Pagi tadi unit aku ade meting.. bukan meting tergempar tapi meting yang telah dirancang bagi memenuhi keperluan blueprint jabatan.. kene la akur kan.. saya yang menurut perintah.. orang keje gomen nie memang kaya dengan meting.. bila meting ada la makanan free.. itu yang best tu! time makan jer best ok time meting zzzzzzzzzz hihihi
Akceli aku sebenarnya nak ucapkan sekalung TAHNIAH kepada bos aku En Rubik bukan nama sebenar kerana telah berjaya dinaikkan pangkat memangku F44 di JPA sana nun.. syukur alhamdulillah mungkin ini rezeki bos aku.. disaat dia menghadapi masalah (ada ler orang2 yang dengki dia kat sini tutttttttt) tiba2 dapat surat naik pangkat.. well kalo dah rezeki memang tak ke mana kan.. bagus sangat la bos terima jawatan tu..
setau aku dia dah lama berkhidmat sebagai pegawai ict kat unit aku nie.. lebih kurang 6 tahun ada la.. semenjak aku masuk bekerja kat sini iaitu tahun 2007 sampai ler sekarang nie 2011 En Rubik la bos aku.. memang tak de bos lain!
now kami sekeluarga kat unit ict kene terima hakikat yang bos kami dah tak de huhu
beliau akan mula berkhidmat ditempat baru bermula 1 mac 2011 nanti.. buat sementara waktu kitorang tak de bos la yerk.. so masing2 boleh berlagak nak jadi bos.. tak pon kalo ada sesiapa berminat buleh apply :)
inilah dia bos saya.. gambar lama nie tahun 2007 sebab tu la nampak hensem cket :P masa nie aku baru lagi masuk keje kat sini.. tapi dorang nie sporting abes asik nam amek gambar jer kejenya..hihi ye ke? (padahal diri sendiri yang suka amek gambar)
yang nie pulak weols ramai2 bergambar 1 unit masa jamuan hari raya tahun 2007.. gambar yang terkini tak de la.. dalam 5 orang nie yang perempuan pakai tudung kaler peach tu dah berhenti keja dapat offer lain..
pasni bos aku pulak akan menyusul.. yang pakai baju hitam tu..huhu
erkk nampak muka aku lain cket la time nie hihi baru mula keje gomen kan..
weols bergambar ramai2 campur dengan budak2 unit lain..
oh itu saje kot....
pesanan untuk bos,
harap bos dapat sesuaikan diri kat tempat baru nanti... mudah-mudahan rezeki bos lagi melimpah ruah kat sana yer.. pasal kami di sini usahlah bos risaukan.. pandai2lah kami jaga diri kami di sini tanpa bos di sisi cewahhhhhhh ayat tak boleh belahhh keh3x
4 comments:
bos yg baik akn dkenang..
lumrah kje d ofis
susah nak memuaskn hati
suma pihak..hehe
congratz kt bos akak..
mesti bos akak terharukan....
tq ;)
bos kak tu poyo jugak eh hehehe igtkan kak je poyo dlm gambar last tuuu hehe
Post a Comment