Friday, December 23, 2011

Saya pengguna VCO - Virgin Coconut Oil

Dah lama nak buat entry pasal VCO nie tau tapi asyik la tertangguh... baru2 nie amek stok lagi dengan cikpuanmiera kite tu.. rasanya dah 3x kot aku amek stok dengan dia.. untuk makan sendiri dan juga dijual kepada rakan2 diopis hehe

 disini aku nak kongsikan serba sedikit kebaikan VCO nie yer

ok ini adalah serba sedikit pasal VCO yang aku kopi daripada pamplet yer
Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.

Antara khasiatnya adalah seperti berikut:-

- Menyokong fungsi sistem imunisasi dan fungsi metabolik yang sihat
- Mengurangkan berat badan
- Menyediakan satu sumber tenaga yang segera
- Mengandungi kalori yang sedikit berbanding lain-lain lemak dan nutrien penting mustahak untuk kesihatan yang baik
- Memudahkan penghadaman dan penyerapan zat makanan
- Membantu untuk mengawal kencing manis
- osteoporosis
- dan penuaan pramatang dan pengerutan kulit
- Melembut dan melicinkan kulit serta mencegah jangkitan bakteria, virus dan kulat termasuk yis
- Mengurangkan risiko kanser, aterosklerosis dan tanda2 penyakit yang lain

see...banyak kan dia punya kebaikan kan??

haa sebab itulah aku dah makan   kurang 2bulan lebih tau alhamdulilah hasilnya...
memudahkan proses membuang ayor beso.. lepas bersalin aku dapat rasa sistem pembuangan aku macam bermasalah sket.. bila makan VCO softgel nie hasil buangan tu nampak cantik dan licin aje.. setiap pagi mesti membuang dulu opsss hehehe





ari pertama amek stok ngan cikpuanmiera 2 bulan lepas..

eh banyak lagi lah kelebihan VCO nie.. ada yang muka berjerawat lepas makan VCO muka jadi cantik pon ada.. licin..kulit mulus.. bagi aku plak tak nampak sangat sebab aku memang jenis muka tak berjerawat.. so tak dapat nak tunjuk testimoni.. tapi tang membuang tu memang aku puji lah.. sangat membantu ok!

untuk yang ada darah tinggi pon elok makan VCO nie tau.. aku ingat mau kasik sama mak mertua sebotol la suh dia try dan jadi testimoni aku nanti hehe pastu untuk mak aku pon sama.. eh untuk adik aku yang baru abes pantang tu pon nak kasik jugak lah.. haa sume2 kasi adik beradik saudara mara dulu eh tengok dia punya kesan macam mana pastu baru boleh jual kat orang lain kan..kan..kan

ok itu jer dulu kalo korang nak order kat aku pon boleh jugek.. harga sebotol RM 39.90 sahaja.. ada 60 kapsul.. makan sebiji siang..sebiji malam..

ok tu jer promote jangan tak promote hikhik

3 comments:

izyandyiean@life said...

mcm best jer VCO ni kan..nak jg try nnti..umur da meningkat ni..hehe

Iyiana said...

yana pon makan gak, tapi halagel yer. kononya untuk mempermudahkan bersalin. insya Allah..

Blogger said...

3 Studies SHOW Why Coconut Oil Kills Waist Fat.

The meaning of this is that you literally kill fat by eating coconut fat (in addition to coconut milk, coconut cream and coconut oil).

These 3 researches from major medical magazines are sure to turn the traditional nutrition world around!

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site