Thursday, April 28, 2011

Kenangan Pertama kali bersalin Part 2

Ok meh kita sambung citer semalam.. Esya pon tengah sedap tido nie sempat la aku kasi 1 n3 petang nie.. Oh yer pasal ada 2 denyutan jantung tu kan aku tak bis citer lagi la.. Erm sebenarnya tak de kembar pun! Puas doc scan sana sini memang konpem bukan kembar.. Tapi tak tau lah cane leh ada 2 jantung berdegup dalam perut aku kan.. Mungkin mase tu anak aku tengah main pusing2 kot kat dalam perut nie.. Lepas check up kat hospital serdang aku dan en bob terus balik ke rumah mertua. Beg aku dan esya memang dah standby kat dalam keta sejak sebulan yang lalu.. En bob jer bawa baju 2,3 helai mana tau kot aku bersalin malam tu.. So petang tu aku lepak kat umah mertua. Sakit sesekali datang tapi boleh kaver lagi la.. Time malam pulak sakit tak tertahan.. My Mil suh buat catatan masa sakit kat sehelai kertas supaya senang nak tengok selang masa. Daripada 15 minit sekali sakit membawa ke 5 minit sekali. Aku tahankan aje.. Masuk bilik cuba untuk tido. Sampailah ke jam 12 tgh malam aku tak bole tido.. Kejap sakit kejap ok. Macam senggugut kot rasanya.. Ntah aku tak pernah alami senggugut so tak tau nak explain cane sakit kontraksi nie. Sape2 yang dah alaminya tau lah cane sakitnya.. Malam tu en bob jaga aku.. Aku tido 5 minit bangun.. Begitulah seterusnya sampai ke jam 5 pagi. Dah tak boleh tahan aku terus ajak bob g hospital serdang.. Dalam hati dah terdetik inilah masanya untuk aku bersalin.. Sampi hospital aku terus diperiksa oleh doktor. Time tu bukaan dah 5 cm dan aku di suruh tukar baju dah di tolak masuk ke dalam bilik bersalin dengan whellcha bukan usop whelcha punya tau. Dalam bilik tu doc punyalah ramai giler termasuk doktor pektikal pon ado huh. Free show la kejap.. Mase doc scan perut dan seluk aku dia cakap bontot baby dah kat bawah.. Doc terangkan if aku normal cane.. Ceaser cane.. Nampak gaya doc tu memang nak suh aku bersalin normal. En bob plak nak aku bersalin ceaser dia riso keadaan baby nanti if tak berjaya.. Aku ikut kata hati mmg nak normal.. Aku nk cuba sebab doc yakinkan aku yang dorang boleh selamatkan baby aku.. So aku di beri tempoh 4 jam untuk tunggu bukaan sampi 10 cm.. Aku suh en bob kuar dulu pegi makan time tu baru jam 9.15 pagi kalo tak salah aku.. Alaa esya dah bangun nak nyusu nanti la den sambung yo!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 comments:

ch@ said...

next, tak sabar nak tunggu ni. ye betul, sakit kontraksi mmg tak dpt digambarkan kecuali yg mengalami. stuju tang tu.

Iyiana said...

ley wat cerpen, Qalesya Irdina, Satu Penantian.. Haha..

mommie yuyu said...

bagus pengalaman ni.boleh buat panduan..sakit sikit2 tu x pyh pegi spital lagi ke?tgu dh betul2 sakit mcm selang 5 minit kan?untung2 bukaan dh byk sikit..xde la tgu lama kat spital

cikyah.blogspot said...

as salam...lama tul x ziarah blog hangpa...sebok bebeno weiii. apamacam best ke dah jd mama :D...

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site