Sunday, November 9, 2014

5 Petua melebatkan rambut yang anda harus cuba

Assalamualaikum semua dan selamat petang!

Sejak rambut kerap gugur nie saya pon rajin laa dok menggodek petua orang lama bagi mengurangkan rambut gugur nie. Cuma kena rajin jelah... nak buat atau tidak hahaha. Moh kita baca sama2 yer!


1. Anda cuma perlu ambil sekepal nasi dan setengah biji limau nipis dan rendamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian, embunkan waktu malam. Pagi esoknya perah limau nipis tersebut bersama bahan yang telah diembunkan. Seterusnya basuh rambut anda dengan air campuran tersebut dan biarkan selama 3 jam. Kemudian bilas dengan air bersih.

2. Ambil sebiji kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan perahan tadi sehingga 1 jam agar patinya naik. Selepas itu, sapukan pada rambut anda. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Kemudian, cuci sehingga bersih.

3. Campurkan minyak bijan bersama dengan bunga melur atau bunga melati serta daun pandan. Campuran ini akan mengharumkan minyak tersebut. Lumurkan minyak tersebut ke rambut dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas menggunakan air. Untuk mengelakkan rambut dari berbau hapak, pastikan sisa minyak dibasuh sehingga bersih.

4. Ambil daun bunga raya yang bersih dan ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta 1 sudu madu lebah. Gaulkan dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit. Seterusnya cuci dan bilas rambut anda sehingga kering. Amalkan petua ini 2 kali seminggu.

5. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukannya sekerap 2 kali seminggu.

Hah amacam rasa2 petua yang mana satu lebih mudah dibua? kalau dulu masa dekat kampung saya suka ramas daun bunga raya dan lumur dikepala.. hasilnya lambut lebat dan lembut gitu tak de la plak letak telur ayam kampung bagai hehe. Lagi satu cuci kepala dengan buah limau purut phewww kemain wangi rambut dan rasa segarr sangat! tetiba rindu buah limau purut depan rumah mak kat kampung ehh tetiba sangat kan hehe

Macam biasa nak order shaklee mai roger saya k
pm / wassup 012 - 5417451


Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site