Tuesday, October 14, 2014

Al-fatihah untuk arwah ayah IRA






Kawan-kawan... mari kita sama-sama sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah ayah sahabat #gengsehatisejiwa saya iaitu Ira diatas kembalinya ayah beliau ke pangkuan Ilahi tengah hari tadi..

Kepadanya kita datang dan kepadanya kita kembali... satu berita yang membuatkan saya sangat sebak mengenangkan Ira. Ira nie anak sulung daripada dua adik beradik. Mak beliau baru sahaja meninggal dunia pada bulan disember tahun lepas... belum cukup setahun Allah mengambil nyawa ayahnya... allahuakbar... begitu berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikulnya... kami sahabat #gengsehatisejiwa amat terkesan mendengar berita ini.

Kami doakan Ira terus tabah menghadapi segala ujian dan dugaan ini... kerana Allah yang mengetahui segalanya... Kami tau Ira sangat kuat untuk menerima berita ini.. Inshaa Allah...

Arwah kemalangan... jatuh motor dan terus dihantar ke Hospital Sungai Buluh... Doktor sahkan ada pendarahan di kepala yang mana telah melibatkan otak dan pembedahan serta merta terpaksa dijalankan.. Akhirnya setelah 5 hari koma Allah telah menjemput arwah pergi...  Allahuakbar... semoga mereka semua terutamanya Ira dan keluarga tabah setabah tabahnya...

Al Fatihah....

No comments:

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site