Thursday, August 25, 2011

Lagi 4 hari nak raya

Assalammualaikum wbt..

Syukur alhamdulillah sedar tak sedar kita hanya tinggal 4 hari saja lagi untuk menyambut hari raya aidilfitri.. dan telah 25 hari berpuasa.. alhamdulillah tahun nie nampaknya aku akan berpuasa penuh seperti tahun lepas. Tahun lepas aku peknen dan tahun nie pulak aku menyusu badan sepenuhnya.. sebab tula tak peyed2 lagi.. syukurlah tak payah nak qadha puasa nanti cuma nak buat puasa sunat 6 hari tu jer.. mudah-mudahan dapatlah bertahan sehingga hari 29 nanti yer.. amin

So macam mana dengan persiapan hari raya korang? dah ready ker belum? kalo belum sempat lagi tu nak soping esok lusa.. hari sabtu mesti ramai yang dah balik kampung kan? aku?? hurm tak tau lagi balik bila.. :(

mungkin hari sabtu atau hari ahad kot.. harap2 sangat dapat balik kampung hari sabtu.. boleh tolong emak mengemas rumah.. kesian emak dan adik lelaki aku jer yang tinggal kat kampung tu.. adik bongsu aku plak tahun nie first time beraya sebagai isteri dah sah2 kena balik rumah suami.. aku plak tahun lepas dah beraya rumah suami so tahun nie turn aku pulak.. terasa lain macam raya tahun nie.. yelah bila dah ada ada nie perasaan dia lain macam sket.. exsaited dia pon lain macam jugak.. nak bawak anak pegi rumah sedara mara dan jiran2 bleh kutip duit raya heheh

tak sabar plak nak tunggu pagi 1 syawal.. mudah-mudahan tahun nie lebih meriah daripada tahun sebelumnya.. oh yer aku raya kat perak dulu pastu balik raya ke umah mertua di kajang.. pastu masuk kerja balik hari jumaat 2hb tu (kena keja gak coz tak da sape nak keja aritu) pastu balik johor belah ayah mertua umah tok abah ngan tok mak.. then masuk keja semula 6hb huhu

tak sabar gak nak balik johor nak jumpa sedara mara belah ayah mertua coz tahun lepas kitorang tak dapat join keluarga mertua balik johor.. semoga perjalanan kita semua di lindungi Allah swt dan jangan lupa kunci pintu dan tingkap segala sebelum meninggalkan rumah yer uols!

4 comments:

Zana Adieyza said...

selamat hari raya kak.. semoga syawal kali ni lebih bermakna & meriah untuk kita semua..

KiKiHanakO said...

selamat berhari raya..semoga meriahnya raya tahun ni

Zana Adieyza said...

Dear Kak Ila,Selamat Hari Raya.. Zana mohon ampun & maaf sekiranya ada tersalah kata & terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita dalam dunia blog ni.. semoga lebaran kali ni lebih bermakan untuk kita semua.. take care.. Salam lebaran penuh ikhlas dari Zana Adieyza Sekeluarga..

mekchu said...

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari mekchu sekeluarga

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site