Thursday, December 3, 2009

Hari terakhir di singapore episod 2

Hohoho n3 singapore penutup tak mau citer panjang2 kalo bleh tak mau taruk caption tapi nanti ada yang tertanya2 apa kebenda tempat yang aku lawat nie kan.. so aku taruk caption pendek2 yer.. jom kita zasssstttt

Kami dibawa melawat ke tempat membuat seramik kat area muzium tu jer..

teror pak cik tu buat pasu seramik yang pelbagai saiz.. katanya dulu dia blaja kat jepun..



weols lepak kejap jer kat seramik workshop tu.. sebab ari jumaat orang lelaki nak g solat jumaat plak.. so masa sangat terhad.. weols cepat2 kuar daripada muzium coz nak pegi tempat lain plak lepas tu

sebelum tu wajib bergambar beramai2 sebagai tanda kenangan kami disana..

tak lupa weols bergambar dengan geng pompuan sahaja!

??? hihihi





lepas melawat muzium kami melawat masjid sultan.. masjid yang paling tua di singapore!
masjid nie bersebelahan dengan muzium tu jer..

bangunan masjid yang masih cantik dan kukuh walaupun sudah berusia beratus tahun lamanya..

haaa kalo uols nak tau kat sane setiap kali cuti sekolah ada je budak sekolah buat lawatan.. dorang melawat muzium pastu mesti akan melawat masjid sultan sekali! dorang akan diajar oleh cikgu dorang berkenaan agama islam.. pasal puasa, raya puasa, raya haji dan sebagainya di masjid tersebut.. tak kire anak melayu, cina ataupun india akan diberi pendedahan mengenai agama islam.. hebat lah dorang nie.. masjid sultan sentiasa dikunjungi orang awam.. baik untuk lawatan luar dan dalam ataupun sebagai tempat pembelajaran..

tengok lah kanak2 tu sedang mengikuti pelajaran agama islam.. kebanyakkan dorang tu sume anak cina tau!

weols diberi penerangan dulu oleh pihak ajk masjid sebelum dibawa naik ke masjid sultan..

masjid sultan

suasana di dalam masjid..

ape lagi amek gambo la haku :P

gambar kat dalam masjid tak banyak coz hari jumaat orang nak solat so aku tak boleh nak masuk amek gambar sampai ke dalam.. kat luar suda :P

lepas tu weols dijamu dengan nasik beriani from arab street.. hahaha sodap beb!

tapi aku tak makan banyak.. napa tah tekak nie :P sekarang tetiba rasa menyesal tak makan banyak aritu.. huhuhuuuuuu




bergambar kenangan dengan staf masjid sultan..



itu saje... pastu weols pi soping kat area masjid tu jugak.. sumanya dekat2 tak payah naik bas..

mula lah tak tau nak beli apa.. macam la aku tukar duit banyak sangat.. setakat 40 dollar nak beli apa? hahahahaha

masuk satu kedai tu rase cam tak nak g cari kedai lain g dah.. sume beli kat situ jer.. senang sekali jalan.. aku tak de benda pe sangat nak beli.. beli menda alah tu jela.. opsss kalo korang tak dapat sori la yer.. aku beli sket sangat...huuuhuhu

weols sempat la singgah kat china town.. sambung soping cket lagi.. pastu KJ dan sebok2 ajak balik JB... oleh kerana singapore time tu hujan.. maka aktiviti soping menyoping kami terhenti sampai situ saja..

terus gerak balik JB.. tido kat JB plak..esoknya weols gerak balik shah alam...

itu saje lah kot tak lebih tak kurang... rasanya aku nak tamatkan kisah g singapore nie sampai sini aje lah yer.. penat menaip..hahah

sekian..

Wednesday, December 2, 2009

Hari terakhir di singapore episod 1

Banyak giler gambar aku nak tempek kat sini taw! oleh kerana itu maka terpaksa lah aku buat 2 episod citer hari terakhir kat singapore nun.. biar muntah hijau korang tengok.. hahaha giler gambar katakan :P

Alang2 aku dah jadik jurukamera tak bertauliah baik aku amek gambar banyak2 sampai memory full.. hah baru puas atiku..lalalala

seawal pagi jumaat weols dah siap2 makan sume dan terus naik bas.. dan berdesup ke tempat yang dituju..

lokasi lawatan kami yang seterusnya ialah kat "Malay Heritage Museum".... ala dokek ajo dengan hotel kami menginap tu haa... saje gatal2 nak naik bas tak mo jalan kaki..hihi mengada2 owh pelancong daripada mesia nie..

dan hari tu kami dipaksa memakai baju batik..huhuh

dah macam lawatan mak cik pak cik ke muzium plak yer..hihi teringat zaman sekolah2 dulu pi lawatan... seronoknya.. bila dewasa nie lain plak hal nya.. tak brapa nak seronak macam zaman sekolah dulu kan..

