Yup aku dan Esya adalah antara mangsanya.. Sejak hari jumaat lepas membawa ke hari selasa Esya kena sesema.. Hari selasa kitorang bawa dia ke klinik check up kot2 demam ke apa kan.. So far alhamdulillah ok tapi doc still bekalkan ubat demam selain daripada ubat batuk dan sesema serta antibiotik..
Hari rabu nampak gaya sesema Esya makin pulih.. Sesema aku plak makin kroniks.. Hari nie lagi lah tambah2 kroniks dengan batuk berkahak hijau *uwekkk.. Badan rasa seram sejuk.. Memang rasa macam nak demam.. So tadi aku paksa en bob bawak g klinik.. Maka ke klinik lah kita (tajuk wall kat fesbuk hehe)
Doc check segala bagai memang sah aku ada demam sket.. Suhu badan 37.2 darjah celcius.. Patutlah rasa seram sejuk jer kat opis siang tadi.. Now aku baru lepas makan nak menelan ubat yang super banyak nie plak.. Huhu tak shuke makan ubat.. Tapi demi anak punya pasal telan ler jugak.. Yang penting mudah-mudahan cepatlah sembuh daripada segala sakit demam semua nie supaya aku dapat menjaga Esya dengan sebaiknya.. Amin..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
1 comment:
semoga esya & mama chat kembali...salam raya..
Post a Comment