Friday, July 30, 2010

Seminar Penerapan Nilai-nilai Positif "Being Marvellous"

Hari nie aku menghadiri satu seminar motivasi yang sangat2 menarik anjuran Biro Sosial Akrab & Biro Helwa Bakemas.. kat PJ... bagi aku kalo motivator tu bleh buat aku gelak sepanjang seminar bermakna motivasi itu berjaya membawa aku menyelami apa mesej yang beliau nak sampaikan..

alhamdulillah tak sia2 aku menghadiri seminar tersebut.. memang best giler lah! wa cakap sama lu! hihi

motivasi nie berkenaan dengan penerapan sikap positif ataupun dalam maksud english "BEING MARVELLOUS"

ianya lebih kepada penerapan sikap positif dalam bidang pekerjaan dan kehidupan kita seharian.. seminar tersebut disampaikan oleh seorang pakar motivasi yang bukan calang2 orangnya iaitu DR HJ RIDZUAN BIN MOHD SAGIR (ASA). Beliau merupapak mantan pensyarah UKM dan motivator tetap di Selangor FM pada sekitar tahun 2006-2009. Beliau juga turut menulis buku-buku motivasi bersama pakar motivasi yang lain seperti HM Tuah. Serba sedikit pasal diri beliau yang aku ingat :)

sepanjang ceramah tersebut ada la sedikit jualan amal.. so pas ceramah bleh ler soping apa yang ada..

kebanyakkan yang buka gerai nie terdiri daripada kaum kerabat budak2 opis aku.. orang luar pon ada jugak





macam2 lah ada! aku beli anak tudung kat bawah nie sehelai sajork..rm 10... beli kek coklat rm 10.. pewangi umah rm 6 dan pelekat svasroki eh cemana nak eja ar? alaa benda cam manik blink2 tu nak lekat kat tudung plain haku tu :P rm 8 jer

eh tu sume je dah abes rm 34 hengget.. huhu cemana nak jimat nie? asal ade jualan jer nak beli huh




ape aku merapik nie? haha

ok la secara keseluruhannya seminar motivasi cam gini memang sangat best ok! bisa membuka minda yang sekian lama dah tak termotivate nih! time belajar dulu2 selalu ler ada program cenggini.. bila dah kerja huh payah nak dapat peluang..



paling tak boleh lupa kami diminta untuk menyanyikan lagu nie beserta gaya (ikut gaya motivator)...


Demi Matahari

Demi Matahari & Sinarnya di pagi hari
Demi Siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa & seluruh penyempurnaannya (3 x)

Allah (Tuhan) mengilhamkan
sukma kefasikan & ketakwaan
Beruntung bagi yagn mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya (2 x)

ada sapa2 pernah nyanyi lagu nie tak?


peserta masing2 cuba menghayati lagu tersebut...


apa yang boleh aku kongsikan dengan korang adalah seperti kat bawah nie..

Segalanya berpunca dari... SOAL HATI


Sikap positif

BREAKING ONE'S LIMIT : PECAHKAN BATASAN DIRI
EVALUATING : MUHASABAH DIRI
INTELLIGENCE : KECERGASAN (PQ, IQ, EQ, SQ)
NEW PERSON : ORANG BARU
GOAL : MATLAMAT
MOTIVATION: MOTIVASI
ATTITUDE : SIKAP
RELIGIOSITY : KESOLEHAN
VALUE SYSTEM : SISTEM NILAI
EXCELLENCE : KECEMERLANGAN
LEARNING : PEMBELAJARAN
LOVE : KASIH SAYANG
ORGANIZING : MENGURUS DIRI
UNITY : KESATUAN
SYNERGY : PADUAN TENAGA


korang aplikasikan lah satu2 tu dalam kehidupan seharian..insyaallah marveles!!

bersama Dr Ridzuan (motivator)

abg jaafar onn pon ada.. bagi sedikit talk pasal kecantikkan diri... time nie aku kat luar soping kat jualan so tak dengar apa yang disampaikannya..

see weols sopingggg

eh ada lagi laa gambar tengah kyusuk follow motivator..



dan kenangan bersama urusetia program..

ok itu saja.. kelamkabut sket la entry neh! hadoii

lastly sedikit mutiara kata..

"Tanpa mengenali diri dengan mendalam, kita tidak akan dapat menyerlahkan kecemerlangan diri yang sebenar!"


dah itu jer... agak2 lepas nie.. nak ubah sikap ker tak? haha

2 comments:

CikPuanMiera said...

hoh.. penah nyanyi la lagu neh..
masa kursus bina insan.. huhuhu..
tacing ohhh

JIVEBUMZ said...

CikPuanMiera,
haah tocing..gelabah nak buat gaye tak gheti hohoho

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site