Monday, March 15, 2010

Ke Pameran pengantin malaysia

Semalam bersamaan dengan hari ahad aku ke majlis perkahwinan rakan sekolah menengah en bob kat dewan UIA.. first time masuk UIA weh.. tak pernah masuk da.. majlis perkahwinan 2 pasang mempelai iaitu adik dan abang.. kedua-duanya lelaki.. masing2 bertemakan warna hijau.. cantikkk!! tapi sori lah uols aku malu nak amek gambar.. sebab.. malu lerrr tu kawan en bob.. bukan kawan aku.. tetiba aura malu datang so tak bleh buat apa2 loh...

Lepas kenduri kami ke PWTC.. aku memang dah sound en bob awal2 ajak g sana.. nak tengok pameran pengantin malaysia yang sedang hangat diiklankan dicorong radio tu ha.. alhamdulillah dapat jugak aku jejakkan kaki ke sana..hiii

Kebetulan ada 3 events sekaligus berlangsung kat sana.. ada MATTA fair pastu pameran kerjaya ke pameran pendidikan ker macam tu la.. kat tingkat 2 dan 3.. manakala kat tingkat 4 pula berlangsungnya pameran pengantin malaysia..

sampai jer kat depan receptionist terus g mintak beg.. ingatkan pree rupanye kena bayo rm1 for 2 paper beg..hahaha ok la senang nak masukkan flayers n pemplet sume tu nanti..

Ramai gilerrr manusia yang datang menyaksikan pameran tu.. ramai yang datang kapel2..like me :P

pelbagai pameran yang diadakan seperti pakaian pengantin, kad kawin, cenderahati, catering, photografer.. bak kata serba lengkap ler perkhidmatan yang disediakan untuk menjayakan sesuatu majlis kawen..

sambil round2 patploh pat kali sampai lengguh2 kaki tangan suma dan mata pandang kiri kanan kot2 terjumpa sesiapa yang di kenali ( tak jumpa pon) aku terjumpa dengan butik dina halim bridal... dia pon ada blog dan sedang buat contest kat blog dia.. try ler jengah2 kepada sape yang berminat..

tu saje pic yang sempat aku snap.. gambo sendiri nan ado..sob sob sob

pameran tersebut dah selamat habis semalam.. 12-14 march.. kalo sapa yang terlepas nak tengok pameran tu tunggu next pameran bulan mei rasanya..

aku tak da booking apa pun just tengok2 camtu jer.. atenya aku kenduri kat perak tak kan nak tempah kat kl mau kena charge macam2 karang.. dapat curik2 idea kat situ pon jadik la kan hihi

ok la uols tu saje bebelan aku untuk hari nie yer.. nak pegi solat nie.. arinie ade makan2 dengan geng makan opisku kat kenny rogers..lalalala

3 comments:

dd dudu said...

alaaa kak, nape kite x terserempak semalam ~(^,^)~

saya pergi lewat2 petang. hehe

pRincESs_N said...

N pegi gak pameran pengantin tu..matta fair x msk..rmai sesangatt..

Unknown said...

dd dudu,
la yeke?? akak pegi lbh kurang jam 4 ptg sampai 6 lebih.. alaa rugi kan kalo tak bleh kenal2 gitu..

tak pela lenkali kena deal kalo nak jumpa nie :)

N,
huii matta fair ramai giler orang tak kose nak masuk g tengok..

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site