Monday, January 10, 2011

Kisah semalam dan HARI INI..

Assalamualaikum wbt..


Hari sabtu aritu tengah sedap2 nak menaip entry tetiba ada bunyi itu loceng kecemasan... Nak tau kenapa loceng tu berbunyi?

time tu en bob tengah sedap2 tido... aku kejutkan dia suh pi tengok apa yang sedang berlaku..

Kesian laki aku terpaksa bangun dari mimpi yang indah...


alahai rupa-rupanya ada budak main loceng kecemasan tu sampai semua blok loceng nye berdering.. bomba pun datang nak betulkan balik loceng tu.. seram jugak la ingatkan ada kebakaran ke apa.. kalo terbakar blok aku tu tak tau mana nak lari weh! dah la kat tingkat 12.. nauzubillah... tak nak la pk macam tu..

pastu semalam pengantin baru datang rumah aku.. adik Yat dan suaminya.. tepat jam 12 tengah malam dorang sampai.. amboi pandai korang bajet waktu tido yer baru nak sampai... hurmmm

bantal dah beli ari sabtu malam tu kat TESCO.. hai bila ada tetamu nak datang baru la kitorang kalut sket nak sediakan itu ini.. kalo tak da siapa yang datang rumah jangan harap la nak beli bantal tu hahah kejam

owh adik Yat orang pertama yang datang bermalam di rumah kami.. jadi orang pertamalah yang merasmikan bantal baru kami tu heheh

Malam tadi kami borak2.. jam 2 pagi baru masuk bilik tido.. puas aku cuba nak tido tapi tak boleh jugakkk

entah kenapa lah mata nie tak nak lelap2.. jap2 jaga g toilet.. jap2 dengar orang mengaji kat surau bawah rumah.. jap2 dengar bunyi azan.. jap2 jam henpon dah bunyik.. adeiii

last2 aku memang tak tido langsung.. tido2 ayam jer.. hurm tapi mata aku buleh tahan pulak daripada nak terlelap... dah la mata sepet.. bertambah2 sepet dah nie.. walaupun sekarang ada rasa mengantuk tapi aku still boleh kontrol.. hebat tak? hebat tak? haha

tengah hari tadi aku sms adik Yat.. tanya dia masak tak? sebab pagi tadi aku dah pesan kat dia suh masak ikan keli dan sayur yang ada kat dalam peti ais tu.. time tu dia baru nak masak.. apo lagi cukup time jam 1 pm aku pun baliklah..

balik untuk menikmati sambal ikan keli dan sayur kailan udang masin.. hihi kat rumah aku tak de ikan masin so aku suh dia bubuh udang kering dalam sayur tu.. ada la rasa masin2 sket.. sedap ler jugak..


petang kang dorang dah nak gerak ke rumah kakak2 aku yang lain pulak.. mentang2 la cuti lama jalan sakan korang yer.. nie yang jeles nie! arghhh

oit pesal plak aku nak jeles2 nie ha? aiyaaaa k la aku rasa cam nak basuh muka nie.. ngantuk gilaaa... huwaaaaaaaaa

4 comments:

p R i n c E S s _ N said...

wahh..bgs pnye adek..dtg uma siap tlg masak ok...

therosputih said...

bestnya pengantin baru cuti sakan, berjalan ke umah akak2nya lah kan, siap masak lagik tuh, baguih2...

Mknace said...

:) :) :) terbaeekkk!!!!

aDieyZa said...

lepas ni cari bantal lebih banyak2 ckit.. nnti akk bersalin mesti lagi ramai family yg nak dtg..

mmg best bila family dtg bermalam kat rumah kita kan.. fmly zana mmg selalu dtg so dah kurang kalut nak sediakan itu ini..

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site