Sunday, November 30, 2014

Majlis Aqiqah Auliya wafiyya di Ipoh

Assalamualaikum semua! 

Hai bersiaran dalam kereta otw balik ke shah alam. Alhamdulillah tido satu malam di ipoh rumah adik saya sempena meraikan majlis aqiqah anaknya Auliya wafiyya yang berusia setahun. Majlis dihadiri oleh adik beradik, saudara mara dan kawan2 adik saya serta suami.

Majlis berjalan lancar.. alhamdulillah tak hujan sehinggalah petang tadi baru hujan sekejap. Ramai juga tetamu yang datang tadi. Makanan pon cukup dan paling penting semua adik beradik dapat tapau bawa balik ke rumah masing2. Ada ayam goreng, rendang daging tok, kurma kambing, acar buah, ulam dan sambal belacan serta buah oren. Manakala nasi ada dua jenis iaitu nasi putih dan nasi minyak. Nasi minyak paling cepat habis sebab sedap kan hee. Pendek kata makanan semua sedap2 belaka. Eh tak lupa juga cupcakes yang saya buat pon abes tau! sedap la agaknya hehe.

Alhamdulillah kenyang sangat tau rinie.. makan banyak!  balik nanti kena telan herbalax lah kasi flushh semua makanan yang ado nih hehe.

Esok saya cuti sebab pengasuh dorang cuti.. ok kita jumpa entry esok yer..bulan baru azam baru Insyaallah..
Nak order shaklee meh pm saya 012 - 5417451

No comments:

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site