Wednesday, February 2, 2011

Hai obat

Assalamualaikum wbt...

Selamat hari rabu.. selamat bercuti kepada yang telah mula bercuti hari ini.. aku masih bekerja lagi ok! punya lah malas giler nak bangun pagi tadi.. hadoiii terasa macam ada magnet melekat2 kat kaki aku supaya jangan bangun.. tapi aku gagahkan jua..

Lewat aku gerak pagi tadi.. jam 7.40 am baru hegeh2 nak kuar rumah.. nasib jalan tak jem! clear weh mesti ramai yang dah bercuti awal.. sampai opis pagi tadi pon parking tak penuh.. kalo tak jangan haraplah mesti kene block kete orang lain huh

bestnya dorang yang dah bercuti tu kan.. mesti dalam perjalanan balik kampung or tengah tido sedap2 kat rumah kan? hurmm cuti lah katakan..

Eh nak stori pasal ubat la pulak.. melalut citer pasal lain hihi

akceli sepanjang nak masuk 3 minggu en bob tak sihat nie dah macam2 jenis ubat yang dia makan.. antaranya seperti di bawah..

dah 4 klinik pergi.. kadang makan ubat tu macam makan gula2 jer sakit tu langsung tak kurang huhu cian kan.. tapi makan jugak la.. dah sakit kan..

sampai ubat yang dah abes pon en bob tak buang.. dia biarkan jer kat dalam palstik beg ubat2 tu sume.. hiii nak wat koleksi ke apa..

selain daripada ubat2 klinik nie aku dah suh en bob pegi mengurut.. pegi jumpa ustaz.. pegi jumpa bomoh opsss ala2 bomoh g tu la.. macam2 laa kan nak baik nye pasal..

last sekali aku nak paksa en bob pegi buat scan MRI kat pakar.. tu je kot aku rasa yang boleh detect dia sakit apa.. hurmm nak pujuk en bob nie pun satu hal.. dia kalo dengar je nak pegi jumpa doktor mesti sakit tu tetiba jer baik.. musykil jugak nie!

oklah pepon aku takkan putus harapan.. setiap penyakit pasti ada ubatnya.. hai lah obat manalah ko???

5 comments:

pRincESs_N said...

N doakan en bob cepat sembuh...hopefully x e pape yg serious..

Unknown said...

p R i n c E S s _ N
akak pon harap sangat tak de yg serius berlaku..

ch@ said...

org lelaki ni mmg payah nak buat pemeriksaan kesihatan kan? hope enBob sembuh sebab melihatkan ubat2 tu sungguh menggerunkan, kita kalau sakit ubat tak penah habis dah baik. hiii.

therosputih said...

to encek bob...sila jangan liat2 nak gi klinik lagi ye...

Zana Adieyza said...

banyaknya ubat.. zana ni penakut cikit makan ubat..

hope en bob cepat sht.. banyakkan bersabar yer kak..

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site