JIKA...
Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke
dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu
menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya
begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin
ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
Terimalah seadanya.....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
Dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
Hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan
Seorang insan......
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah,
Cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal..
4 comments:
kata suka ngn kata2 di atas..penuh makna..yg tersirat..
wahh..bestnye kata2 nie.
nak copy n paste la..
jgn smpai yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran...gitew
ada kena mengena ke??woohoo
Post a Comment