Wednesday, November 9, 2011

Raya Aidiladha kami

Alhamdulillah tahun nie kami beraya di kajang.. rumah mertua saya.. Memandangkan raya puasa di kampung aku di Perak maka raya haji mestilah di kampung suami pula.. barulah ada "give and take" gitu kan..

Kebetulan mak aku pon tak de kat kampung.. kan adik aku yang bongsu tu dah bersalin so mak aku jaga dia kat ipoh... maka tinggal ler adik lelaki aku sorang2 kat kampung.. kesian dia.. sehari sebelum raya tu aku ade kol dia.. suara macam sedih jer nak kena raya sorang2 kan huhu.. cepat2lah kawen angah oii nanti bila dah ada orang rumah konpem tak sunyi lagi..

Kat sini suasana hari raya macam biasa jer tak terasa sangat.. aku pon buat macam biasa jelah bila dah ada anak nie tak ler rasa sedih di pagi raya sebab tak dapat pulang ke kampung.. tengok wajah anak jer dah rasa hepi.. cuma pagi tu sempat la telifon mak tanya khabar dan ucap selamat hari raya..

Petang raya weols sekeluarga (keluarga mertua) pergi beraya ke rumah nenek di cheras.. nenek belah mak mertua aku.. walaupun dah berumur lebih 80 tahun tapi alhamdulillah masih kuat lagi.. siap boleh masakkan kuah kacang lagi tu.. sedap pulak tu..

macam biasa lah asal nak amek gambar raya jer terlupa.. nie kebetulan masa kat rumah nenek baru teringat nak amek sekeping dua gambar buat kenangan.. haa dapatlah sekeping dua yang senonoh sket..

mama, babah dan esya..

esya geram sama hidung babah..

opsss tu jelah.. nak cerita  lebih2 malas plak nak karang.. nak kejar masa nie.. maklum lah blog boleh bukak sejam jer jam 1-2 pm jer..

aci tak??? hehehe
 zasssttt

2 comments:

mekchu said...

aci.. aci.. janji ada gmbr budak putih melapak esya tuh..

AnaLyana said...

sukanya esya..:)

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site