Thursday, December 3, 2009

Hari terakhir di singapore episod 2

Hohoho n3 singapore penutup tak mau citer panjang2 kalo bleh tak mau taruk caption tapi nanti ada yang tertanya2 apa kebenda tempat yang aku lawat nie kan.. so aku taruk caption pendek2 yer.. jom kita zasssstttt

Kami dibawa melawat ke tempat membuat seramik kat area muzium tu jer..

teror pak cik tu buat pasu seramik yang pelbagai saiz.. katanya dulu dia blaja kat jepun..



weols lepak kejap jer kat seramik workshop tu.. sebab ari jumaat orang lelaki nak g solat jumaat plak.. so masa sangat terhad.. weols cepat2 kuar daripada muzium coz nak pegi tempat lain plak lepas tu

sebelum tu wajib bergambar beramai2 sebagai tanda kenangan kami disana..

tak lupa weols bergambar dengan geng pompuan sahaja!

??? hihihi





lepas melawat muzium kami melawat masjid sultan.. masjid yang paling tua di singapore!
masjid nie bersebelahan dengan muzium tu jer..

bangunan masjid yang masih cantik dan kukuh walaupun sudah berusia beratus tahun lamanya..

haaa kalo uols nak tau kat sane setiap kali cuti sekolah ada je budak sekolah buat lawatan.. dorang melawat muzium pastu mesti akan melawat masjid sultan sekali! dorang akan diajar oleh cikgu dorang berkenaan agama islam.. pasal puasa, raya puasa, raya haji dan sebagainya di masjid tersebut.. tak kire anak melayu, cina ataupun india akan diberi pendedahan mengenai agama islam.. hebat lah dorang nie.. masjid sultan sentiasa dikunjungi orang awam.. baik untuk lawatan luar dan dalam ataupun sebagai tempat pembelajaran..

tengok lah kanak2 tu sedang mengikuti pelajaran agama islam.. kebanyakkan dorang tu sume anak cina tau!

weols diberi penerangan dulu oleh pihak ajk masjid sebelum dibawa naik ke masjid sultan..

masjid sultan

suasana di dalam masjid..

ape lagi amek gambo la haku :P

gambar kat dalam masjid tak banyak coz hari jumaat orang nak solat so aku tak boleh nak masuk amek gambar sampai ke dalam.. kat luar suda :P

lepas tu weols dijamu dengan nasik beriani from arab street.. hahaha sodap beb!

tapi aku tak makan banyak.. napa tah tekak nie :P sekarang tetiba rasa menyesal tak makan banyak aritu.. huhuhuuuuuu




bergambar kenangan dengan staf masjid sultan..



itu saje... pastu weols pi soping kat area masjid tu jugak.. sumanya dekat2 tak payah naik bas..

mula lah tak tau nak beli apa.. macam la aku tukar duit banyak sangat.. setakat 40 dollar nak beli apa? hahahahaha

masuk satu kedai tu rase cam tak nak g cari kedai lain g dah.. sume beli kat situ jer.. senang sekali jalan.. aku tak de benda pe sangat nak beli.. beli menda alah tu jela.. opsss kalo korang tak dapat sori la yer.. aku beli sket sangat...huuuhuhu

weols sempat la singgah kat china town.. sambung soping cket lagi.. pastu KJ dan sebok2 ajak balik JB... oleh kerana singapore time tu hujan.. maka aktiviti soping menyoping kami terhenti sampai situ saja..

terus gerak balik JB.. tido kat JB plak..esoknya weols gerak balik shah alam...

itu saje lah kot tak lebih tak kurang... rasanya aku nak tamatkan kisah g singapore nie sampai sini aje lah yer.. penat menaip..hahah

sekian..

2 comments:

FIESYAH said...

klasik masjid sultan tu....

CuTeMiUt78 said...

alamak dik.. seronok baca... ni kira akak marathon terus la ya.. komen kat sini je.. seronok ya jalan2 ke luar negara (even singapura pun luar negara kan)
ole2 utk akak takde ke.. (ahhaakkss dasar tak tau malu.. )

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site