kami disambut mesra oleh pengurus muzium itu sendiri.. nama nya aku dah tak ingat.. sori yer.. hihi

encik pengurus memberikan penerangan yang sangat2 terperinci berkenaan muzium tersebut.. waktu tu tugas aku adalah amek gambar dorang! amek lah gambar sebanyak mungkin ikut suka ati.. tak de sape paksa :P yang penting ada kenangan untuk jabatan..





korang tau tak aku angkut kamera D80 dengan flash sekali taw! berat owh bahu aku menggalas kamera dan juga handycam.. huhu nasib baik ade sorang ustaz tu sudi bantu aku rakamkan apa2 yang penting pakai handycam tu.. kalo nak mengharapkan aku jenuh jugak la.. mana nak pegang kamera.. mana nak pegang handycam..

pepon time kasih yer ustaz kerna sudi membantu..

aku menjalankan tugas yang telah diamanahkan... amek la gambar dorang banyak2.. nak amek gambar sendiri susah plak kamera berat..huhu

dan inilah hasilnya yang tak seberapa.. sume gambar di dalam muzium tersebut..













apa ke hal nye jerit2 tu? :P


jula juli bintang 3


rumah melayu orang dolu-dolu


huh baru dapat peluang amek gambar.. itu pun mintak tolong kak mas snap kan.. kesian aku kan..hukhuk


bersama cik abang cayang itam manis heheh

barang2 semasa arwah P ramlee berlakon dulu di abadikan di sini..






radio lama.. masih elok dah sedang digunakan oleh pihak muzium.. layan gak aku lagu dolu-dolu :P


kedai dolu-dolu..

secara keseluruhannya apa yang ada dalam muzium nie sume berkaitan dengan asal usul dan cara hidup serta budaya orang melayu singapura yang mana tak banyak beza dengan budaya kita..


sekian daripada muzium singapore :P

2 hari 1 malam di negara orang

Salam uols...

Seperti yang aku janjikan pada uols... walaupon apa yang terjadi aku akan pastikan n3 mase kat singapore tempoh ari musti publish!! walaupon badan penat mate mengantuk tapi demi uols!!! demi uols taw! ceh poyo cket ayat tu yer... haaa aku yang terlebih rajin nak apdet sume nie.. tak de sapa suruh pon..sumenya untuk tatapan diri sendiri dimasa depan jugak..eceh :P

Ok lah berbalik kepada lawatan yang aku join tempoh hari.. selepas kami melawat MUIS kami di bawa melawat Mahkamah Syariah Singapura.. pada mulanya bas yang kami naiki tersosat.. driver tersalah masuk jalan da... ada ka dia pi masuk mahkamah sivil.. hehe kesilapan yang tak disengajakan.. lagipon weols sume orang mesia tak tau kat mana bangunan mahkamah syariah nie.. ikut ajela mana driver bas dan jurucakap bas nak bawak.. owh terlupa nak bagitau... weols naik bas lain bile masuk singapore.. bukan bas yang weols naik mula2 daripada shah alam tu.. bas tu kene tinggal kat hotel.. maybe driver bas nie tersalah paham mahkamah kot.. itu yang sampai ke mahkamah sivil jadinya.. :P

kami sampai terlewat cket daripada masa yang dijanjikan dengan pihak sana... malu jugak sampai lewat2 nie kan.. tapi dah sosatnye pasal.. nak wat cemana..

acara kenal mengenal.. pembentangan mengenai jabatan dorang.. sume tu urusan resmi! malas nak stori lelebih lah..heheh

lama jugak dengo penerangan daripada pihak sana.. sampai terlelap2 aku kat blakang tu..hihi

selesai urusan resmi weols dibawa ke tempat penginapan.. yeahhhh.. masing2 dah penat sangat.. Hotel Golden Landmark menjadi pilihan.. letaknya ditengah2 kota singa.. erm hotel bertaraf brapa bintang tak tau la... hege buleh tahan satu malam rm500 seorang... hoooo kalo kat mesia buleh dapat lebih2 best daripada tu dengan harga sebanyak itu kan.. kat sana kire ok lah hege tu.. duit sana mahal owh!

seperti biasa rakan sebilik aku semestinya kak mas

sampai hotel terus sebok2 amek gambar.. kak mas pon rajin nak amekkan gambar pakai kamera berat tu.. syukurlaa tak dela aku sorang jer jadik photog kan..hihi

dan inilah hasil sentuhan tangan kak mas menggodek kamera D80 milik opisku.. hebat kan? :P

pemandangan daripada dalam bilik hotel kami taw!

