Assalammualaikum semua!
Anak tengah sedap tido tuh moh la kita update blog kejap... pfftttt malam tadi berqiamulail dan bertadarus dengan depa fuhhh so penat lettew... biarkan mereka tidur lama sikit yer.. Senang mama nak buat kerja haha.
Aritu dah janji kan nak cerita pasal percutian ke Gold cost Morib dekat blog.. so mari saya tunaikan... kami ke Gold Cost pada 19 Oktober bersamaan hari ahad lepas. Tiket beli dekat Mydeal.com jer. Harga tiket untuk 2 hari satu malam adalah RM 168. Harga mampu milik... saya memang dah lama giler nak g sana bawa anak2 cuma asyik bertangguh aje. Alhamdulillah pada tarikh yang dirancang kami dapat kesana.
Pada masa yang sama Esya pulak tetiba kena chicken pox. Hari sabtu tu dah perasan ada bintik2 walau tak banyak tapi hati kecil nie tetap mengatakan tu adalah chicken pox. Sara pula dah sembuh seminggu yang lepas. Memang dah dapat agak si kakak pasti berjangkit. Maka kami teruskan juga percutian kami sebab dah bayar ken...hurmmm
Sesampainya di Gold Cost Morib... perjalanan dari shah alam ke morib adalah lebih kurang 2 jam sebabnya singgah stesyen minyak laa... jalan jem laa.. jalan nak ke Morib tu sememangnya banyak keta dan lori. Tak boleh nak pecut sangat lah bahaya... so kitorang bawak ala kadar jer.
Sampai aje nak mencari parking pun jenuh jugak... banyaknyaaa kereta. Tak sangka ramai pulak orang datang bercuti dekat situ haha ingatkan weols jer.
Rupanya ada family day maybank apa ntah dekat situ... oh patutla ramai orang.
Sesi check in... hubby pi amek kunci segala dan kami 3 beranak tunggu di kerusi yang disediakan.. dapat bilik 3147... tingkat satu jer... hukalohh mula rasa eiii tak bestnyaa... pk baik2 elok juga dok bawah apa2 hal larikkk dulu haha.
Masuk aje bilik apa lagi mama pon sebok snap sana sini untuk tatapan korang...
Katil single jer... kitorang gabungkan...baru luas sikit... muat la 4 beranak atas tu
bilik air ada jakuzi tau! suka la esya dan sara dapat berendam dalam tu... bukan esya dan sara aje mama babah sekali masuk haha.. sempit2 dalam tuh!
Ada orang cakap air dekat Gold Cost slow... tapi air dekat bilik kitorang laju dan ok sangat...ada hikmahnya duduk rendah... tekanan air tinggi sket hehe.
toilet bersih dan selesa...
Esya paling happy! masa nie sara tido...
Posing dulu yukkk
Lepak tengok tv dulu sebelum siap nak terjun kolam...
View daripada bilik kami nie idak ler indah sangat...sebab ada bangunan baru tengah buat dekat depan tu... kalau dapat view kolam mandi tu best skit boleh skodeng eh...hahaha
Cerek letrik pun ada disediakan.. kami dah bawak spare cerek sendiri kot ler tetiba tak ada jenuh nak bancuh susu anak2... so kami pakai yang hotel sediakan jelah...kita punya kasi simpan.
Mandi time!!! mula-mula takut lepas dapat rasa air terus hilang takut dua orang anak dara nie...
Kami mandi jauh daripada orang sebab esya kan kena chicken pox.. sorilah yer esya dah cemarkan air dekat kolam tu...
kalau datang ramai2 dengan family mesti best... hubby dok geram nak terjun tapi tak dapek la kena jaga anak hehe kesian...
Puas hati dapat mandi petang ahad tu... dapat la sejam... pukul 6 sampi 7 lepas tu dah bunyi wisel suh naik. Kitorang pun sambung berendam dalam jakuzi pulak.
Kami tak ambil pakej dinner so lepas mandi dan solat malam tu terus keluar pegi cari makanan. Lapar dah perut nie. Esya pulak ketiduran masa dekat kedai makan. Kedai makan yang kitorang pegi dekat sekitar banting jer.. apa nama tah lupa.. makan makanan thai... boleh laa tapi tak leh lawan makanan thai dekat seksyen 15 tu lagi sedap!
Lepas makan balik bilik tidurrr.. budak2 nie tak boleh tidur bermain sakan sampai pukul 4 pagi huhu. Saya biarkan jelah sedar2 masing2 dah tidur. Bangun subuh...tidur balik...bangun 9 pagi cepat2 pegi breakfast dekat bawah. Hubby tak nak turun.. so saya pegi dengan Esya. Esya plak tak da mood nak makan tambahan pula chicken pox dia makin banyak pula naik. Aduhai risau nengok penuh muka.
Saya pon makan la sorang2 memang tak feel nak menambah...balik bilik ajak hubby pegi terjun kolam sebelum balik. Esya walau tak sihat tapi bila ajak ke kolam laju aje bersiap. Dapatlah mandi sejam... balik bilik siap2 mau check out.
Dalam pada tengah bersiap tu sara tengah main ipad duduk dihujung katil... ingat tak da apalah kan.. sekali tetiba ipad jatuh dan dia pulak tergolek terlangkup muka ke bawah... Allahuakbar! berdegub pantas jantung nie! Apa lagi menangis meraunglaa...huhuhu kesian sara mesti sakit... mujur tak ada darah ke gigi patah ke semua ok.
Balik singgah beli tempe goreng dekat wak dol soto..haa sedap giler! sori gambar terlupa nak upload malas nak transfer. Sampai shah alam dah petang terus bawa esya ke klinik.
Dah tu aje percutian singkat kami... korang kalau nak pegi sila lah.. ok jer gold cost tuh..cuma bila malam bau kurang enak sikit laa.. bau kilang ke apa ntah... lain2 semua OK.
Sekian.....
No comments:
Post a Comment