Masalah rambut bukan sekadar dialami oleh orang yang tua, tetapi juga
turut dialami golongan muda, lebih-lebih lagi wanita berstatus ibu. Bagi
wanita lepas bersalin masalah keguguran rambut kerap dialami.
Apakah punca keguguran rambut selepas bersalin?
Perubahan hormon
Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita
hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan
rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa
pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan
nampak cantik. Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.
Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat
bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu
akan mengalami semula masalah keguguran rambut.
Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali
ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak. Rambut yang gugur
berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang. Akibatnya,
rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.
Tekanan
Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan
keluarga dan bayi yang baru lahir. Lebih memburukkan keadaan apabila si
ibu juga perlu bekerja. Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini
membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.
Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami
setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam
tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah
tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi
keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness). Masalah rambut
ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.
Berusia dan memiliki ramai anak
Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali
berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan
anak yang sedikit. Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang
memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut
mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.
Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning
area) semakin menipis. Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak
ke bahagian tepi. Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua,
wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan
sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah
disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan
rambut selepas bersalin yang tidak betul.
Pola pemakanan tidak sihat
Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan
masalah keguguran rambut menjadi semakin serius. Seperti yang
diketahui, kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar
dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil.
Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi
yang amat diperlukan oleh tubuh.
Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat.
Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat
berbanding lelaki. Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut
menjadi kosong. Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan
tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan
terbenam.
Kalangan lelaki, mereka yang mengalami masalah rambut sekiranya tidak
dirawat dalam tempoh 10 tahun sekalipun keadaan rambut mereka masih
sama. Bezanya wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup
membuatkan wanita kelihatan ‘botak’ kerana liang-liang rambut cepat
tertutup. Liang-liang rambut yang tertutup dan terbenam tidak boleh
dirawat atau diaktifkan lagi.
Faktor usia
Semakin berusia, peluang untuk pertumbuhan rambut baru semakin rendah.
Ini disebabkan oleh kesemua sel-sel sudah menjadi semakin tua, malah
penyerapan nutrien-nutrien yang diperlukan dalam pertumbuhan rambut
sihat juga semakin lambat.
Disebabkan usia semakin lanjut, ada kalanya kita lupa tubuh badan juga
memerlukan lebih banyak nutrisi. Hal ini kerana, organ-organ di dalam
badan juga turut ‘berusia’ seiring dengan pertambahan usia manusia.
Jadi, nutrisi yang masuk di dalam tubuh badan melalui makanan-makanan
yang dimakan akan diserap dan diagihkan kepada organ-organ penting di
dalam tubuh seperti hati, jantung, buah pinggan dan sebagainya. Ia
berfungsi untuk membantu organ-organ dalaman berfungsi dengan baik.
Untuk mengatasi masalah rambut gugur ini, saya cadangan anda cuba rangkaian produk penjagaan rambut Shaklee. Faktor pemilihan shampoo yang sesuai
perlulah dititik beratkan. Shaklee ada menyediakan Set Penjagaan rambut
ProSante. Produk ini adalah bebas kimia dan selamat digunakan. Jom baca
kebaikan set penjagaan rambut ini!
1. "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah.
2. Memberikan perlindungan UV
3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut
Revitalizing Shampoo
1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut
Purifying Shampoo
1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sia produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
3. Ideal untuk mengawal lapiosan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelumumur
Replenishing Conditioner
1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
Lightweight Conditioner
1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus.
Nourishing Scalp Treatment
1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
5. Tidak menjadikan rambut melekit dan berminyak.
6. ProSante Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSante.
Dah tahu kebaikannya jom tukar shampoo sekarang! mudah-mudahan masalah rambut gugur selesai!
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop
No comments:
Post a Comment