Friday, June 19, 2009

sapa ada resepi best ayam bbq?



Assalamualaikum sume.. selamat hari jumaat yer kawan-kawan.. esok kita cutiiii hip hip horeyyy esok aku nk g piknik ngan kawan-kawan opis.. kat bagan lalang, sepang.. kitorang mmg dah lama plan nak g sana tau tapi asyik tertangguh...

so apa yg perlu aku dan kawan-kawan aku buat adalah sediakan bahan-bahan untuk membuat ayam bbq.. tugas orang pompuan latu kan.. aku tak pernah wat ayam bbq nie.. makan pernah la..:p tadi sempat aku google cari resepi nie.. haha

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 2.0kg ayam
  • 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula

Cara-cara

  1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
  5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!

Kalo kawan-kawan ada resepi lagi power dpd nie sile la tinggal jejak kat sini eh.. aku dan kawan-kawan mau buat esok ok

time kasihhhh :d

5 comments:

[yAN!e][pUTraJAya] said...

sedap nyer kak....
nanti kita picnik kat putrajaya lak eh....hehehe

neezareef said...

ok dah resepi tuh..cuba arr nk tau gak rasanye camne

kojah said...

nk wat gak la tp roh mls ngah ado...huhu

Luth Textile said...

beli je ayam kt kedai.. siap rempah tuu.. kat care4 ada..

CuTeMiUt78 said...

eemmmm.. ok la tu.. try buat.. mesti best kan

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site