dan biar raya nun jauh di sana
kau dan kau asyik mengira
bukan tentang berapa usia untuk mengejar berkat sedapat mungkin
bukan tentang berapa wajib dan sunat kau ikhlas dirikan
bukan tentang berapa patah huruf kitab kau ucapkan
bukan tentang berapa amal sedekah kau mahu berikan
tapi tentang...
berapa upah baju yang kau perlu bayarkan
berapa balang kueh kau nak penuhkan
berapa harga toll terpaksa kau lunaskan
berapa duit minyak kereta kau harus sediakan
berapa duit raya kau harus bahagi-bahagikan..
berapa, berapa dan berapa...
dan kau termenung dan berwajah kelat
kau terlupa...
raya itu kejayaan atas kejayaan..
dia kedua, ketiga, ke empat ke lima.. entah ke berapa..
yang pertama itu
ramadhan yang kau cicir-cicirkan...
kau dan kau
kau itulah aku
kopi paste puisi daripada belog koizora @ kak ina shemmi..
kat belog beliau sana banyak puisi2 pelik.. kadang2 tu aku bleh paham..kadang2 tu tak paham! erkkk sori kak ampun..
tapi aku suka puisi nie! mengisahkan tentang apa yang kita kejarkan di bulan yang mulia ini iaitu ramadan... seriesly memang aku pon sama jugak.. dah terpk duit minyak dan tol nak balik perak nanti.. duit raya adik2..anak buah.. baju raya..kuih raya.. owh sume2 nye lah..
duit oh duit!
walhal sepatutnya ramadan ini yang perlu diutamakan! solat terawih.. mengaji al-quran... tambahkan iman dan takwa.. astagfirullahhalazim.....
3 comments:
kty pun suka ngn kata2 tu....
arini masak pe ila..
like2...
atty's ,
masak sotong + udang goreng kunyit, ikan kembong sweet sour ngn sayo sawi goreng jer kak ty eheh
:: p R i n c E s S _ N ::
:) bagus2
Post a Comment