Jangan Memain
Bacalah! Bagi sesiapa yang punya anak remaja atau saudara mara remaja berhati-hati!
Pupuk & didiklah pengajaran Islam dari kecil lagi......
Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal
dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau
merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain.
Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan
terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa
dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan.
Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh" tersebut tidak merayau, namun gagal.
Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan simati
ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan.
Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah simati telah
dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi....
Pengajaran:-
Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada simati berlambangkan salib dan simati
sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian dan berkelakuan
sebagai seorang Islam. Simati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.
Kisah kedua
Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan.
Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu hari, dihadapan
kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk
kristian. Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana
kemalangan. Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan di
kebumikan berdekatan dengan masjid.
Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari
kubur simati. Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang
budak yang baik...namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan. Setelah
ditanya dan diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar simati.....dan mayatnya pun
dipindahkan ke kubur Kristian.
Barulah tiada tangisan kedengaran.. ...
Inilah keadaan yang berlaku sekarang.... oleh itu ambil tahulah akan aktiviti anak-anak,
adik-adik kita...kerana dakyah kristian amat halus dan ada di mana-mana.... tanpa disedari.
Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa satu kontena bible dalam bahasa melayu telah sampai
di Port Klang. Walaupun dibantah kemasukannya, ianya telah dimaklumkan bahawa ia telah
diimport secara sah oleh salah sebuah pertubuhan Kristian yang berdaftar... . Samada benar
atau tidak, saya juga dimaklumkan bahawa di Subang Jaya, bible telah
diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah...
Wallahu'alam. .....
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ......., kami lah hamba yang
mengharap belas darimu ........., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ....., ampunkan dosa2 kami,
kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukup lah
Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki
arasy yang agung "
3 comments:
ish takutnya..
sekadar nk kongsi satu cter..
perkara nie berlaku time irnie belaja kat uitm dulu..
ptg tu ada pasar rabu kat kolej tau..
ptg tu panas cam biasa lepas abih kuliah kitorg g pasar tu tau..
tiba2 cuaca yg cerah tiba2 cuaca gelap skali dgn hujan n angin yg kuat...sekali lalu jerrr...
then panas semula..
kitorg suma cam tertanya2...
besoknya baru kami tau cterr..
ada satu couple pempuan tu melayu lelaki tu chinese meninggal....accident..
so ptg rabu tu pempuan melayu tu dikebumikan...
rupanya tanah xterima dia...
sbb tu ptg rabu tu tiba2 hujan skali dgn angin yg kuat
sblm meninggal rambut dia blonde n dia pakai quitack (betui ke ejaan tu!)kat jari...org yg mandikan jenazah tu xbuang....
sedihkan....
xtau la sebelum meninggal tu mengucap ke tidak....
nauzubillah.selamatkan la kita suma nie yerrr
hai eita : tu la pasai..
hai ibuafiqah : erm panjang tui komen irnie ek.. thanxs!! sama2 la kita jauhi dpd perkara2 yg macam nie dpd berlaku.. mcm2 la dunia akhir zaman nie kan?
Post a Comment