Wednesday, November 26, 2014

Resepi agar-agar pandan ala jivebumz

Assalamualaikum wbt semua!

Hai semuaaa... lama tak share resepi kan? kali nie saya nak share resepi agar-agar pandan. Ada la 2 ke 3 kali buat tapi nie baru betul2 menjadi. Bila jadi mestilaa hepi baq hang! Pastu rasa macam eh best jugak kalo share dekat blog kan...

Bahan-bahannya adalah:-

24 gm agar2 yang jenis tali tu
3 cawan air
2 cawan air daun pandan yang diblender
Masak kesemua bahan diatas sehingga menggelegak dan masukkan 1 cawan kecil gula. Gula nie jangan terlebih pulak kang manis melampau. Agak2 korang lah yer tahap kemanisan agar2 tu.
setengah kotak santan, saya pakai santan kotak je sonang. Blender bersama sebiji telur.
Masukkan ke dalam periuk agar2 yang dah menggelegak tadi kacau sebati masukkan sedikit pewarna hijau.
Kemudian tutup api masukkan agar2 ke dalam loyang dan sejukkan dibawah kipas.
Agak2 dah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Sejam kemudian bolehlah dihidangkan... sedapp! eh tetiba hehe

Selamat mencuba!

1 comment:

MamaMia said...

Waahhh..my favourite ni!!boleh cuba weekend ni. Mekasih kongsi resepi sis

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site