Saturday, February 7, 2009

Menziarahi keluarga arwah

Pada pagi jumaat semalam saya bersama rakan-rakan sepejabat ke rumah member opis saya yang baru sahaja kematian suaminya. Kami ke Parit 23, Sekinchan.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih jugak la.. Oleh kerana kami semua mendapat pelepasan untuk menziarahi arwah maka kami semua tidak melepaskan peluang untuk pergi ke sana. Bagi saya di saat-saat begini kita perlu menziarahi beliau di samping memberi semangat dan dorongan kepada beliau untuk lebih tabah dalam mengharungi hidup ini..

seawal pagi kami telah menunggu di perkarangan pejabat.. lepas sarapan ala kadar di kafeteria kami menunggu kedatangan abg driver yg akan membawa kami ke sana.

ramai jugak di kalangan rakan-rakan yang nak pegi.. semuanya terdiri daripada kaum2 ibu.. ini kerana kami semua memang terkejut dengan pemergian beliau dan berasa ingin sekali berjumpa dengan kawan saya iaitu isteri kepada arwah untuk memberi kata-kata semangat kepada dia..

sepanjang perjalanan cuaca tak menentu.. kejap hujan dan kejap panas..

namun semuanya berjalan dengan lancar..

dan akhirnya kami selamat sampai ke rumah keluarga kawan saya iaitu Darlina..

kami sempatlah membuat bacaan tahlil untuk arwah.. kami telah di maklumkan yang arwah suami Darlina telah selamat di kebumikan pada malamnya lebih kurang jam 11 malam. Sedikit kecewa kerana tak dapat berjumpa dengan Dalina kerana beliau dalam perjalanan ke Puncak Alam kerana ingin mengambil barang2 arwah suaminya.

Kami di fahamkan melalui kakak Darlina arwah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada tengah hari khamis tadi. Masa tu arwah dalam perjalanan di area Kapar-Meru selepas menghantar anak muridnya ke program sukan sekolah. Arwah bercuti pada hari tersebut tetapi masih ke sekolah untuk tunaikan tanggungjawabnya. Arwah juga merupakan cikgu di sekolah men. Teknik Kuala Selangor.

Kemalangan tersebut berlaku melibatkan 2 buah kereta.. yang mana arwah memandu kereta jenis kancil manakala kereta yang melanggar arwah dari arah hadapan ialah kereta jenis hyundai hilux (kalo xsalah saya ejaan dia cam gini la). Kereta arwah hancur di bahagian depan kerana kereta yang bertentangan telah melanggar beliau dari arah pemandu.. bayangkan la kalo yang di langgar tu kereta kancil.. habis hancur semua dan arwah tersepit di dalam kereta tak boleh keluar..

Lebih kurang 2 jam arwah berada di dalam kereta tak dapat di keluarkan.. masa tu bomba pun dah balik cuma polis sahaja yang masih mengambil gambar.. rasanya untuk tujuan forensik latu.. kesiannya arwah berada dalam keadaan terseksa.. tiada siapa yang dapat selamatkan beliau masa tu... bayangkan la masa tu Darlina dan kakaknya dah sampai ke tempat kejadian.. suaminya masih belum berjaya di keluarkan daripada kereta tersebut..

Apa yang boleh dilakukan lagi melainkan menangis dan berdoa supaya arwah dapat di keluarkan segera... saya tak dapat bayangkan kalo saya dalam keadaan itu.. Ya Allah.. memang sungguh sedih sangat.. tak dapat nak cakap cemana.

Itu la sedikit sebanyak yang dapat saya kongsi dengan semua.. ajal maut di tangan ALLAH.. memang kita pon tak tau bila ajal kita akan tiba.. tapi sekurang-kurangnya kita kena sentiasa beringat.. setiap yang hidup pasti akan mati.. dan akan meninggalkan kita yang hidup.. yang hidup perlu teruskan perjuangan untuk terus hidup..

Kami pulang dengan perasaan hiba mengenangkan Darlina yang lepas nie akan meneruskan kehidupannya tanpa suami di sisi.. mudah-mudahan dia tabah dan kuat dalam menghadapi segalanya.. oleh kerana mereka belum cukup setahun mendirikan rumah tangga.. mungkin ini sedikit sebanyak mencuit hati kami.. apalagi orang yang menghadapi keadaan itu kan..

Ya ALLAH ya Tuhan kami kau tempatkan lah rohnya ke dalam golongan orang-orang yang beriman...

Amin

5 comments:

Luth Textile said...

ish3, hati2la ketika memandu,, takutla...

takziah pada kawan kak, darlina tu

Unknown said...

HAI LUTH: ya hati-hati ketika memandu tp kalo dah ajal apa yg boleh kita buat kan? redhaa..

eliza said...

salam takziah buat kluarga arwah

Hayati said...

takziah utk kak darlina...smoga tabah menghadapi suma dugaan nie...
aduhh..sedihhnya adik baca.

Unknown said...

HAI ELIZA: terima kasih eliza kita doakan darlina tabah ya..

HAI HAYATI: tula suma nie dah takdir.. mcm kita kehilangan ayah tersayang tapi dia kehilangan suami tercinta..

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site