Friday, October 19, 2012

Mari merancang keluarga haha


Pagi tadi pegi klinik kesihatan seksyen 7.. minggu lepas masa aku bawak esya ngan sara cucuk aku ada tanya pasal perancang keluarga so nurse suh aku datang hari nie iaitu hari ke 42 berpantang. So pagi tadi ajak en bob temankan.. esya anta ke rumah BS dan aku bawa sara sekali..

Kt klinik pagi nie tak ramai orang so segala urusan adalah sangat cepat ok..seronoknya..selalu time check up peknen dulu kalo amek check up pagi jer mesti berduyun-duyun orang.. tu yang aku malas pegi belah pagi sanggup lagi amek belah petang.

pagi tadi.. mama dah mandi sara belom so sara ucuk-ucuk hehe

Macam biasa kene buat urine test, amek darah, tekanan darah pastu jumpa nurse.. berbincang lah dengan nurse mengenai kaedah apa yg aku nak pakai ken... ok tu tak payah cerita lah kot :p hehe maluuuuu

oklah lepas aku bagitau nurse yang breast aku belah kiri nie macam ada ketulan kecil.. aku baru perasan masa mengurut tempoh hari.. mak cik tukang urut tu pun rasa lain macam.. nak kata kelenjar susu macam bukan so dia cadangkan aku refer kat klinik.. kebetulan tadi dah teringat so aku buat sekali harung.. nurse check dan dapat rasa ketulan kecil tu.. dia pon referkan aku ke doc.

Doc pun check lah kan..tapi doc nie plak konpius dia cakap maybe kelenjar susu sebab pagi tadi  breast aku penuh ngan susu.. yelah bangun terus siap2 g klinik..biasanya aku akan pam dulu.. dia tak dapat nak pastikan betul2 sama ada itu kelenjar susu atau pon benda lain.. risaunya kalo bukan kelenjar susu kan huhuhu. Doakan aku yer mudah-mudahan tak ada apa2 lah... takutnyaa...

Doc bagi date untuk scan dan pastikan apa benda tu.. 25 oktober nie aku kena datang klinik lagi untuk detail scan.. masa tu doc akan tengok apa benda tu.. dan lagi sekali aku kene minum air gula.. pfffffttt... sebenarnya aku tak bagitau pon kat doc yang aku kene kencing manis masa peknen aritu.. tapi biasalah buku peknen kita kan ada dekat dia.. dia pon semak lah segala tau2 dia bagi date untuk minum air gula...hadoii mencik laa

Sebenarnya kalo nak tau sesiapa yg kene diabetik (kencing manis nie) dia mesti kena minum air gula selepas 6 minggu bersalin untuk make sure ada lagi tak benda tu. Memang tak boleh lari.. nie untuk kebaikan diri sendiri jugak.. sebab nanti kalo dorang nak bagi ubat ke apa ke kene tau jugak lah sejarah peknen kita nie..

Ok berbalik kepada perancang keluarga tadi.. sebenarnya aku nak amek suntikan untuk 3 bulan tu pastu dah datang period nanti buat iucd (pasang alat dalam rahim) untuk 3 tahun.. tapi selepas berbincang dengan doc aku tak boleh buat semua tu even makan pil perancang sekalipun.. sebabnya doc nak pastikan dulu ketulan kat breast aku nie.. kalo sekiranya kanser (takut nak taip tapi kene jgk huhu) dia akan membesar kalo aku amalkan makan pil dan suntikan tu. Ok boleh paham tak apa yg aku cuba nak story nie? huhu


kita tunggu minggu depanlah tengok macam mana.. aku pon cuak jugak nak scan2 nie..dah la scan breast plak tu kan..

dan pagi tadi dapatlah menapau roti canai.. sedapnyaaaaaaaa lama gila tak makan.. sekali order sampai 2 keping sorang! haha. Pastu tadi aku ade timbang kat klinik..hurm berat sama je tak naik tak turun huhu sedehhh


 nak diet macam mana lagi pon tak tau... biorlah.. 61.2 kg berat terkini!

sekian...

psttt: tapi nurse semua dok puji2 aku kate kurus..hei aku gemuk lagi la.. nak berat 55 kg pelissss!

1 comment:

Ana Lyana said...

kak ila, insyallah takde apa2 tu.. ingat tak kes nana masa nana pantang hari tu?

nana pun takut sebenarnya. nana dah check ngan pakar dia kata bukan kanser sebab klu kanser mesti dia macam biji guli dan makin membesar. tapi nana punya ketulan kat ketiak ni bukan.. macam kalenjar katanya. kena operate tapi nana hold dulu sebab nanti susah nk susukan Zara..

tunggulah setahun lagi.. kalnjar tu still ada lagi..

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site