Friday, March 11, 2011

Lawatan orang melaka

Petang baru dapat peluang nak apdet belog.. mencik taw! huhu

Pagi tadi ada lawatan daripada mahkamah syariah melaka yang terdiri daripada hakim2 dan pegawai2 atasan ke opis aku.. dorang datang satu bas persiaran semata2 nak melawat opis aku yang cantik ni.. erkkk cantik ker? haha tak de lah uols.. opis kat putrajaya sana lagi cantik2 ape..

Lawatan nie sempena nak tau lebih lanjut pasal jabatan kami.. oleh itu macam2 lah yang kami persembahkan kat dorang tadi.. tak pasal2 aku pon kene bagi sedikit taklimat pasal unit aku gak tadi.. almaklumlah bos tak de macam nie lah kena take over huhu

so far segalanya berjalan lancar.. semput2 aku present tadi rasa cam tak cukup napas..haha orang ngandung kalo bercakap memang termenggah2 cket la kan.. paham2 lah yer

selesai beri taklimat sume kitorang bawak dorang pegi bangunan baru kitorang yang dijangka siap pada bulan jun nanti.. insyaallah pindah opis baru le kami nanti.. yea yeaa

ini adalah model tembum.. saje la nak pose kat kubah tu.. patutnya amek gambar orang yang datang melawat tapi aku plak yang sebok2 :P

eh arinie bos baru aku dah datang lapor diri tau! akceli datang arinie jer.. masuk keje betui2 punya 30 hb nanti.. dia mintak tangguh dulu becoz nak selesaikan tugasnya di pejabat lama..

yang pakai baju kurung warna biru tulah nanti bos baru aku taw... yuhuuu

nie plak kawan aku daripada melaka..

peknen jugak minah nie baru 6 bulan.. tahniah yer ani!

apdet secara kelam kabut sebab ada benda nak buat nie..

k la uols.. selamat bercuti sume!!

papai

noted: arinie hari bizi aku.. daripada pagi sampai petang keje tak henti2 :(

1 comment:

Unknown said...

Ciare Baha,
hai salam kenalan...

nice to meet u!

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site