Assalamualaikum wbt semua!
Alkisahnya raya haji saya kan tak balik beraya ke rumah mertua. Kalau ikut turn dekat rumah mertua di kajang tapi oleh kerana sara plak kena chicken pox maka kami masing2 tak balik. Risau berjangkit adik2 dan anak buah.
Memandangkan kami tak balik ada lah sorang jiran saya yang baik hati lagi prihatin berikan kami daging korban. Ya Allah gembiranya saya sebab memang mengidam sangat nak makan daging fresh you! haha.. terima kasih jiranku.. dah 2 tahun berturut dia bagi iols daging korban tau.
Dah dapat daging tuh tak reti2 nak masak?? haa dapat je daging ritu saya terus masak asam pedas daging... ya ampun sedap bangat! first try buat daging biasanya ikan... eh sedap la pulok hehe #perasansendiri tiru resepi mak mertua buat pekat2 gitu. Kemudian minggu depannya buat sup gear box pulak... haa kau! amek...sedap tak sedap belasah hehe...
Dan tadi... setelah sekian lama berehat dari makan daging saya gagahkan diri buat rendang.. jangan percaya sangat yang saya siapkan segala mak nenek ramuan rendang tuh mana nak carik bahan. Pakai perencah adabi.. adabi melazatkan... adabi menyelerakan haa nyanyi sekali ko.
Selesai abes semua daging korban ku masak sebelum deepavali esok eh...tetiba sangat kan hehe..
Nak order shaklee macam biasa contact saya di 012 - 5417451
Selamat bercuti esok!!!
No comments:
Post a Comment