gigih kak mas dok zoooomm nak amek gambar "eye on singapore tu" hihihi

pada sebelah malamnya kami dibawa makan kat restoran arab.. menurut jurucakap kami akan dihidangkan dengan makanan arab.. aku punya lah teruja nak merasa makanan tu sume..

bersama kak mas.. roommate ku selama 4 hari 3 malam

alih2 nengok...ada satu aje makanan arab.. apa kebenda tah namanya... aku tak brape ingatlah.. yang lain sume makanan biase ada kat mesia jugak.. apa yang pasti.. tempe pun ado gak.. hukhukhuk orang sane memang tak buleh tinggal tempe kot :P

aku macam biasa..

makan apa saja.. :P asalkan konyang perut den nie haa!

selesai makan malam kami diberi peluang bersiar2 disekitar kawasan hotel tersebut.. bersemangat waja masing2 nak abeskan duit dollar yang ditukar tu.. tapi alih2 banyak kedai2 yang dah tutup..huhuhu sedeyyyy dorang kat sane tutup kedai awal.. kui 9 lebih camtu dah tutup..

apa nak buek.. weols pusing2 kat area situ sambil amek2 gambar aje la..

tetiba terjumpe ngan pokok krimas nie.. kat situ sume orang cine.. tah cemana weols jalan2 tersampai kat situ... belasah ajelah amek gambar kejap..

nak jalan jauh2 penat pulak so weols pusing2 area hotel tu jela.. jumpe masjid sultan amek gambar lagi..hee

tapi aku tak pandai nak setting kamera nie waktu malam tu pasal yang jadik cerah melampau2 tu...

gambar pun macam blurrr cket..hiks

hotel tempat kami menginap malam tu.. bangunan yang tinggi tu taw! ikss tak brape clear daa.. nampak sangat aku tak reti guna kamera mahal tu kan...huhuh

dah puas merayap weols berjalan balik ke hotel.. dah boring tak tau nak kemana lagi.. kedai dah tutup sume.. mata pun dah ngantuk... esoknya plak ada acara rasmi yangterakhir.. fuhhh lega... pasni last n3 kat sane la yer..

itu saje dulu banyak gambar daripada cerita hihihi

Tuesday, December 1, 2009

Hajah maimunah at singapore

Nak kena sambung perabih cite kat singapore nih.. tapi itulaaa masa tak ada.. malas pun berganda2.. ini mungkin sebab terlebih makan daging korban kat kampung aritu agaknya..hikhik

Ada2 ajela kamu yer jibam.. kalo malas bilang saja malas.. jangan nak salahkan masa pulak.. kalo pandai bahagikan masa insyaallah segalanya berjalan lancar.. eh apa aku merepek dah nie?? hahaha

Ok berbalik kepada kisah kat singapore aritu.. hari pertama selepas lawatan mahabbah ke majlis ugama islam singapore dan masjid berhampiran muis kami di bawa makan tengah hari kat restoran melayu iaitu "Restoran Hajah Maimunah" restoran ini merupakan antara restoran melayu yang terfames jugak la kat sana..

Sepanjang perjalanan ke restoran tersebut cuaca mendung.. dikesempatan yang ada tu sempat lah aku snap beberapa keping gambar pemandangan kat sana.. cantik la pemandangan bangunan pencakar langit kat sana.. kagum aku melihatnya.. tersusun kemas serta banyak pokok-pokok disepanjang jalan raya..

nie suma bangunan umah flat penduduk kat sana..

sampai aje kat restoran tu kami suma dah tak sabar2 nak menjamu selera.. makan lagiiii.. padahal masa kat muis kitorang sudah dijamu dengan makanan.. tapi perut masing2 tak kenal erti kenyang.. sume asyik lapar.. lapar sokmo.. ekekeke

kami disajikan dengan hidangan masakan melayu.. hurm macam style masakan orang johor gitu la.. tempe goreng musti ada!! :P

sesi makan pun bermula.. kami makan dengan penuh sopan..haha sopan ker? yang pastinya sume lauk pauk yang dihidang kat atas meja tu kami sebat sampai licin ok! kire lapar tahap gaban jugak lah nie.. lagi pun kat luar restoran tu ujan lebat.. makan pun bertambah2 la.. :P

opssss balik raya tadi anak buah aku ade tegur.. dia cakap blog aku asyik cite pasal makan jer.. hahaha dia jeles la tu.. sebab aku suke makan.. hihihi tak pe tak pe kang aku tayang lagi gambo makan banyak2..

penutup macam tergantung plak dah.. hahah ok la tu dulu kang aku apdet lagi yer :P tak abes lagi cite kat singapore nie.. tunggulah yer :)

eh korang perasan tak.. aku ter"italic" tulisan nie suma.. hihihi tetiba rasa cam suka plak tulisan cam gini.. itu saje nak bagitau..

sekian :P
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site