Friday, May 21, 2010

Tips mengambil hati pasangan

Hari nie saya nak berkongsi tips dengan uols yer.. ala tips untuk bakal pengantin.. memandangkan ramai rakan2 blogger saya yang nak melangsungkan perkahwinan dalam tahun nie.. termasuk ler saya so apa kata kita kongsi tips ini bersama..

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia.

Tips mengambil hati suami

  1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.
  2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
  3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh

Tips mengambil hati isteri

  1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
  2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
  3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
  4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
  5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.
haaa amacam bleh tak uols semua ikuti tip2 tersebut.. kita cuba yang terbaik la yer! selamat beramal...

5 comments:

ChiLaBaey's said...

Tips dah ada, jangan tak buat pulak nanti.... Macam2 alasan pulak... Bila dah kahwin nanti baru kita tahu akan kebenarannye....

Apa yang penting dalam perkahwinan adalah kerjasama yang sgt2 erat dan sikap bertolak ansur.... Sgt2 penting....!!! Kalau masing2 ada egonye sendiri akan ada ketidaksefahaman dan mulalah masing2 bermasam muka dan takutnye masing2 menyimpan dendam utk membalas balik walaupun melakukan perkara yang simple...

Tak kiralah dah berapa lama kita berkawan.... bila dah bersama tiap2 hari, baru kenal siapa kita dan siapa dia.... Semuanye nanti bergantung pada kerjasama kita dan tolak ansur sesama pasangan.... Insya-Allah semuanye akan berkekalan...

ips penting : Buatlah lawak sikit2 walaupun ianye perkara bodoh.... akan tersuit di hati masing2... jangan keras sangat.... hehehehe.... ;)

JIVEBUMZ said...

ChiLaBaey's
waaaaaaaaa banyaknya tips hihi tengkiew pak ngah ku.. insyaallah mudah2an perkahwinan ini adalah yang terbaik buat kami berdua...

amin

SuFy said...

Amin..smg berkekalan hendaknya..insyaAllah, akan dipraktikkan tips berguna ni..:)

Nazz@Purple said...

ye le..thank u2 ..naz kwin nanti..nazz ikut tips2 tu..;)

Ade tag n award tuk jivebumz

Nice Blogger Award

JIVEBUMZ said...

SuFy,
time kasih.. semoga kita sama2 dapat praktikkannya yer hihi

Nazz@Purple,
haa bagus tu nazz kite sama2 amalkan tak salah kalo tips tu berguna untuk kite di masa depan :)

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site