Monday, November 3, 2014

ibu kau lah ratu hatiku

Assalamualaikum....

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bersama mak. Genap 9 hari mak bersama kami disini. Gembira tengok mak bahagia.  Bahagia melihat anak cucu. Bukan senang mak nak tinggal dengan saya kalau tak kerana ada kenduri anak buah kat Ampang aritu. Bila dapat peluang macam nie haruslah pujuk mak duduk lama sikit kat sini hehe.

Siang tadi bawa mak ke kk sek 7 amek ubat. Ala ubat kolestrol dan darah tinggi gitu la. Setiap 2 atau 3 bulan sekali memang mak akan ke klinik check kesihatan dan ambil ubat. Lepas nie boleh gantikan ubat tuh dengan Omega Guard yer mak... Sebenarnya ubat mak cukup lagi untuk seminggu tapi biasalah bila dah tinggal skit kemain risau dia. Hari2 dok tanya bila nak amek ubat. Saya syak mak nak balik kampung lettew haha. Terus bagitau  dekat sini pon boleh amek ubat mak..

Ramai jugak orang dekat kk sek 7 tadi. Kami jumpa doktor dulu sebelum boleh ambil ubat. Ramah pulak doktor tu orang penang so layan jela kan.. balik lepak cool blog..wah berani ajak mak minum ais! ngeee... sekarang mak dah tido sekali sekala terdengar mak batuk2.. Ya Allah rasa bersalah pula bagi minum ais tadi tuh huhu..

Mak...akak nak cakap nie... akak sayang mak dunia akhirat... semoga mak sihat selalu dan sayang kami semua selamanya.  ..

Luv u mak!
Mak lah ratu hatiku :)

No comments:

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site