Tuesday, October 23, 2012

Amalan tuam perut baby

 Salah satu amalan berpantang yang aku amalkan daripada anak first lagi adalah tuam perut baby. Mak mertua aku yang ajar buat benda nie sebab katanya tuam baby boleh elakkan kembung perut dan memberikan keselesan kepada baby itu sendiri. Buat sehingga baby berusia lebih kurang 2 bulan lebih afdal hehe.

Biasanya selepas kita mandikan baby lapkan seluruh tubuh badan dia sehingga kering dan mula lah bertuam. Tuam kat bahagian perut, ari-ari, belakang badan, belakang betis dan juga tapak kaki. Selalunya aku buat lebih kurang 5 minit bergantung kepada keadaan baby. Kalau dia selesa aku lamakan sket... kalau dia dah hekhek tu aku cepat-cepatkan.. yelah baby nie dia ikut mood dia lah kan.

 Aku gunakan daun sirih dan juga pelita cina tu.. pasang api yang paling kecik supaya daun sirih tu tak berjelaga (kehitaman). Setengah orang gunakan seterika. Boleh juga. Aku gunakan seterika bila daun sirih dah abes.. aku amek tuala dan letak pada seterika bagi suam-suam dan tuam pada baby. Jangan ko tuam masa panas-panas tu terkojut baby nanti hehehe

Caranya lebih kurang beginilah... sedap bau daun sirih tu.. dan aku syak baby pon rasa sedap aje perut dia.. nie aku buat masa dekat rumah mertua lah sebab sana ada bekalan daun sirih.. kat sini mana nak cari.. nak beli dekat tepi jalan tu india yang jual takuit pulak kan.. so aku gunakan seterika sebagai alternatif.. baby aku nie kerap kembung so memang kena tuam dia.. bila dapat tuam nie kuranglah sikit kembung dia tu.. bukannya tak de kene kembung langsung.. tapi kurang dan jaranglah..begitu..

Sekarang nie kat on9 pun dah banyak dorang jual peralatan untuk tuam baby seperti tungku kat bawah nie. Sebelum nie tak terpikir plak nak beli tungku cenggini ha.. nampak macam senang dan mudah. Korang yang belum bersalin lagi nie boleh la try.

pic: credit tu pak cik gugel

Dan kat sini ada sedikit info berkenaan tuam baby yang aku jumpa tadi.. bolehlah aku share dengan korang kat sini kan untuk tambah ilmu.

********************************************************************************

Salah satu amalan berpantang adalah bertuam. Bayi harus di tuam bayi bagi mengelakkan dari mendapat kembung perut, kolik dan masuk angin. Bertuam juga akan membantu mengeringkan tali pusat bayi.
Panaskan bunjut tuam di seterika atau di atas periuk nasi yang sedang didih ataupun di api lilin. Rasakan pada tapak tangan anda sebelum ditekap pada badan bayi, kepanasan haruslah suam suam kuku.

Tuam bayi adalah yang terbaik jika disediakan dari bahan asli seperti Jintan Hitam (Habbatus Sauda), Dukung Anak, Daun Inai, Daun Mambu, Biji Ketumbar atau lain lain yang telah di proses bersih di sangai harum. Bayi tidak harus di tuam menggunakan bahan seperti pasir atau batu kerikil kerana di kemungkinan boleh menjalur kuman yang ada pada pasir/batu ke badan bayi ketika di tuam.

Mengikut kepercayaan orang dulu dulu, tali pusat yang jatuh setelah kering, haruslah disimpan selama-lamanya, dikumpulkan sekali semua tali pusat anak-anak agar adik beradik akan saling menyayangi dan tidak bertengkar lama. Boleh juga direndam dan di minumkan airnya sekiranya anak anak demam.
Bahagian yang harus di tuam adalah perut, dada, tapak kaki, paha, punggung, belakang badan dan bahagian kemaluan bayi.

*********************************************************************************

haa tu dia... kalo bab rendam tali pusat dan bagi minum tu tak koser aku nak buatnye baik amek ubat kat klinik aje huhu geli plak dah.. ok tu saje perkongsian ilmu kita hari ini..

selamat mencuba.. :)

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah thanks sharing info sis..

Albi,
www.tungbayee.com

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site