Bagaimana nak tambah susu??? haa di sini ada beberapa tips yang saya amalkan untuk menambah susu ibu..
pagi - minum seMug horlick, susu atau milo yang dicampur dengan soya pastu jangan lupa untuk bersarapan.. tak kisah ler nasik lemak, bihun goreng, mee goreng, koewtiew ataupun roti telur satuuuuu hehehe
tengah hari - makan nasik, lauk dan sayur-sayuran
malam - makan nasik, lauk dan sayur lobak putih (wajib) walaupun rasanya sangattt ler pahit.. tapi bila dah selalu makan insyaallah rasa pahit tu tak kan rasa pahit lagi.. tekak dah kebal kata orang tua2 hehe
sebelum tido jangan lupa minum lagi seMug air panas sama ada susu, milo, horlicks yang dicampur dengan soya shaklee
alhamdulillah hasil semalam...
boleh lah mengumpul 3 botol untuk esya.. tapi masih belum cukup lagi.. malam tadi perah lagi.. dapat lah 1oz.. syukur.. walaupun sikit tapi bila dikumpul2 jadi ler banyak.. kan kan kan
bile nengok wajah Esya semangat nak EBM semakin membara.. mudah-mudahan segala usaha ini dipermudahkanNYA...
kat bawah nie ada beberapa petua yang saya gugel daripada internet.. selain daripada pemakanan kita juga haruslah menitikberatkan beberapa aspek antaranya...
Fizikal
Elakkan daripada terlalu penat.
Banyakkan rehat.
Tidur secukupnya
Berurut.
Elakkan daripada terlalu penat.
Banyakkan rehat.
Tidur secukupnya
Berurut.
Psikologi
Jauhi stress.
Jangan fikir tentang perkara negatif.
Sentiasa ceria.
Banyakkan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan.
Selalu ingat pada anak.
Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah Taala.
Teknik
Pastikan teknik penyusuan yang betul. Kerapkan menyusui bayi.
Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
Berjumpa dengan mereka yang PAKAR dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.
Selain daripada tu ada juga petua ini.. tapi saya belum cuba lagi.. jom kita cuba..
Ambil kerak nasi yang panas dan campurkan dengan garam serta kelapa parut. Makan campuran bahan tersebut setiap hari.
Minum air barli panas 2 kali sehari.
Amalkan minum air rebusan sawi.
Minum air barli panas 2 kali sehari.
Amalkan minum air rebusan sawi.
wallahhualam
5 comments:
bagus ler ahmadulilh...:) rezeki esya masih bnyk.
zana doakan ada rezeki utk akk & Esya k..
akak jgn stress sgt tao..tu pon bole effect susu..insyaAllah..ade rezeki utk esya tu...sabar ye..
syukurla...mudah2an rezeki esya akan sentiasa bertambah2...:)
moga-moga dapat susukan Esya sampai 2 tahun
Post a Comment