Assalammualaikum wbt dan selamat petang!
Jumaat malam yang lalu saya dah suami buat pizza. Resepi pizza tu kitorang amek dekat dalam kotak mauripan tu ha. So follow jelah ikutan sukatan kita. Senang sangat kalau uols nak buat meh try resepi nih!
Kulit Piza
- Tepung gandum 500g ( untuk 4 keping pizza)
- Yis segera mauripan sebungkus
- Air 300g (1 1/3 cawan)
- Garam 10g (2 camca teh)
- Gula 10g (2 camca teh)
note: Jumlah air yang digunakan bergantung kepada mutu tepung
Isi Pizza
- Hotdog dipotong nipis
- Isi ketam
-Lada benggala
- Kalau nak tambah bawang putih dan bawah merah pon sedap juga tapi saya tak letak terserah anda.
Caranya:-
1. Gaulkan tepung bersama yis, larutkan garam dan gula di dalam air. Gaulkan kesemua ramuan di dalam mangkuk adunan.
2. Uli adunan sehingga licin dan tidak melekat. Tutup adunan tersebut dan biarkan ia mengembang dua kali ganda saiznya.
3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan canaikan diatas tudung periuk.
4. Sapukan permukaan adunan dengan sos spagethi kemudian lapisi dengan hotdog, isi ketam dan lada benggala.
5. Taburkan keju cheddar/mozarella atau toping apa saja janji keju.
6. Peramkan pizza selama 25-30 minit.. dan bakar selama 30 minit...siapppp!
Senaang sangat resepi nie tau! Korang bolehlaa cuba pelbagaikan isinya dengan macam2 lagi... pasti meletop lah... anak2 pun suka makan :)
Selamat mencuba!!
2 comments:
Wow pizza anak saya suka juga leh try. Dari asyik beli nampak sedap tu..Thank for sharing..
waa....mcm best je..simple je nk buat pizza ni ek?nnt nk try laa..thanks for sharing
Post a Comment