Tuesday, January 26, 2010

Melawat anak sedara ku di asrama

Petang ahad pas makan mee kari kat umah kak simah aku dah duduk tersandar kat kerusi.. kenyang bangat makan mee kari tu haa.. terasa cam nak lelap pun ado! baru nak lelapkan mata akak aku ajak g melawat anak dia kat asrama.. terus hilangg feel nak tido huhu

weols berdesup siap terus gerak g sekolah najwa.. anak kak simah yang bongsu... dia baru masuk form 1.. dapat masuk sekolah asrama so pertama kali berpisah dengan mak ayah haruslah begini.. padahal kak simah ngn abang ipar aku dah g melawat anak dorang ari sabtu tu dah.. yolah mungkin sebab aku datang dan akak aku masak lebey so dia ajak aku g sekali.. i follow...

daripada umah kak simah ke sekolah tu tak jauh.. hanya mengambil masa 15 minit sajork.. kelihatan abang an a.k.a abang ipar aku ngah isi nama kat buku pelawat tu haa..

pose istimewa daripada kak simah dan syuhada.. anak kak simah yang sulung untuk tatapan adik beradik yang lain..

ramai mak bapak yang datang melawat anak2 dorang kat asrama nie.. penuh jugak la kantin kat situ... masing2 datang bawak bekalan.. dah macam berpiknik plak.. dalam ramai2 tu kan aku terjumpa dengan sorang kakitangan kat opis aku.. heheh tak sangka berjumpa di situ.. rupanya anak beliau juga bersekolah di situ..

owh najwa nampak semakin matang bila bertudung labuh... paadahal kecik lagi tu baru form 1 taw..

kami memerhatikan dia makan saja coz masing2 dah kenyang..

najwa dan farah.. dorang nie memang sepupu yang rapat gitu..

tengok lah tu makan pun nak bersuap... haloh halohh manjanya adik farah tu

pose sebelum balik... kami tinggalkan najwa dengan lebihan mee kari yang ada untuk dia kongsi2 makan ngan kawan2 kat dorm dia..

iksss teringat zaman sekolah dulu masa duduk asrama.. jarang2 ada orang melawat aku.. biasanya abang cik dan kak ton lah yang rajin datang bagi duit belanja.. arwah ayah pernah la sekali datang nak kasi duit belanja...huhuhu bila teringat saat itu rasa nak menitis air mata mengenangkan arwah....

semoga arwah tenang di sana.. terima kasih diatas kebaikkan sume membantu aku.. menyekolahkan aku sampai ke tahap ini.. terima kasih yagn tidak terhingga!

jasa baik dan pengorbanan kalian tak kan ku lupa..
*tetiba teringat zaman dolu-dolu




2 comments:

atty's said...

lapar lak kty tgk najwa makan .

Diarihatiku1976 said...

hilang rindu ekk.. takpe-takpe.. belajar berdikari..

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site