Thursday, November 8, 2012

Mari kongsi info penyusuan

Aku suka baca blog pasal penyusuan susu ibu nie terutama sekali belog Kak Engku bidan Bersalin. Banyak sangat info yang berguna dia cerita kat sana. Pernah berjumpa dengan beliau sekali tahun lepas orangnya ramah dan baik hati. Tengok pun tau jenis orang yang sopan gitu. 

Disini ada beberapa info penyusuan yang boleh kita kongsikan bersama. To: kak engku... saya copy entry akak untuk tujuan simpanan maklumat disini sori tak bagitau akak sebab saya dah komen berkali-kali kat page akak tapi tak lepas nape ntah... semoga info ini dapat dikongsikan bersama kawan2 yang lain.. happy reading uols!


Saya dan kak engku 

Tahukah Ibu?

~ Setitis susu ibu mengandungi lebih sejuta sel darah putih. Sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi untuk memakan kuman.

~ Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (igA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang, mengelakkan jangkitan kuman dan alahan.

~ Kandungan susu ibu adalah 88% air. Oleh itu, sudah sempurna da

n anda tidak perlu memberikan air tambahan.

~ Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatnya!

~ Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya.

~ Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.

~ Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah, curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin.

~ Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun).

~ Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi.

~ Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu.
 

Tips Latihan Guna Botol (Susu Ibu Perahan)

Bayi sememangnya bijak! Struktur puting dan botol yang berbeza dengan kulit anda mungkin membuatkannya menolak untuk minum daripada botol. Jika anda mahu melatih bayi minum Susu Ibu Perahan sebelum kembali bekerja, biarkan orang lain melakukannya dan BUKANNYA anda! Ia akan membiarkan dirinya kelaparan.

Jika bayi masih menolak untuk minum Susu Ibu Perahan menggunakan botol, bawa dia berjalan perlahan-lahan sambil memujuknya. Ada baiknya tinggalkan tudung ataupun baju anda kepada pengasuh bagi menenangkannya ketika minum Susu Ibu Perahan.
 
 

Teknik Betul Beri Susu Ibu Perahan (SIP) Oleh Pengasuh

1. Elakkan memberikan SIP jika bayi menangis. Pengasuh perlu tukar lampin, dakap dan bermain dengannya. Bayi mungkin hanya memerlukan perhatian.

2. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya. Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut bukannya mengikut jadual.

3. Berikan bayi minum secara men
egak dan kepalanya diampu menggunakan tangan bukannya lengan.

4. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.

5. Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dalam mulutnya.

6. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.

7. Bayi akan menentukan bila dia patut berhenti minum. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dalam botol.

8. Jika bayi kelihatan gelisah, minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP sementara menunggu anda pulang.

Nota : Lubang puting botol susu akan mengeluarkan air susu lebih laju berbanding puting susu ibu, jadi berhati-hati agar bayi tidak tersedak susu.
 
 

No comments:

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site