Sunday, November 23, 2014

Hujung minggu ke Karnival Upin Ipin dan Ultraman di PICC, Putrajaya

Assalamualaikum wbt semua! 

Hari minggu adalah hari bersama keluarga tercinta! Semalam berlangsungnya Karnival Upin Ipin dan ultraman di PICC, Putrajaya. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta menyaksikan karnival tersebut disebabkan anak2 yang terlalu minat dengan cerita upin dan ipin nie. Esya peminat Upin dan ipin manakala Sara pula peminat cerita Ultraman. Ini adalah pertama kali saya nak bawa anak2 ke tempat begitu. Maksud saya ke Karnival.

Sampai saja kami disana kelihatan banyak kereta yang parking di bawah PICC. Maksudnya mereka terpaksa berjalan kaki dan mendaki lereng bukit setinggi 80 darjah. Boleh tahan tinggi dan tercunggap juga kalau saya di pihak mereka. Mujurlah suami saya mencari parking disekitar basement tak perlu lah kami mendaki bukit.

Masuk aje kami ke bangunan PICC,  Masha Allah ramainya orang... ada yang duduk ditepi2 jalan sekitar dewan mungkin sebab dah tak larat nak berdiri. Terkejut juga saya tengok suasana macam tu. Mak saya pula tiba2 tak nak masuk dan ajak balik ke kereta. Puas saya pujuk alhamdulillah mak nak jalan masuk ke dalam. Kalau tidak hampa juga tak dapat tau apa yang berlaku dalam tu.

Banyak booth yang disediakan yang mana menjual barang2 upin dan ipin. Tak kurang ramai juga yang beratur membeli. Hai saya masa tu dah lemas tengok, rasa nak cepat2 balik aje. Mak pula tak larat nak jalan so mak duduk kat tangga pentas. Tumpang sekejap sebelum persembahan bermula jam 8 malam. Kami solat di surau yang disediakan. Ramai juga yang solat kat situ kebanyakan mereka nak tunggu persembahan sebelah malam.

Kami sempatlah pusing2 area booth dan beli buku mewarna untuk esya dan sara. Selebihnya beli biskut rm10 yang dijual dalam beg tu. Itu aje yang menarik sikit. Lepas solat terus gerak ke cheras pula ada makan2 family mertua sempena nak celebrate birthday ayah. Ok esok saya review cerita tempat makan dekat sana yer. Best dan sedap uols!

Secara kesimpulannya, saya rimas dengan keadaan orang ramai kat situ so saya tak berminat dah nak pegi lain kali... sori les kopek hehe. Maybe kalau anak2 dah besar nanti okla.. senang tak payah dukung dan dorang boleh jalan sendiri. Kalau masih kecil lagi tak payah la buat penat badan nak meredah. Warga emas juga tak digalakkan sebab tak da kerusi untuk mereka duduk..kesian nak kena duduk dilantai. Ok cukup sekadar itu dulu komen saya. Hari ini last day Karnival Upin Ipin tu kalau korang sangup redah lautan manusia tu... silakan lah... saya nak berehat puas2 :)
jumpa esok ya..bai!

2 comments:

anmashealthcare said...

Bestnya budak-budak jumpa upin ipin :D


:: anmashealthcare.blogspot.com ::

anmashealthcare said...
This comment has been removed by the author.
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site