Assalammualaikum wbt....
Saya akui mendidik anak-anak bukanlah perkara yang mudah. Tambahan pula, sikap anak kecil yang sukar mendengar kata, menyebabkan ibu baoa mudah hilang sabar, naik darah, geram, stress san sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda?
Sudah pastinya anda tidak mahu anak-anak membesar dengan emosi terganggu. Kadang kala saya terfikir, bagaimana anak saya memarahi saya bila besar nanti? Sebab kadang-kadang saya juga mempunyai sikap sukar mengawal kemarahan. Terutamanya apabila anak-anak sukar tidur malam. Ya Allah hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan ini apabila anak-anak tidak mahu mendengar kata.
Daripada situ saya tergerak untuk mencari ilmu berkaitan mendidik anak-anak. Jom ikuti bersama saya...
Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Pada masa inilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka akan mencuba sesuatu yang baru dan mereka belajar membentuk jati diri. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.
Disini saya ingin kongsikan tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda.
Tips mendidik anak-anak:-
1. Sebelum memarahi anak. Fikirlah dahulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.
2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.
3. Perlu difahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuma fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.
4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa kasih sayang oada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja.
5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain? Begitu jugak anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.
6. Banyakkan membaca Al-Quran. Ayat Al-Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Menjadikan mereka lebih mendengar kata. Tahukan anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.
Salah satu tanggunjawab yang sering di abaikan oleh ibu bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting untuk membentuk jati diri mereka. Belajarlah untuk menghargai mereka. Inshaa Allah mereka akan mula menghargai anda. Kerana mereka belajar daripada anda.
Anda mencerminkan mereka! Semoga tips dalam mendidik anak ini membantu anda dan saya.
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop
2 comments:
lepas ni kena tingkatkan lagi bacaan Al Quran supaya hati anak2 lebih lembut dan soleh solehah...
kecederaan emosi kanak-kanak akan mempengaruhi hikap dan cara berfikir sehingga dewasa
:: anmashealthcare.blogspot.com ::
Post a Comment