Assalammualaikum semua dan selamat hari jumaat!
Susu badan kurang?
Hampir semua ibu yang baru melahirkan melalui datu tempoh masa di mana mereka meragui bekalan susu mereka sama ada mencukupi atau tidak. Apabila mereka ditanya apa sebabnya mereka tidak menyusukan anak atau hanya memberi susu badan dalam jangka masa pendek, mereka berikan alasan " Saya fikir bekalan susu saya tidak mencukupi". Sebenarnya tanggapan ini sama sekali salah. Menurut sebilangan besar pakar, jarang berlaku situasi di mana ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi.
Kebanyakan wanita merasakan bekalan susu mereka adalah rendah walaupun sebenarnya ianya tidak. Kekurangan mungkin ada jika ibu tidak lagi mengalami refleks susu terkeluar dengan tiba-tiba atau tidak lagi ada perasaan buah dada penuh atau susu tidak lagi bocor dari puting.
Sebenarnya, semua tanda-tanda ini adalah tanda-tanda biasa yang menunjukkan bahawa badan anda sudahpun menyesuaikan diri dengan keperluan penyusuan bayi anda. Juga, bayi yang sedang membesar akan memerlukan lebih banyak susu, dan, oleh itu, memang merupakan perkara biasa jika anda meragui sama ada bekalan susu anda memadai. Sesetengah bayi pula lebih cepat dan efisyen dalam penyusuan dan memerlukan sedikit masa sahaja untuk habis menyusu, dan ini juga boleh menyebabkan anda bimbang yang bekalan susu anda tidak mencukupi.
Mungkin ada masa-masanya sesetengah ibu tidak menghasilkan susu ke tahap yang maksimum, tetapi, sekiranya mereka betul-betul memahami proses penyusuan, itu akan membantu mereka mengatasi masalah ini. Hanya kira-kira dua peratus ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya.
Apakah punca-puncanya?
Bagi
kebanyakan wanita, masalah sebenarnya ialah penghantaran, bukan
penghasilan. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi
mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif, bayi tidak memperolehi susu yang secukupnya.
Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi
anda. Lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu yang anda akan
hasilkan. Sekiranya bekalan susu anda menurun pada satu-satu masa,
beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, anda akan:-
- mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan ; atau,
- mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu;
- bayi anda kerap menggunakan puting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu; atau
- terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda. Anda harus sedar yang anda hanya perlu menyusukan bayi anda apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin.
Bagi beberapa wanita, masalah biologi atau fizikal seperti
ketidakseimbangan hormon atau terdapat kecederaan buah dada atau
pembedahan boleh menyebabkan bekalan susu mereka berkurangan. Walau
bagaimanapun, oleh sebab penghasilan susu merupakan satu perlakuan yang
penting, kebanyakan ibu yang mempunyai keadaan seperti ini mendapati
mereka masih boleh menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi
mereka.
Apakah yang perlu anda lakukan?
Pertama,
jangan risau sangat tentang bekalan susu anda. Adalah perkara mudah
bagi anda mengetahui sama ada bayi anda ada mendapat jumlah susu yang
secukupnya atau tidak.
Penambahan berat badan adalah cara terbaik untuk menentukan sama ada
bayi anda mendapat susu yang secukupnya. Bayi baru lahir selalunya
mengalami penurunan berat kelahiran mereka antara lima hingga 10 peratus
semasa beberapa hari pertama,
tetapi selepas itu, bayi anda sepatutnya mula menambah berat badannya.
Jika bayi ditimbang semula semasa berusia antara seminggu hingga 10
hari, anda akan dapati bahawa dia sudah mula membesar dan bertambah
berat badan.
Jika anda menjawab ya bagi soalan-soalan berikut, ini bermakna bayi anda
sudah mendapat susu badan yang secukupnya, justeru, anda menghasilkan
susu yang mencukupi.
- Adakah dia kencing lima hingga lapan kali sehari?
- Adakah dia kelihatan sihat dan aktif?
- Adakah najisnya berwarna kuning mustard? Najis bayi yang menyusu badan akan bertukar dari warna hijau pekat atau hitam pekat yang dikatakan mekonium, kepada warna kuning mustard pada hari kelima selepas kelahiran. Najis bayi anda: Apa yang normal dan apa yang tidak.
Untuk meningkatkan bekalan susu anda:
- Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap yang dia mahu, dan berapa lama yang dia mahu, dan berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali anda menyusukan.
- Berikan dia hanya susu badan sahaja dan elakkan daripada menggunakan puting sebab ini akan mengurangkan masa dia menyusu.
- Jangan cari jalan mudah dengan mengisi penuh dengan susu formula (ini dikatakan "melengkapkan"). Bekalan susu anda akan selaras apabila badan anda menyesuaikan diri dengan permintaan bayi anda. Jika anda mengenyangkan dia dengan susu formula, bayi anda tidak akan membuat permintaan susu yang banyak dan bekalan susu anda akan menurun.
- Dalam masa anda mencuba memperbaiki cara pelekapan bayi anda, anda juga boleh cuba memerah susu anda selepas setiap penyusuan. Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda. Jika anda menyimpan susu ini dalam peti ais atau penyejuk beku, anda boleh menggunakan susu badan anda sendiri untuk memberi susu tambahan kepada bayi anda pada masa dia berasa amat lapar, mungkin pada waktu petang.
- Sesetengah herba (seperti halba) dikatakan boleh menambahkan bekalan susu ibu - ia dikenali sebagai galactagogues, atau perangsang penghasilan susu. Tetapi, tidak terdapat bukti dari mana-mana kajian untuk menyokong penggunaannya. Begitu juga, betik muda dan sup ikan tidak pernah dibuktikan secara saintifik dapat menambah bekalan susu, namun begitu, generasi tua dan pengasuh pantang tradisional Cina (pui yuet) menaruh penuh kepercayaan kepadanya. Anda harus maklum bahawa kebanyakan ahli farmasi dan farmakologi akan menasihatkan anda supaya tidak menggunakan ubatan herba semasa kehamilan dan penyusuan.
Apakah supplimen yang sesuai untuk meningkatkan susu badan?
Di sini saya cadangkan anda mengambil ESP dan Alfalfa. Set menyusu mampu milik untuk membantu pengeluaran susu anda. Ini ada testimoni sahabat karib saya sendiri... anaknya sekarang dah berumur 7 bulan tapi masih menyusu
badan sepenuhnya. Kawan saya nie hanya mengamalkan minum ESP dan
alfalfa setiap hari. Tengoklah hasilnya penuh deep freezer tuh tau!!!
sangat kagummmm kan
ESP nie banyak kelebihannya. Antaranya...
- Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
- Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
- Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
- Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.
- Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
- Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
- Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
Manakala alfalfa mempunyai kebaikan seperti berikut....
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
5. Memberi kelegaan semasa haid
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita
13. Membesar dan menegangkan payudara
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
15. Memulihkan urat selepas bersalin
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit
19. Membuang angin dalam badan
gambar di bawah
nie stok susu saya suatu ketika dulu....hehehe best... pam time opis
hour... amek masa sket.. buat 2 ke 3 kali sehari
dan ini kakak esya sedang mengira stok susu adiknya sara :)
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop
No comments:
Post a Comment