Sunday, October 26, 2014

Sambal belacan mak kite

Assalamualaikum semua!
Mak saya ada kat sini. Seronok rasa bila dapat bawak mak duduk dengan kita. Bukan senang nak ajak mak duduk dengan kami. Alhamdulillah mak nak... yelah duduk bandar mana nak sama duduk di kampung. Tambahan pula rumah tinggi tak da tanah nak berkebun pulak tu. Harap mak saya tabah selama sebulan nie hehe.
Siang tadi masak2 dengan mak. Macam biasa mak dengan sambal belacan tak.mungkin dapat dipisahkan. Senyap2 dekat dapur mak tengah tumbuk sambal. Dah tau anaknye malas nak buat sambal kan hee.
Mak tengah tido tu..agaknya kenyang sangat makan nasi tadi. Alah masak sup ayam dan sambal ikan aje. Berselera mak makan. Tak jadi ai nak diet tau sebab kena teman mak makan. Alasan boleh??? hehe
Harap sangat mak gembira tinggal kat sini. Dan saya dapat tunaikan tanggungjawab sebagai anak, isteri dan mama... Inshaa Allah...

1 comment:

Fatihah Salleh said...

alamak! sedap nya sambal belacan... kenapa saya bt sambal belacan x jadi gtu. jadi hancur mcm kuah tumis. hehe

Jom Baca: Cara untuk atasi sembelit

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site