukan tengah panas kan. Selain Performance Drink, Mealshakes juga membantu mengurangkan rasa letih.

7. Vitamin C - Kesihatan gusi, gigi dan kulit, menentang infeksi kuman.

Didalam Mealshakes juga ada vitamin C. Seperti biasa kita ketahui vitamin C menentang infeksi kuman. Yang menariknya makanan sel darah putih adalah Vitamin C! Sel darah putih nie adalah bala tentera yang nak melawan kuman. Jadi bila kita beri dia makan cukup-cukup anak kita tak mudah diserang jangkitan penyakit.

8. Vitamin A - Kesihatan Mata

Haa penting adalah penjagaan mata. Kalau anak nak makan carrot setiap hari memang tak la kan. Jadi sumber apa nak bagi mata cerah? Bagi Mealshakes je senang! Anak-anak sekang nie kadang ibu bapa bagi tengok ipad, tab, henpon haa mana tak rosak mata tu nanti.

9. Kalsium dan Vitamin D - Kesihatan dan perkembangan tulang.

Masa nie anak-anak sangat perlukan kalsium yer. Kalau tak ketinggian boleh terbantut. Kalau umur 30 batu nak tambah ketinggian harap maaf sudah terlambat hehehe. Pertumbuhan sudah berhenti tak usah berangan lagi. Tips nak anak tinggi kalau perempuan, selepas dia didatangi haid pertama jangan tinggalkan kalsium. Kalsium boleh bantu ketinggian. Kalsium mesti datang bersama Vitamin D. Kalau beli kalsium sahaja tanpa vitamin D maka sia-sialah amek kalsium. Usah risau dalam Mealshakes dah ada siap-siap vitamin D tu. Fungisi vitamin D nie nak bagi kalsium menyerap. Kalau boleh dapat serapan maksimum. Ia juga membantu untuk tulang mampat. Sebab itu jika anda membeli pil kalsium sila perati pastikan ada Vitamin D dan juga Magnesium. Fungi magnesium ini untuk jadi kenderaan. Kiranya sebagai penghantar kalsium untuk diserap. Kalau tak de agen pengangkut tak guna jugak. Contohnya Ostematrik Shaklee, ada kalsium, magnesium dan juga Vitamin D. Magnesium ini juga membantu untuk sembelit.

10. Iron dan B12 - Untuk pembinaan sel-sel darah merah.

Kenapa perlu sangat sel-sel darah merah nie? Penting yer sebab sel darah merah ini membantu mengangkut oksigen ke seluruh badan termasuk ke otak. Kalau tak cukup agen pengangkut nie, kang tak angkut ke otak naya. Bila tak cukup oksigen ke otak apa jadi? Ngeriiii... jadi sangatlah perlunya iron B12 nie. Kekurangan iron B12 nie mengakibatkan anak-anak kelihatan lesu dan pucat jer. Kalau anak-anak ada petanda gitu better check! Atau badan kurus tapi perut buncit juga perlu diperhatikan.

Ok selesai 10 sebab saya share kenapa perlu ambil Mealshakes. Agaknya dah jatuh hati tak dengan Mealshakes? walau harga promo dah berlalu semalam tapi jangan risau jika anda berminat menjadi Ahli Shaklee pastinya anda juga dapat menikmati harga yang sangat berbaloi dan menjimatkan wang anda.




 
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop

3 comments:

Anmas Healthcare said...

Mealshake memang sangat bagus untuk kanak- kanak yg sedang membesar :D

:: anmashealthcare.blogspot.com ::

CahayaUmmu Rizqi said...

mealshake sgt bagus utk kanak-kanak, selain utk pemakanan ianya bagus utk tgkatkan imun badan. Tahukah selain mealshake omega juga sgt penting utk anak2, http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/11/promosi-omege-guard-shaklee.html

ila izat said...

anmas healthcare,
kan..rugi tak bagi awal!

cahayaummu rizqi, yeahh patut grab omega bulan nie kalao x nyesal tu!

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site